Rabu, Mei 10, 2006

Semut, dia dan Mc Guyver

Dulu-dulu. Masa tu dia kecil lagi. Masih ingusan. Sekolah pagi. Cikgu bagi kerja rumah, disiapkannya di sekolah. Hanya untuk satu hari 'itu' sahaja. Balik sekolah rendah, bersiap ke sekolah agama rakyat. Untuk belajar Sirah Nabi, Tajwid Al-Quran, Tassawur, Aqidah. Habis sekolah agama, bergegas pulang untuk mengaji. Kalau sempat, main bola dulu dengan Saari, Shahril, Amy, Suhaili, Caduk, Pak 'Un, Pak Itam, dan juga Men.

Mengaji Al-Quran tak lama. Yang lamanya, mengajar orang mengaji. Mak Aji tak larat nak ajar semua. Jadi Mak Aji akan mintak tolong dia ajar rakan-rakan yang tak berapa pandai mengeja. Dia tolong. Tapi, kalau hari 'itu' datang, dia akan cepat-cepat habiskan tugas dia. Kenapa hari 'itu' je? Sebab, hari 'itu' ada satu rancangan televisyen yang begitu menarik dan mengujakan. Juga mengaktifkan minda.

Dia tak tahu kenapa dia begitu berminat dengan cerita tu. Itu cerita orang besar. Dia masih ingusan. Kenapa nak tengok sangat cerita macam tu? Sebabnya, dalam cerita tu, banyak mengajar dia tentang cara untuk survive ketika dalam keadaan yang tertentu. Mungkin bukan untuk dipraktikkan hari-hari, tapi akan dipraktikkan suatu masa nanti.

Andaikata dia balik dari sekolah. Takde orang di rumah. Dan pintu rumah berkunci. Dia boleh mencuba teknik yang pernah ditontonnya ketika dalam cerita itu. Andaikata. Tapi bukan kira andaikata saja, perkara itu memang pernah terjadi pun. Satu hari, abah dia ke bandar dengan ahli keluarga yang lain. Dia masih di sekolah. jadi, bila dia pulang ke rumah, takde orang. Pintu pula berkunci. dan dia akan cuba memikirkan apa yang patut dibuatnya.

Di pintu dapur, kuncinya dari dalam. dan dia tahu yang kunci itu sentiasa melekat dilubang kunci. Maka, terus terbayang keadaan idolnya 'itu' dalam salah satu scene. Disorongkan kain batik maknya di bawah pintu. Di joloknya kunci dengan batang kayu. Nah. Kunci jatuh di atas kain. Kain ditarik. Ha. Dapat kunci. Dan dia pun boleh lah masuk ke dalam rumah. Senang kan?

Kalau dia termissed cerita tu, dia akan bertanya itu ini dengan abahnya. Dengan maknya. Dengan abangnya. Tapi dia tetap akan berasa tidak puas hati dengan keadaan itu. Haha. Dan dia akan emosional.

Dulu-dulu. Masa tu dia kecil lagi. Masih ingusan. Sekolah pagi. Cikgu bagi kerja rumah, disiapkannya di sekolah. Hanya untuk satu hari 'itu' sahaja. Balik sekolah rendah, bersiap ke sekolah agama rakyat. Untuk belajar Sirah Nabi, Tajwid Al-Quran, Tassawur, Aqidah. Habis sekolah agama, bergegas pulang untuk mengaji. Kalau sempat, main bola dulu dengan Saari, Shahril, Amy, Suhaili, Caduk, Pak 'Un, Pak Itam, dan juga Men. Kalau berkesempatan juga, balik dari sekolah agama, dia akan madi sungai di belakang perumahan kilang dan perkara itu akan dirahsiakan dari pengetahuan abahnya untuk keselamatan bontotnya. Amin.

29 Comments:

At 11:52 AM, Anonymous Anonim said...

saya pun suka mekgaiver..

 
At 12:32 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kamu suka? saya pun suka juga cikgu.

 
At 12:34 PM, Blogger Unknown said...

saya pun suka.. ahaha...

 
At 1:21 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

begitu juga saya.. (dulu pernah berangan kalau dpt kawin ngan mekgiver)

 
At 2:56 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

...jarang miss cerita ini dulu2..

Teringat pada Zull, McGyver versi melayu tu..

 
At 3:27 PM, Anonymous Anonim said...

kau kena telefon sinar.fm
mintak lagu tema dia semula
hahaha

 
At 11:32 PM, Anonymous Anonim said...

dulu ada The A Team. Saya selalu kena jadi BA (negro yang badan besar rambut trojan tu) pun minat gak, knight rider lagi..

 
At 7:15 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cikgu gitar,bta,orochimaru,abb,
haha.adik pun suka.

jowo,
kat kampung aku pun ada sorang digelar mekgaver.sekarang dah arwah.

ron tanpa plumbum,
Semuanya ada di sinar.fm.hiks

Cikgu lagi sekali,
night rider itu cerita kereta hantu yang boleh berjalan dengan sendirikan?kan?kan?

 
At 8:23 AM, Blogger Pegawai Khalwat said...

Sebab McGuyverlah aku nyaris kena pelekoh dengan bapak aku. Mana tak, pegi try buka pintu kereta dengan lidi. Sebelah pemandu pulak tu.

Akhirnya lidi patah dalam. Dan..... kalian taula nasib aku.

Gitar, BA dalam A Team tu nama betul dia Mr. T, ahli WWF (sekarang WWE).

Dan aku ada lagu tema McGuyver dalam format mp3.

Knight Rider ada, Airwolf pun ada, Gaban pun ada!

 
At 8:30 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

pk,
mesti kau minat gila dengan cerita-cerita camtuh kan?haha.lagi satu, aku pernah buka pintu kereta dengan pembaris besi.senang mudah dan cepat.dan baru aku tau.begitu mudah untuk orang mencuri sebuah kereta

 
At 10:07 AM, Anonymous Anonim said...

awas kereta anda! berhati2 dengan semut! hahaha!

 
At 11:23 AM, Blogger ontahsapo said...

hahahhaha aku pernah buat benda ni masa kat kem dulu, hahahha semua pasal citer tu la...satu lagi yg aku maish buat cemana nak bernafas dlm air lama2.....best citer tu...

 
At 11:47 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

errrr...korang yg suka mc gyver ni korang sumer lahir tahun 70an ekkkk... heheheheee

suka iklan tora dengan deng dang..sesemut wat ar entri iklan tora dan dendang..suka jugak cerita moero attack

 
At 1:25 PM, Anonymous Anonim said...

waa moero attack ngan mc gyver tu citer peberet aku sepanjang zaman! bukan takat 70an, aku yg lahir 80an pon suka citer tu. heheh.

 
At 1:46 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

wei wickedwitch camner ko leh tgk cite moero attack kalo ko lahir tahun 80an ko kecik lagi ar masa tu..

 
At 2:30 PM, Blogger Sayuti said...

rata2 yang minat cerita itu akan jadi orang teknikal seperti engineer, arkitek, technician, mekanik, programmer etc.

ada jugak yang jadi HR. kesian...

haha

macam kamu saya juga selalu menjadi penolong di kelas agama. cuma, yang mengajar mengaji Quran namanya Mak Siah. kami belajar tauhid, fikah dan tajwid.

tapi, saya tak sabar nak balik awal sebab ada cerita polis angkasa yang boleh memakai baju dalam masa 0.5 saat, dan boleh memotong dua musuh2nya. juga mempunyai sebuah kapal angkasa yang boleh berubah menjadi naga.


p/s:
maero attack: hoglin! piring terbang! summersault berpusing! tamparan berkembar!

tora: "Tora datang lagi, dengan permainan..."

dindang: "dapatkan ... dengan Dindang~"

haha

 
At 2:31 PM, Anonymous Anonim said...

rata2 yang minat cerita itu akan jadi orang teknikal seperti engineer, arkitek, technician, mekanik, programmer etc.

ada jugak yang jadi HR. kesian...

haha

macam kamu saya juga selalu menjadi penolong di kelas agama. cuma, yang mengajar mengaji Quran namanya Mak Siah. kami belajar tauhid, fikah dan tajwid.

tapi, saya tak sabar nak balik awaletter-spacing:1px;text-align:left;margin: 5px;font-size: 7pt;}

A:link {text-decoration: none; color: #666666; text-transform: lowercase; }
A:visited{ text-decoration: none; color: #666666; text-transform: lowercase; }
A:active{ text-decoration: none; color: #666666; text-transform: lowercase; }
A:hover {font-size : 11px;color : #ffffff;background-color: #000000;text-transform : uppercase;cursor : crosshair;}

input, textarea{ background: white;font-family: tahoma;font-size: 9px;color: 666666;

 
At 2:40 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

sayuti lagi citer GABAN, best ar pehtu citer OSHIN.. aku tengok nangis sedey wooo .. lagi citer CHIP ala citer dua polis naik motor tuh...pehtu suka juga citer HE-MAN and SHE - RA pehtu..isk banyak arr.. citer best2

 
At 6:13 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cikgu gitar,
haha.saya bukan perompak itu.

sapo,
teknik itu memang berkesan.

abb 1,
iklan tora?yang datang lagi itukah?sekarang kan ader lagi iklan tu.haha

wicked,
aku juga manusia yang lahir pada era 80-an.

abb 2,
ya.ya.kami masih budak kecil.haha

sayut,
Mak Siah ada lagi?Dia mengajar al-quran lagi?Mak Aji masih mengajar al-quran.dan masih kelihatan seperti wanita lewat 30-an walaupun umurnya hampir mencecah 60.

abb 3,
saya dapat buat kesimpulan yang anda memang suka menonton tv sewaktu kecil anda.kan?kan?

 
At 10:52 PM, Blogger Petiais said...

aku ade masalah ..aku suker kunci kereta dgn menekan pengunci pintu dan aku tinggalkan kunci di dalam..kesian..bukan aku ..tapi kereta tuh ..bapak aku kopak byk kali dah...wahahaha..aku tolong kopak juga

 
At 2:47 PM, Anonymous Anonim said...

semut anak pukimak. kau nak komen kan itu komen iklas aku. Bangsa puki mak engkau jenis sial melahikan kamu yang kurang ajar. meh aku bo puki mak kamu dengan tombol mesin kelapa.

 
At 4:01 PM, Anonymous Anonim said...

itu ucapan untuk mothers day yang sesuai untuk puki mak kamu yang terkutuk keparat beranakkan kamu yang celaka lagi sial. Kamu tak payah halau aku memang tak hingin masuk blog kamu lagi, aku masuk ni pun sebab nak bagi ucapan kat mak kamu jika dia belom mampus, kalau mak bapak kamu dah mampus eloklah sebab tulangnya hancur diapit papan lahad jasa kamu mengutuk orang. Bestnyer. Ambik bahagian kau puas hati. Ingat dan Simpan jadi azimat sampai kau mampus katakata indah di atas kalau kau masih tak insaf mampuslah kamu excident. Lain kali jangan kurang ajar menyibuk. BYE! Last masuk blog gaya puki mak kamu.

 
At 11:16 PM, Blogger BooK said...

dulu.
aku rase dulu aku pernah komen di sini. sekarang suasana dah lain. aku kena mencarut jugak ke kat sini?

sekarang.
semut:
aku suka mekgaiver. kau belajar dr mekgaiver. aku banyak belajar dari doraemon.

 
At 5:04 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

anoni,
:)..alhamdulillah..kau sungguh baik hati sebab sanggup masuk ke sini.tapi aku tak paham la..atas tuduhan apa kamu masuk ke sini dan mengutuk aku nih? aku tak paham lansung nih...haha

book,
Ya. Doremon juga salah satu dari inspirasiku.haha.

*psst.kau pernah mencarut di sini?bila?

 
At 8:55 AM, Anonymous Anonim said...

wah..
taraf hang dahsama mcm NAGA
jelosnya aku..
waaa...

 
At 9:09 AM, Anonymous Anonim said...

saya jelos juga. wah! semut dah selebriti juga!

 
At 9:18 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

oiittt..apa pasal itu ANON? masa kecik2 dulu mak dia tak belikan itu dingdang dan tora ke? kesiannya?? ataupun masa kecik2 dulu mak dia tak kasi tengok tv citer mekgiver??

hmm..sesemut,,masa kecik2 dulu saya bukak jer mata mesti nk tgk tv..kalo saya nangis, nenek saya akan bukak kan tv pehtu saya diam.. eekekekee..

 
At 12:10 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ron yang tanpa plumbum itu,
taraf?sama naga?tidak.aku meletakkan naga begitu tinggi di atas sana.haha.dia idola aku berblog.

cikgu,
jangan jeles.haha.Gulp!

abb,
anoni tuh mungkin tersinggung dengan salah satu komen yang aku buat di mana-mana. biarlah dia.

*psst..kau boleh menangis kalau tak dapat tgk tv?hmm..aku cuba untuk membayangkan.

 
At 5:01 PM, Blogger BooK said...

hish.
semut:
aku kate aku pernah komen. aku tak kate aku pernah carut. sekali aku dtg balik. dah mencarut2 dah. tak tau lak blog kau ni dah ubah angin.
bwahaha

 

Posting Komentar

<< Home