Selasa, Februari 20, 2007

Makan

Satu hari selepas touch rugby state training, di satu restoran yang berhuruf M. Aku duduk seorang makan yang merangkumi pagi tengah hari dan petang. Depan aku tiba-tiba datang dua perempuan. Sorang tudung merah jambu dan sorang putih. Ada bungkusan dari restoran lain yang berhuruf A dan W.

Kemudian datang satu kapel. Duduk di meja makan yang sama. "Aku dah bosan makan kat sini." perempuan baju pink."Dah tiga hari deret aku makan kat sini". "Iye?"Perempuan tudung putih pulak. Kemudian.."bla..bla..bla.." kesemua tiga perempuan itu. Yang laki sorang tu, diam membisu. (takut awek kot)

Tak lama lepas tu, air minuman aku habis. Aku angkat tangan kat waiter sambil buat signal refill the water. dia masuk dalam dan ambilkan aku air tambahan tu. (for free and for sure).

Dan tiba-tiba semua orang pun ingin menambah air minuman mereka. Aku terkekeh seorang diri. Tiba-tiba,"Ooo, selama ni aku makan kat sini, tak tau la pulak aku boleh tambah air. Free pulak tu" perempuan tudung pink berbaju coklat."Kalau macam tuh, selalu lah aku datang sini nanti.""Aku pun baru jer tau," perempuan tudung putih baju hijau muda pulak. "Ayang lepas ni kalau kita makan kat sini, kita beli air satu je la. Kalau habis boleh refill." perempuan yang ada kapel yang ask dok main hp awek dia tu.

Dan lepas aku hisap rokok, aku pon berambus dari restoran M tu.

Satu hari selepas touch rugby state training, di satu restoran yang berhuruf M. Aku duduk seorang makan yang merangkumi pagi tengah hari dan petang. Memang seronok sambil makan sambil dengar mulut murai yang suka bercakap sambil makan.

Label: ,