Rabu, Desember 27, 2006

Pregnant

Perempuan yang selalu dianiaya mengandung tanpa suami. Bila disuruh gugurkan,tahu pula berdosa.

Tapi waktu buat 'benda' tu, lansung tak ingat pulak pasal dosa kan.

Haha. Lawak lah kamu ni. Mahu bercakap pasal doa. Haha.

Sabtu, Desember 23, 2006

Strip e Emcee

Cantiknyer. Belang-belang separuh dada. Rambut kaler blonde.

Aduh! Memang cantik..NYER

Rabu, Desember 20, 2006

Kisah Seorang Pengembara.

Suatu masa dahulu.tersebutlah kisah seorang pengembara. Dia telah mengembara keseluruh pelusuk dunia.

Itulah kisah seorang pengembara.

Selasa, Desember 19, 2006

Aku berkuasa!! Hahahaha

Aku berkuasa!! Hahahaha.

"orang yang paling berkuasa adalah orang yang bisa menguasai dirinya sendiri" - Bawang Merah Bawang Putih, Selasa, 19 Disember 2006, TV3.

Sekurang-kurangnya aku tidak menyalah sangka yang ferdi itu sebagai kunyit.Ya ya ya.

Jumat, Desember 15, 2006

Sèpak raga? Sèpak macam-macam ada.

Kebiasaannya pukul enam, aku akan menonton Animax cerita Yuyuhakusho. Lepas tu terus tonton Dragon Ball.

Tapi sekarang aku sudah ada aktiviti baru. Sepak raga atau sèpak raga? Jenuh main. Letih tambah best.

Ada kung fu cina, ada tomoi siam, jengking, ronggeng, belley, karate kids, lipat kuda. Tapi yang best bila main caca merba ngan payung member. haha.

Apa bahasa la yang aku guna.

Senin, Desember 11, 2006

Butang

Butang


Aku cakap, Bukalah butangku sayang,(untuk yang menggatal saja)
Tapi kau terpegun,(tiada pengalaman)
Cakap kau nak buat sesuatu,(cakap besar)
Tapi aku tak nampak pon...(terlalu kecil kot..hiks)


Dan lagu ini jugalah yang sering berkumandang di teliga anak-anak perempuan, adik-adik perempuan, kakak-kakak 'lelaki' dan wanita kita yang sering meminta pasangannya membuka butang untuk mereka kerana mereka tidak pandai membukanya sendiri karena sibuk melayan barang lain.

Fokus untuk para siswizah-siswizah di luar sana supaya pandai-pandailah memilih kekasih hati. Silap pilih? Tanggunglah sendiri. Sebabnya, minah kilang lagi pandai bawak diri dari kamu yang belajar tinggi-tinggi.

Jumat, Desember 08, 2006

Aku Kaya....p

Semalam ada surat elektronik sampai. Peti surat aku bagitau penghantar surat itu adalah salah seorang dari scammers. kata aku menang loteri $800,000.00 USD.

Sebab terlampau bosan, aku balas balik surat elektronik tu. Haha. Tiba-tiba, personel tu terus mesej aku semula. Wah. Ada respon. Dia minta alamat, no. telefon, akaun bank, nama bank, pekerjaan.

Aku bagi.semua sekali details yang dia nak.Betul dan tepat.

Pagi tadi, ada satu lagi surat elektronik hinggap ke dalam kotak surat aku. Surat dari bank Nigeria. kata akan masukkan duit dalam akaun aku kalau aku boleh hantar surat lawyer dari Nigerian High Court, Kebenaran dari Kerajaan Nigeria, Kebenaran dari Kerajaan Malaysia untuk pemindahan wang, dan juga lesen/paspot yang telah di'scan'.

Masalahnya, Nigeria tu kat area mana? dan lagi loteri tu dari Australia, kenapa nak transfer duit guna bank Nigeria? dan lagi, ada ke orang nak bagi duit free-free jer $800,000.00 USD. Banyak tu..

Haha.aku kaya.....p

Untuk keterangan e-mail scammers, klik di sini

Senin, Desember 04, 2006

Negaraku

"Berdiri tegak semua.Barisss sedia."

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta

Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.


"Senaaaang diri.Rehatkan diri"

Aku akan mula tersengih sorang-sorang bila ada wartawan yang bertanyakan tentang lirik lagu Negaraku kepada segelintir 'rakyat-rakyat'nya. Sebab memang ramai yang tidak menghafal lagu ini.

Dan aku juga tersengih seorang diri bila ada seorang bapa yang marah padaku kerana telah merotan anaknya hanya disebabkan tidak boleh menyanyikan lagu negaraku dengan betul.walaupun anaknya itu sudah berada di sekolah selama tiga tahun.

Penting sangat ker lagu Negaraku ini? Ntah laa..*sigh* sambil menggeleng kepala.

Jumat, Desember 01, 2006

Kereta kechil warna merah

Kereta tu kecil.warna merah.tapi bukan bapak aku bagi hadiah lepas dia balik dari kota.

Balik berniaga nasi lemak di simpang kilang."hang bawak kereta tu baik-baik.jangan laju-laju.nanti sampai cucur atap,"mak kata.

Aku angguq kapla. Me me me memang aku bawa kereta tak laju.cuma 40 kmh saja.eh!40 mph sahaja!Memang tak laju.

Nak jadi rezeki aku.Kat satu selekoh yang yang yang yang tak berapa lengkok, ada dua gaung kiri dan kanan, aku aku aku terlebih pusing stereng kereta.

Bam..bum..bam..kelepek..dush.empat lima kali terpusing. Dah rezeki aku. Kereta remuk.aku aku aku ok.

Kereta tu kecil.warna merah.tapi bukan bapak aku bagi hadiah lepas dia balik dari kota.sebab itu memang kereta dia.dan aku bukan nak pegi sekolah.betul.