Selasa, April 25, 2006

Semut, dia dan kota sedih

Lima tahun lepas. Dia merantau. Setelah diri 'ditendang' keluar dari kolej akibat terjerumus ke dunia perdadahan. Dia keseorangan. Hendak bersemuka dengan keluarga, dia malu. Dia sedih. Dia gelisah. Dia serba salah. Dia tahu dia telah bersalah terhadap keluarganya. Keluarga hanya tahu dia ke situ untuk belajar. Mana tahu ke lain pula perginya. Dia menyesal yang teramat sangat.

Dengan berbekalkan pisau lipat hadiah sempena hari lahirnya berserta duit ringgit malaysia tiga puluh, dia merantau dari Kelantan ke kota besar Kuala Lumpur. Di dalam hati tergerak juga. Kenapa harus Kuala Lumpur? Sara hidup di sana terlalu tinggi. Makanan juga agak mahal. Disebabkan hati telah nekad, diteruskan juga rancangan hatinya itu.

Di Kuala Lumpur. Dia sampai pagi itu. Tiada siapa yang boleh menolong. Sahabat handai, seorang pun tidak tahu pemergiannya itu. Kaum keluarga, sanak-saudara, semuanya tidak tahu apa-apa. Dia nekad untuk menanggung segala kesalahannya itu seorang diri. Pada dia, sendiri buat, sendiri tanggung. Tekad dibulatkan untuk mencari kerja tanpa perlu memilih. Juga dalam masa yang terdekat asbab duit yang betul-betul untuk sara hidup sampai tengah hari sahaja.

Tempat tinggal? Ah, fikir kemudian. Kerja itu yang penting. Kerja dicari. Tak memilih tempat, tak memilih jawatan. Asala ada yang kosong, terus saja akan dicekaunya. Fikirnya di dalam hati. Satu kedai mamak. "Yilek". Dua kedai apek. "Mou". Tiga kedai melayu. "Tak nak pakai orang". Dia terjelepuk kebingungan. Dalam otak hanya fikir cari duit dengan cara yang halal untuk makan sahaja. Dia sedih. Menangis kepiluan. Mengenangkan nasibnya yang entah apa akan jadi.

Hari pertama sudah lengkap. Malam tadi, dia hanya tidur di lorong belakang bangunan berselimutkan jaket dan berwaspadakan dengan pisau. Lagipun dia tidak risaukan orang nak merompak dia sebab dia memang tak punya apa-apa. Duit yang mulanya hanya untuk makan tengah hari terpaksa disimpan demi untuk bertahan seberapa lama yang mungkin.

Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat. Duit memang betul-betul kering. Untuk makan, dia terpaksa meminta-minta untuk sementara waktu. Dengan linangan air mata dan tebalnya muka, dia merayu meminta juga kerja. Hari kelima sungguh mencabar hatinya. Dia sudah mula dicemuh orang. Dia merayau-rayau seperti pengemis. Cuma dia berjaket kulit. Dia sudah mula menyelongkar tong-tong sampah bagi mencari sisa-sisa makanan orang. Dia pasrah. Dia menyesal. Dia sedih. Bermacam-macam lagi perasaan yang bermain di fikiran dia ketika itu.

Sehinggalah hari yang ketujuh, ada seorang hamba Allah yang budiman sedia menghulurkan bantuan. Dan dia bekerja dengan hamba Allah itu untuk sebulan lebih kerana kolej tepat dia belajar sudah 'menjemput' dia kembali untuk sambung belajar tetapi dengan bersyarat. Mendapat berita itu dari tunangnya yang sudah sekian lama tidak dihubunginya. Sedih. Gembira. Semua bercampur aduk.

Itu semua lima tahun yang lepas. Sekarang dia sudah pun bekerja sebagai salah seorang kaki tangan kerajaan dan sudah pun berumah tangga. Juga mempunyai seorang anak lelaki. Cerita pengalaman dia di kota sungguh sedih. Isk isk isk.

19 Comments:

At 9:06 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kesibukan aku membuatkan aku alpa sebentar dngan dunia baruku ini.maaf dipinta. Ampun pak...

 
At 9:42 PM, Blogger Petiais said...

kau nak pakai duit ke?trus trang la..haha ..

naper harus kelantan?
aku tak suker kl.kotor lagi berminyak
aku buat kenyataan tuh sbb aku letih nak bersih tudung saji plastik di selangor yg berminyak lagi berdebu hitam..

 
At 8:19 AM, Anonymous Anonim said...

seorang kawan, misi dan visi memang tinggi. idea muziknya segar bugar. memang kreatif! tetapi ideanya itu perlu di 'cas' sebelum dapat dikeluarkan. sering terdesak dengan duit. saya pernah sekapal, tetapi nasib baik tak karam sama.. syukur..

 
At 9:14 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

sesemut..cerita pagi ini menginsafkan .. ko banyak kawan yang hebat.. adakah ko juga hebat??

 
At 9:41 AM, Blogger Pandang Dengar Diam said...

Cuaca ada 3 org kawan yang boleh berlayar dengan 1 kapal tapi bila berlayar yg sorang mesti karam....

 
At 9:53 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

semua manusia ada kisah hidup masing2 yang mungkin kdg2 manusia lain tak pernah terfikir pun ade manusia lain yg mellauinya...

 
At 12:14 PM, Blogger hitomi said...

bersusah2 dahulu...bersenang2 kemudian...
apapun, pengalaman mmg sentiasa mendewasakan kita, kan...:)

 
At 2:36 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Hitam putih kehidupan.. Begitulah..

Tahniah kepada dia. Sekurang-kurangnya dia berjaya survive di kota kuala yang penuh dengan lumpur..

 
At 4:33 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

toshiba,
kelmarin aku sengkek,tapi semalam walletku tebal kembali.haha

cikgu,
ya.kenapa orang kreatif selalu macam tuh?mereka mempunyai daya fikir yang begitu memberansangkan.tapi perlukan sesuatu sebagai pemangkinnya.iskiskisk.

abb,
aku jer yang tak hebat.haha

sleepless, hitomi, ayu,
ya.betul tuh.uhuhu.

*emoticon mata pandang bawah sambil dahi berkerut.tangan di dagu*

cuaca,
mesti yang sorang tuh kapal dia leh tranform jadik kapal selam.haha.yellow submarin...

jowo,
ya.di kota tuh penuh dengan lumpur.juga kerap berlaku banjir kilat.haha

 
At 4:37 PM, Anonymous Anonim said...

haih banyak btul citer ko yeh. anyway link la aku kat address neh : http://cikdiari.blogspot.com

 
At 7:54 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ok.aku add sekarang

 
At 9:49 AM, Anonymous Anonim said...

dari kesusahan dululah,
kita menghargai kesenangan sekarang

 
At 10:12 AM, Blogger kasutVINCCI said...

mujur lah dia cepat mendapat keinsafan. Kalau dia terus hanyut, maka hidupnya penuh khayalan. Langsung tak berpijak dibumu nyata.

 
At 1:17 PM, Blogger ontahsapo said...

kegagalan tu selalu mengajar setiap kita, tapi bila berjaya hasil dari kegagalan itu, ramai yg lupa perjalanannya dulu......

 
At 1:18 PM, Anonymous Anonim said...

cik semuttt... apsal la ko letak " Diari Seorang Cik" utk link aku tu eh. hadei... cam aku ni terlalu bersopan lak rasenye ;p

 
At 1:43 PM, Blogger kunci hilang said...

Wah, watak heroin tu terlalu kecil.
patutnya tunang dibawa sekali merantau. Boleh tolong masak. Ha ha.

 
At 6:31 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

minyak tanpa plumbum,
ya.dengan kesusahan itu barulah dapat menghayati erti kehidupan yang sebenarnya.

kasut,
insaf dia insaf yang kekal dan tidak akan hanyut di masa yang mendatang.insyaallah

sapo,
aku rasa dia tak sepeti itu.mungkin.

cik diari,
kau tak bersopan?haha

kunci,
tunang dia pon tak tau ke mana dia menghilang waktu tu.sebab dia memang malu nak bersemuka dengan semua orang.betul.

 
At 7:33 PM, Anonymous Anonim said...

harap maklum, en semut sedang bertapa di sebuah bukit di utara semenanjung Malaysia (lokasi dirahsiakan)dan beliau membawa laptopnya tetapi malang tidak dapat melayari internet kerana tiada 'coverage' atau kabel DSL. hahaha!

 
At 10:57 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

terlambat saya ni...

sudah berjaya org itu rupanya. dan saya yakin dia takkan biarkan anak isterinya menerima nasib seperti dia.

 

Posting Komentar

<< Home