Semut, dia dan situasi
Dia ni jenis macam batu. Alah, yang lempar batu sembunyik tangan tu. Batu lah tu. Tabiat dia mencaci orang lain. Di mata dia, orang lain semuanya sampah. Jijik. Busuk. Dan sebagai lagi. Kononnya dia seorang yang perfect. Ptuih!!! Pigi dah.
Di bahagian lain, dia juga seorang penulis. Barangkali. Menulis secara berseloroh. Tidak hiraukan perasaan orang lain. Ataupun menulis sekadar mengisi masa lapang. Ataupun hanya sekadar mencarut-carut hasil penulisan orang lain. Banyak kebarangkalian yang tak terduga di dalam diri dia. Mungkin juga dia seorang yang berpenyakit mental.
Hari itu dia menyerang blog seorang selebriti. Sekadar menyerang dengan dengan kata-kata dusta. Kata-kata yang tidak seharusnya diungkapkan seorang penulis. Jika benar dia seorang penulis. Jika tidak, dia hanya pandai berkata-kata di sebalik tabir sahaja. Mungkin berhadapan dengan tekanan dari penulis barangkali. Barangkali.
Dan sekarang, hasil carutannya itu telah merebak-rebak ke laman penulis lain. Dengan segala cemuhan. Dengan segala tohmahan. Dengan segala fitnah. Entah lah. Semoga penyakitnya itu segera sembuh. Tidak pun semoga dia cepat berjumpa dengan ubat yang betul-betul mujarab. Insyaallah.
15 Comments:
Suatu ketika Naga menghembuskan apinya, beratus komen ditadah untuk menahan panas laharnya.
Kini, entah berapa pula yang mampu menahan bisa tokakan semut.
Semut,
Sedangkan Abby dan Norman pun boleh bercerai dan rujuk balik, inikan pula selebriti macam hang.
Pss... komen tu tak ada kena mengena dengan hang, saja nak kaitkan dengan dunia selebriti.
kira ko pun boleh dikira sebagai selebriti. hik hik.. ya, semoga dia bertemu ubat yang betul-betul mujarab.
laskar cinta
sebarkanlah benih2 cinta
musnahkanlah virus2 benci
virus yang bisa rosakkan jiwa
dan busukkan hati
well semut, cuaca pun pernah juga mengalami dengan situasi begini, malah bukan orang lain yg menulis sedara sendiri...semua di matanya kita nih buruk, busuk dan sebagainya hanya dia sahaja yg betul...tetapi hakikatnya dia tidak sedar yg dia hidup terpesong arah...pernah juga cuaca menyerang balas tetapi bila difikirkan balik tidak guna melayan orang bodoh...."what u give u get back" cuaca percaya 1hari nanti dia pasti bertemu buku dengan ruas.Kita hanya berserah pada takdir.....
isk..sabar ye semut..
celebrity memang camnih..
byk orng dengki..
tanpa nnti dapat pahala lebih..
moga2 senget bahu kanan semut..
Nak beri kau nasihat - aku pun baru kebah dari demam.
Ha ha.
sebenarnya,
ini satu penanda aras Blog yng Hebat
siapa yg terima paling ramai anony.
dia mmg Blogger Hebat
dia baru keluar dr tempurung dan masih mencari cari ibunya.....!
dia masih belum bertemu dgn ruasnya..
anony itu benchmark ya?
baru aku tau. kalau ade org carut kan kau. baru kau hebat. :P
aku teringat pepatah lama. no one ever kicks a dead dog.
Dia kebosanan? Mungkin dia perlukan hobi yang baru. Yang lebih sihat.
pk,
suatu ketika,naga juga demam.
orochimaru,
ya.semoga.
cikgu gitar,
kau ke yang cipta lagu tu?
cuaca,
insyaallah.semoga satu hari nanti dia akan mendapat balasan yang setimpal.insyaallah.
abb,
selagi komen tak mencecah macam naga,tak bley dikira celebrity,wakaka.
bro,
aku pun tgh demam.hiks
ron yg tanpa plumbum,
jadi,bila kau nak join blogger.com?
sapo,
dia nih spesis katak ek?
ayu,
kau ruas ke?
book,
pepatah mana tuh?karam sikh punya ker?
kunci,
mungkin.
Sifu aku pernah kata "If you don't have anything good to say, don't say anything at all"
la... kesian kamu...
tumpang simpati cukuplah ek...
jowo,
ya.ya.tapi sifu aku tak cakap camtuh pon.
tuan tanah,
terima kaseh.
Posting Komentar
<< Home