Kamis, September 21, 2006

Semut, dia dan galah panjang

Dia, dan tujuh orang lagi satu kumpulan. Ada dua kumpulan. Satu kumpulan jaga garisan, dia dan tujuh orang lagi masuk dalam kotak-kotak.

Dia aturkan strategi.sebab dia paling 'berumur'. Kalau dulu-dulu dia main, dia kepala.semua orang akan dengar cakap. Undi yang dia buat terus diguna pakai. Lawan semua yang lemah-lemah dan senang dipergunakan.

Tapi galah panjang sekarang dah tak macam dulu-dulu. Kotak-kotak yang kecil sudah senang dipenuhi dengan ahli-ahli.

Penjaga garisan juga sudah bertangan panjang.dan dengan senang juga mencapai lawan di dalam kotak untuk mengeluarkan semua ahli.

Dan strategi dia sudah tak berguna lagi sebab dia dan segala akal kancilnya sudah lapok ditelan pasir pantai.

Rabu, September 13, 2006

Semut, dia dan dulu, kini, dan selamanya

Dulu dia lah segala-galanya. Pengerusi itu, pengerusi ini, ketua itu, ketua ini,tekong situ, tekong sini, arah situ, arah sini, luluskan situ, luluskan sini, menang situ, menang sini.

Dulu-dulu yang sebelum kini pun sama. Dia masih kepala segala macam hal. Kata-katanya semua diambil sebagai sesuatu yang berharga. Kata-katanya dianggap sebagai intan serta emas yang begitu bernilai.

Kini dan sekarang. Dia cuma untuk memperbetulkan keadaan mengikut citarasanya. Cuba memperbetulkan keadaan yang dianggapnya tidak betul. Mencampuri urusan yang bukan lagi dibidang kuasanya.

Kini dan selamanya. Taringnya sudah tumpul. Seperti babun yang dihalau keluar dari kumpulannya. Seperti singa yang sudah tempang dan luruh rambutnya. Segala kata-katanya dianggap sebagai khayalan orang tua nyanyuk sahaja. Segala perancangannya dulu dan sebelum kini hanya dianggap satu perancangan yang tak mungkin dapat diabadikan.

Selama dan selama-lamanya. Dia akan dihancurkan dengan cara dia menghancurkan orang lain dulu. Dia akan melihat sendiri tembok yang dibina diruntuhkan sedikit demi sedikit. Bilamana orang yang terkini mula menghakiskan tenaga orang dan pendapat orang yang terdulu.

Sabtu, September 09, 2006

Semut, dia dan belachan

Pagi tu. Perempuan bertocang satu. Memakai baju ketat saiz xs warna merah. Menonjolkan segala-galanya. Seluar trek hitam jalur putih di tepi. Pakaian rutin pemudi waktu pagi barangkali.

Ke hujung bahagian sayur, "kak, belacan macam mana?"

Ha???

Selasa, September 05, 2006

Semut, dia dan bingung

Semalam dia bingung.bangang.sewel.meroyan.

Turun lif.tak.tekan lif nak turun,tapi turun ikut tangga. Sampai kat bawah. tengok orang ramai dah tunggu lif tu. Sambil geleng-geleng kepala. "Siapala yang main lif nih," dan terus berlalu pergi.

Ditegur pak jaga yang blur itu."Assalamualaikum, pak cik,".."ya.ya.ya blerhgkgh," pak jaga jawab tanpa berbutir. dan dia ketawa sendiri. suka sangat menyakat orang tua tuh.

Kat tempat kerja, menyanyi sekuat hati sambil menari dalam opis.Juga bergurau ala-ala lucah orang dah kawin dengan kaum wanita."Binik ada simpan tak bagi kerja," kaum wanita."A'a. simpan siang jer. Malam binik kerja kuat," dia yang sikit mereng.

Balik kerja, main bola dengan budak-budak dengan kemeja berslack sambil memakai tie dan bersunglasses. Tapi kasut tak pakai.

Semalam. Dia bingung.bangang.sewel.meroyan tambah mereng-mereng sikit.