Jumat, September 30, 2011

Pecah

Kesabaran itu sebahagian dari iman...

Kalau sabar itu hilang...maka iman juga akan hilang...

Dia berjalan seorang diri di lorong susur anak gajah...tadi dia di kelas. Sedang mengajar. Agak sabar melayan kerenah anak murid..
Semalam, dia di rumah.. Agak sabar melayan kerenah anak.. Dua hari lepas, kawan kawan dia mempersenda sendakan dia..

Sabar...

Dia dibelengu oleh satu panggilan sebentar tadi.. Pak Jenal yot yot dikatakan memanggil beliau untuk datang mengadap..
Apa lagi yang tidak kena? Fikir beliau.. Buku latihan sudah di semak... Buku rekod sudah dihantar...

Sabar..

Pak Jenal yot yot baru saja dihantar oleh pasukan pengaman PBB untuk mengawal keselamatan di kawasan kampung setapak dua..
Sebelum ni kawasan ini dikawalselia oleh seorang permaisuri yang sangat sayangkan rakyatnya.. Sejak kedatangan Pak Jenal yot yot, keadaan setapak dua agak berlainan..
Badman, Timah longlai, Eija sikepoh kepoh, Wati si kain selak, ustat rom badan ketak ketak, dan penghuni setapak dua yg lain sememangnya amat terasakan perubahan ini.

Sabar..

Dia meneruskan langkah yang agak bercelaru.. Sampai di pejabat tadbir Pak Jenal yot yot.. Pintu diketuk..masuk.. Terus ditanya.. "kamu tidak suka tinggal di kampung ini?"...

Nah! Tercengang...

Sabar...(bersambung)

0 Comments:

Poskan Komentar

<< Home