Jumat, April 14, 2006

Semut, dia dan ragbi

Ada seorang budak. Badan dia kecik je. Umur 13 tahun. Dia selalu kena buli. Dia tak kesah. Kawan-kawan panggil dia tuyal (toyol). Dia tak kesah. Kalau lari, dia selalu di belakang. Lari lambat-lambat. Kawan-kawan semua tinggalkan dia. Dia tak kesah.

Satu hari, hujung semester, abang senior buat pemilihan untuk kelab ragbi sekolah. Kawan-kawan dia banyak masuk pemilihan tu. Dia pun ikut sekali. Dia nak cuba juga. Sprint test dia gagal, tapi untuk long distance dia lepas. Kawan-kawan dia semua terkejut dia lepas masuk.

Dalam team, dia pegang posisi hooker. Di apit dua stand off. Semangat dia makin kuat sebab dalam ragbi, semangat berpasukan amat diperlukan. Kawan-kawan dari kelab bolasepak yang selalu buli dia dah tak berani buli lagi sebab senior ragbi dah sound kalau ada orang buli, kasi report. Nanti satu pasukan ragbi turun bilik orang yang membuli tu. Itulah semangat berpasukan ragbi. Turun makan ke dewan makan pun bersama-sama. Botak kepala pun bersama-sama.

Masuk semester pertama tahun berikutnya, dia pegang posisi blind wing. Posisi paling tepi merangkap orang yang paling tough dalam larian. Mesti ada stamina yang kuat. Walaupun badan dia kecik jer, tapi stamina dia cukup kuat. Dia boleh jatuhkan senior yang dua kali besar dari dia hanya dengan menguis kaki waktu tengah berlari. Haha.

Hujung tahun, periksa. Dia tak lepas kredit untuk tinggal di asrama. Mak abah dia kata balik dan belajar di kampung. Dia ikut jer. Senior-senior dan kawan-kawan ragbi semua raikan dia. Dia terharu sangat-sangat.

Sesungguhnya dengan menyertai pasukan ragbi, dia dapat membina keyakinan diri dia yang selama ini menganggap diri dia lemah. Dia berazam, di sekolah barunya nanti, dia akan buktikan, sekecik-kecik dia, seslow-slow dia, dia akan berjaya dalam semua bidang yang akan diceburi dan dia akan kesah dengan apa yang orang lain cakap kepadanya.

29 Comments:

At 5:06 PM, Blogger loppiess said...

biar Aiman saja yg tak kesah, kita semua kena kesah.

 
At 7:32 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

hiks..

 
At 1:22 AM, Anonymous Anonim said...

saya suke baca entry incik semut...tp lg best kalu tajuk entry nyer bersepadan dgn criter...just my 2 cent

 
At 4:26 AM, Blogger kunci hilang said...

sekecik-kecik dia, pemain ragbi.
sekecik-kecik sesemut kecik?

 
At 9:39 AM, Anonymous Anonim said...

semakan berpasukan ragbi mmg best. lagi pulak budak2 yang duduk asrama.

 
At 11:24 AM, Blogger kasutVINCCI said...

aiman tak kisah

 
At 2:48 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

sukahati,
hiks.trademark..lagipun susahlah nak fikir tajuk dia.haha

kak kunci,
sekecik-kecik sesemutkecik, pandai buat air sirap dengan masak telur goreng.haha

op,
kamu dulu main ragbi juga?

kak kasut,
tapi kita kena kesah..kata loppies

 
At 5:23 PM, Blogger Unknown said...

semut kalau main ragbi sah kena pijak. ah ha ha ha...

 
At 6:18 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

haha.betul tuh.aku pon setuju ngan ko.

 
At 1:18 AM, Blogger Petiais said...

main punya main skali exam tak lepas ape cite? ..hehe kalo ngan mak aku tuh saje nak cari nahas ar tu..hehe

 
At 8:03 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Tu la silap dia. Fokus kat satu benda jer.haha. Jadikan satu pengajaran.

 
At 10:02 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

sesemut berapa kecik ko nih dulu? kasut saiz apa.?? hmm kalo lepas main ragbi skrang ko main ragbi lagi tak?

 
At 10:04 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

abb,
aku tak men ragbi.tak pandai.lagi pun aku lagi kecik dari dia.and aku discreet.haha

 
At 10:12 AM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Lain orang lain cara untuk membina keyakinan diri...

Aku tak main ragbi tapi membina diri dengan cara aku...aku lain....aku kisah...

 
At 10:19 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

yer ker jowo? betul tuh..lain orang lain cara..kan?

 
At 12:12 PM, Anonymous Anonim said...

dulu aku yang kurus kering hampir hampir masuk ragbi. sbb aku malas nak dtg training je aku tak jadi masuk. hehehe

HIDUP SEMSIRA!

 
At 4:11 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Semut ko kalo main ragbi ko jgn berenti tau..nnti badan ko mcm dipam-pam besar.. ini bukan orang kata..memang aku tgk sendirik sepupu aku..dia main ragbi utk opis dia..bila dh kawen dia berenti..pehtu bdn dia ..mcm di pam - pam.. sian dia.. dulu dia macho, bdn tough giler..

Ps: topik ari ini ragbi mueheheee

 
At 8:47 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

minyak tanpa plumbum,
kau kurus ker?aku ingat badan kau juga seperti di pam-pam..

abb,
ye,memang betul tuh cakap kau. kawan aku juga pernah bermain ragbi secara serius dan berhenti juga secara serius dan sekarang badannya juga dipam-pam semakin serius.betul

 
At 8:17 AM, Blogger Kopi Suam said...

hmm kecik tapi terormain ragbi...dulu sangat minat ngan player rugbi masa kat Uni..heeh hehh namapak cam macho dan tough aje :)

 
At 10:24 AM, Anonymous Anonim said...

jom aaa xchange link!! Jom aaaaaaaaaaaaaaaa weeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhh!!

 
At 12:05 PM, Blogger Mamamanja said...

salam perkenalan en semut.
errr... nih kisah benar ker rekaan semata2? apapun, saya x kisah.. hehehehe

 
At 12:16 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kopi,
ye ker?aku pun suka gak tgk dorang.I mean admire nak badan macam dorang.haha

kuden,
jom...heboh..haha

mama,
err..ini kesah betui..hehe

 
At 12:39 PM, Anonymous Anonim said...

huhu... beh aa citer ko ;)

 
At 12:40 PM, Blogger Unknown said...

tulih aa title yg beh skit. citer beh ngan tajuk beh baru kena :)

 
At 12:50 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

anoni,
thanks..:)

Straw,
nantilah aku edit ek.hehe.tapi nanti ilanglah trademark aku,haha

 
At 1:04 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

salams semut,
datang dr blog Kopi Suam...
awat tajuk dia tak mencerminkan isi kandungan.. maklum la sy first timer dtg sini hehehehe
apapun... bak kata KV.. aiman tak kisah... :P

 
At 1:15 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ayu,
trademark..

*emoticon kenyit mata*

 
At 1:25 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

semut..hari ni hari apa??


** Mesej yang aku nk sampai kan.. En.Semut sila update (icon jelir lidah)

 
At 1:33 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

abb,
tengah tunggu cerita dan taip cerita..haha

*emoticon segan-segan silu*

 

Posting Komentar

<< Home