Jumat, Desember 08, 2006

Aku Kaya....p

Semalam ada surat elektronik sampai. Peti surat aku bagitau penghantar surat itu adalah salah seorang dari scammers. kata aku menang loteri $800,000.00 USD.

Sebab terlampau bosan, aku balas balik surat elektronik tu. Haha. Tiba-tiba, personel tu terus mesej aku semula. Wah. Ada respon. Dia minta alamat, no. telefon, akaun bank, nama bank, pekerjaan.

Aku bagi.semua sekali details yang dia nak.Betul dan tepat.

Pagi tadi, ada satu lagi surat elektronik hinggap ke dalam kotak surat aku. Surat dari bank Nigeria. kata akan masukkan duit dalam akaun aku kalau aku boleh hantar surat lawyer dari Nigerian High Court, Kebenaran dari Kerajaan Nigeria, Kebenaran dari Kerajaan Malaysia untuk pemindahan wang, dan juga lesen/paspot yang telah di'scan'.

Masalahnya, Nigeria tu kat area mana? dan lagi loteri tu dari Australia, kenapa nak transfer duit guna bank Nigeria? dan lagi, ada ke orang nak bagi duit free-free jer $800,000.00 USD. Banyak tu..

Haha.aku kaya.....p

Untuk keterangan e-mail scammers, klik di sini

8 Comments:

At 4:09 PM, Blogger blackpurple said...

hahaha. Aku bila dapat emel macam tu langsung tak bukak terus bakulsampahkan..., menyemak inbox jer.....

 
At 5:31 PM, Blogger Orochi said...

haha.. sungguh bijak tindakan anda membalas email tersebut..

 
At 4:11 AM, Blogger Pa'chik said...

syok jugak ek balas balik. macam, melompat masa geng goreng ngan menang tu la.

aku baru minggu lepas dapat snail mail loteri ni dari sepanyol, amik setem dia je. surat buang.

 
At 10:47 AM, Blogger zwitterion said...

haha, baik hati sungguh nak msk duit kat akaun kita no..rajin pulak cikgu semut melayan email tu..

 
At 12:20 AM, Blogger amirahsyuhada said...

memang trick lah tu...saja nak pekena..sesilap kita yang hilang duit kahhahah..bukan kaya..kapa beb

 
At 12:27 AM, Blogger amirahsyuhada said...

gempaklah blog ni, akan dilinkkan dalam blog saya..so faham2lah...hahahahaah

 
At 2:24 AM, Blogger Azhar Ahmad said...

Nguahahhahahahahahha....

Takpe, nanti incik boleh dapat kerakyatan Niger!

Jadi semut hitam la nampaknya

 
At 8:53 AM, Blogger semut said...

jowo,
hehe.penat dia taip weh

orochi,
aku pasti kau juga pernah mencubanya kan?

pa'chik,
wah.macam best jer surat tuh.

zwit,
hehe.saja nak melihat ereksi.eh.reaksi

amirah,
takpe..Amirah tak kesah..

en.azhar,
huahuahua..nigeria tu benua apa ya?

 

Posting Komentar

<< Home