Semut, dia dan memancing
Masa kecil-kecil dulu, mak dia ada pesan, "kalau kerat buluh nak buat pancing, jangan langkah. Nanti tak dapat ikan." "Dah bubuh umpan tu, ludah la sikit, kalau tak nanti ikan tak nak makan umpan tu." "Kalau tengah memancing tu, jangan bising-bising, nanti ikan dengar ada orang dia lari."
Banyak yang mak dia pesan. Dulu-dulu. Dia tinggal di kampung. Mana kenal fishing rod, mana kenal umpan tipu, mana kenal mesen pancing, mana kenal loceng amaran, mana kenal pelampung kaler merah putih dan bulat tu. Dulu-dulu. Yang dia tahu, selain buluh untuk buat batang pancing, boleh ambil pelepah anak kelapa sawit, atau ambil ranting kayu yang liat dan susah nak patah. Tali tangsi, mata kail 10 sen 3, batu ladung dari kerikil atau timah bateri kereta yang dah tak guna, pelampung dari selipar getah. Umpan cacing tanah, cacing gila, anak katak atau katak sedang. Kalau malas nak cari katak, cari aje belalang daun yang kecil-kecil atau cengkerik yang tinggal di bawah pelepah kelapa sawit yang dah reput. Takpun, cari biji kelapa sawit yang relai dari tandannya.
Dia kalau pergi memancing, mesti dengan seorang kawan yang memang expert dalam hal perikanan ni. Kawan dia bawak satu pancing dari buluh dan sepuluh taju. Pancing buluh untuk mengail ikan-ikan kecil untuk dibuat umpan taju. Bijak-bijak. Taju yang ditaut, mesti membuahkan hasil. Paling tidak haruan paya yang hitam merelit sebesar lengan remaja. Kagum sungguh dia. Dia? Ikan selat kadang-kadang, ikan panjang dan kepar banyak. Bujuk, haruan, keli, ubi, lampam, nyit-nyit@baung, toman, jarang lansung.
Bila balik rumah, mak dia akan bertanya dia seolah-olah dia seorang nelayan yang baru pulang dari laut. "Banyak ikan?" Haha. Dia sengih. Kalau berhasil dia bagi mak dia masak dan makan ramai-ramai. Kalau tak berhasil, dia akan meminta duit dari mak dia dan terus ke kedai membeli ikan yang hampir pecah perut tu. Tapi jarang sekali.
Itu semua dulu-dulu. Sekarang dia dah kenal dengan fishing rod, dah kenal umpan tipu, dah kenal mesen pancing, dah kenal loceng amaran, dah kenal pelampung kaler merah putih dan bulat tu. Juga ladung yang pelbagai bentuk dan fesyen. Dan sekarang dia sudah mula mengenali dunia perikanan untuk para pejuang laut dan masih lagi bersama dengan kawan dia yang expert tu.
Dan petua mak jangan langkah batang pancing, bubuh umpan kena ludah dulu, memancing takleh bising, tetap menjadi papan tanda di dalam otak dia yang sederhana besar tu.
24 Comments:
hiksss..anak mak la kata kan. Mesti la ingat apa yg mak pesan.
mak tak marah ke bila tak dpt ikan pas tu mintak duit beli ikan kat pasar/kedai?
mesti mak dia pun terer p menangkap ikan tukan..siap petua bagai.
kasut,
dia ingat pesan untuk memancing tu jer pasai dia memang suka memancing.haha.pesan lain dia lupa.
syikin,
mak dia tak kesah pun.well kalu dah ikan takde,nak makan ape yer tak?beli kat kedai je la.haha
heehh...
hmmm petua mak kita sama lah...dulu2 masa zaman budak2 aku pun rajin ke sawah, mengail ikan kat bandau (lopak, tali air)...hmmm kailnya buluh cina yang runcing dengan tangsi dan mata kail yang 10 sen 3...lepas tu kami tangkap kodok dulu kat sawah dan buat umpan. Aku pernah memancing dapat ikan keli haruan dan betuk..ok lah tu sebab aku pompuan...heehh heehhh...
Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.
pancing?umpan?petua?aku?..tak payah aku pakai bubu..letak.tinggal.tunggu.esok.ambik.ada.ikan.goreng.makan.BURP!..haha
tak suka makan ikan..dari kecik sampai dah besar,sbb mak kata masa preknen kan saya dia alergic tgk ikan,bau ikan..dan segalanya tentang ikan..kesian ikan.. saya tak leh makan ikan..
errr..
kak kopi,
ye.ye.kalau aku balik kg aku kat perak, pakcik aku selalu turun bendang n menyauk ikan kecil-kecil seperti piranha.haha.
esbok,
bubu?haha.dah lama aku tak dengar orang panggil nama tuh.
aku tak brapa pandai memancing.dan kalu aku memancing, aku takut nak tarok umpan.kesian kat makhluk kecil tuuh.haha
bidadari,
macam kawan aku tuh laa..ikan dia alergi sepi sebab kisah hitam waktu kecil.hiks
ikan? wah.. my faveret.. ha ha ha... petua aku senang jer.. kalau tak dapat ikan, beli jer ikan sardin...
laa, baik ko beli ikan bilis.hehe
lemah.. perkara yang saya paling malas nak buat ialah memancing. bosan.. bosan.. pasal saya memang kurang sabar..
sleepless,
kalu memancing dengan pancing buatan sendiri memang seronok.kan?kan?kan?
cikgu,
sabar..dah dapat dah kan 'ikan' yang kau pancing hari tuh.dan sekarang 'ikan' tuh dah ada dalam 'akuarium' kau kan?haha
tak pernah dengar pulak petua tak boleh langkah buluh pancing tu... agaknya sebab aku tak minat mancing...
kalau potong buluh perindu tak boleh langkah tu pernah la dengar.... buluh perindu tu macamana pulak ekk...?
memang petua tu basic bagi kaki pancing, semua diorang tahu sebab dulu2 semua org pakai petua tu, skrg ni, bila nak pasang umpan jer terus ingat benda tu, ada yg buat, ada yg tak buat, ada yg sembunyi2 buat, ada yg tak tau pun, ada yg pegi sebab boring duk rumah..
jowo,
buluh perindu kaler kuning n duduk di tengah-tengah rumpun buluh pada waktu-waktu tertentu. buluh tuh tak panjang mana.
buluh pancing tak besar sgt ukur lilit dia n ruas dia pun pendek-pendek tak macam buluh lemang yang mempunyai ruas yang panjang.
buluh untuk meriam pulak mempunyai ukur lilit yang luas.memang luas.
ontahsapo,
kau memang kaki pancing.haha.tak ke kenyir?aku bukan kaki pancing,tapi dia bagitau aku memacam pasal hal pancing.haha
oh, dia ada kemajuan dan berevolusi.
ya.ya.memang ada kemajuan..haha
jom main badminton.:)
kalau pancing ikan puyu letak umpan telor kerengga. Cari sarang kerengga yg besar besar kemudian pi bubuh api biar semua kerengga cabut lari dan ambik telornya. ( zalim bukan?).
Aroma telor kerengga salai akan berjejeran di ban atau parit tepi sawah membuat semua puyu merona lapar.
Puyu yg selebar 3/4 telapak tangan sedap digoreng ranggup bubuh cili api makan dengan nasi dari padi baru tuai. Pungut pucuk ubi ( yg berul betul pucuk, bukan daun), rebus dan cecahkan sambal belacan. (mintak maaf pada penganut resdung).
Selepas makan duduk bersandar di para para tangga bawah pohon rambutan sambil membaca utusan zaman. Tengahari pijar bulan april akan menjadi tengahari penuh asyik.
Petang, bila sudah tertidur barang sejam dua dan segar segar selepas solat asar, mudiklah semuala ke parit atau ban tepi sawah, bawa semula telor kerengga salai untuk memulakan semula pusingan berikutnya.
maaf semut, tanganku menaip di keyboard ini tak henti henti.
wei semut! apa daa gitar pengantin.. tukor tukor balik!
loppies,
sungguh mengimbau kenangan.wahaha.aku tak suka cicah dengan sambal belacan,tapi dengan cicah asam memang sedap.kalau dulu-dulu, pakcik aku balik dari mengagau kat parit, sure bawak balik banyak puyu,sepat,keli n haruan kadang-kadang.n mak aku akan buat cicah asam dia yang paling sedap.haha.
cikgu,
ok la tuh..lagi seminggu dua aku tukau la.haha
Aku dulu, tak suka mancing. buang masa. tapi masih mahu dapat ikan
1. aku tahan tauk. pancing kecik kecik yang pacak tepi sawah. petang datang tgk dan kutip
2. aku menimba tali air sawah. hahaha
minyak tanpa plumbum,
pak cik aku pong pernah menimba tapi kat parit.dapat nenek moyang ikan haruan yang bersisik merah.kitorang kampung panggil ikan tuh Landau
aku tak suka pancing.
sebabnya.
pancing tak suka aku.
series.
haha.ye ke encik bukunota?
nanti saya pujuk encik pancing tu yer
Posting Komentar
<< Home