Senin, Mei 08, 2006

Semut, dia dan dara

Suasana pagi itu memang menyegarkan. dengan kabus yang nipis. Angin pagi yang bertiup menyegarkan badan sesiapa yang berada di situ. Namun tidak ramai yang dapat merasai kenikmatan udara serta suasana yang sebegitu. Semua orang masih lalok dibuai mimpi yang indah. Di dalam khemah yang didirikan bersebelahan air terjun dara, Air Terjun Jerangkang.

Dia bertenggek di salah satu kawanan batu yang berkelompok di tebing anak sungai Air Terjun Jerangkang itu. Rokok Suria yang dibeli dengan harga 50 sen dua batang malam tadi menjadi teman. Seringgit dibelinya. Dia baru berusia 16 tahun, dan dia sudah mula merokok seawal 8 tahun gara-gara sellau bergaul dengan orang tuanya yang pada orang lain sporting habis. Sporting ker kalau kecik-kecik lagi dah diajar merokok? Itu bukan sporting, itu namanya se'potong'.

Dua hari lepas dia berhajat dengan orang tuanya. Hendak mengikuti satu perkhemahan yang dianjurkan oleh Belia 4B kampungnya. Belia Benci Dadah. Tidak, masa itu masih tidak digunakan lagi slogan itu. Belia 4B kampungnya memang "gila-gila". Ada saja aktiviti yang mengisi menjelang cuti-cuti sekolah bagi memenuhkan lagi jadual para belia serta beliawanis di kampungnya. Juga bagi mengelakkan para belia dari merungut kebosanan ketika di dalam mesyuarat yang diadakan empat kali setahun.

Semalam, dia dan para belia serta beliawanis memulakan ekspidisi mencari Air Terjun Jerangkang yang dikhabarkan masih dara itu. Segala hutan diredah. Bukan menggunakan kereta pacuan empat roda, tetapi hanya menggunakan lori buah kelapa sawit. Haha. Jungle Trophy Adventures.

Dan hari ini, sudah masuk hari yang ke-2 dia berada di situ. Dan seawal pagi dia bangun dengan sengaja membiarkan rakan-rakan yang lain lalok, untuk menikmati keindahan suasana itu. Memang. Sungguh indah. Air dari anak sungai yang mengalir, dicelupkan sedikit kakinya. Sejuk yang nyaman. Sungguh mengujakan.

Juga tanpa berlengah, ditanggalkan segala pakaian yang melekat di badan. Bogel. "Takpe, takde orang". Dan anak sungai itu pun menjamah tubuh badannya yang sememangnya sudah lama ingin merasai apa yang dikatakan dara pada air. *Psst, tu yang berbogel tu. Haha.*

Siap. Pakai baju dan seluar. menuju ke khemah. Indah sungguh dirasakan. Juga tidak menyebabkan dia menggeletar. Itulah yang dikatakan sejuk yang nyaman dan bukan sejuk yang menyejukkan. Penangan air terjun dara dari hutan Jerangkang, Maran, Pahang.

21 Comments:

At 9:11 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ntah.iyer kot..haha..tapi memang best tempat tuh.air terjun dia semua masih slim-slim lagi.haha.betul

 
At 10:15 AM, Blogger Petiais said...

sehingga kini aku hajat utk berkelah masih tak tertunai..

 
At 10:43 AM, Blogger Tok Rimau said...

Tak ada orang nampak. tapi ikan nampak.

Aku pi El Paso Texas. Salji tak sempat cecah tanah dah cair. Sleet ada la kadang-kadang. Salji renyai-renyai.

Tapi tak apa. Aku pun tak suka sejuk-sejuk. Gugur telinga rasanya.

 
At 10:47 AM, Blogger kasutVINCCI said...

eiii...mandi sambil berbogel. Karang kena gigit kat anak2 ikan sungai tu baru tau. Kekekekekekeke

 
At 10:50 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

esbok,
kau pegi jer bebila.alah,berkelah tuh sebelah jerangkang tuh je.tak jauh.haha.

tok,
ikan nampak takper. biaser jer tuh kot.ntah.hehe.

aku tak pernah pegi sana.sajer jer temberang-temberang sket.nak merapu di awal pagi isnin.hehe

*psst*
bangga dapat kujungan dari selebriti blogger.haha

 
At 10:51 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kak kasut,
tuh la.tak senonoh betul dia tuh.haha.tapi dia kata darurat.teruja sgt ngan air sungai yang best tuh.wahaha

 
At 12:12 PM, Anonymous Anonim said...

saya pun teruja dengan air terjun. urut free!

 
At 12:28 PM, Blogger Tok Rimau said...

Asskm, Tok Rimau datang lagi. Saja buat kau bangga. ha ha ha.

Mana ada selebritinya. Tok pun orang kecil cam semut.

 
At 12:46 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cikgu gitar,
tak.rumah tukang urut memang takdewr kat situ.rumah tik batin ada.siap ngan mayat tergantung atas pokok lagi.haha.cannibal holocoust.

tok,
ya.saya tau.malah tok lebih rendah dari si selebriti naga kolar v itu.haha.

*psst, aku memang bangga buat kali kedua sebab lawatan berturut-turut oleh tok rimau.muerekekekeke

 
At 2:18 PM, Anonymous Anonim said...

haih.. ni yg teringin nak gi air terjun nih.

*psst, aku pon nak tumpang bangge bagi pihak semut. haha.

 
At 2:28 PM, Blogger dugongsenyum said...

Oit Presiden Geju datang ni, aturkan kompang belia 4B untuk sambut kedatangan aku hehehehe

Aku jemput kau menyertai Projek Buku Jiwa Kacau... sila-sila http://jiwakacau.blogdrive.com

 
At 3:31 PM, Blogger Kopi Suam said...

cehh tahu le nak menjamah air terjun dara tapi tak payah le berbogel..malu dilihat makhluk2 lain yang tak nampak di pandangan mata....heeh hehhh

 
At 3:39 PM, Blogger Unknown said...

aku penah kena patuk ular kat air terjun kat hutan pahang.. mesti kat air terjun ni.. ha ha ha...

 
At 5:35 PM, Blogger ontahsapo said...

masih dara ker..?

 
At 7:43 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ahli sihir,
kau bangge?haha.bangge nyer aku.

Dugong,
perepak.perepak..perepak..
kleboom..kleboom..kleboom..
bunyik kompang yang lari tune.
haha.aku join sekarang juga.set.

kopi,
ops..malu lah saya..hiks

orocimaru,
kau kan tuan kepada ular.haha.mesti kau salah seru.

sapo,
ya.dara masih.ya

 
At 8:18 AM, Blogger Pegawai Khalwat said...

Salam tuan rumah.....
Komen kali pertama.

Hang dah mintak izin kat bapak dara tu ka?

 
At 8:52 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

pk,
ntah ler dia.dah kot.kalu tak takkan leh naked kat situ kan.ahahaha

 
At 10:18 AM, Anonymous Anonim said...

satu saja masalahnya,
ikan dan anak anaknya
suka gigit gigit kaki aku.
aku tak sanggup untuk berbogal disitu.
tidak tidak
aku masih teruna
hahaha

 
At 4:24 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Wah...8 tahun dah hisap rokok....

Tak pernah dengar pun air terjun itu....

 
At 4:46 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

kawan ko ke semut..jahat ko neh ekk...dulu penah curi curut nenek aku..

 
At 9:49 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ron yang tanpa plumbum,
kau juga masih teruna?haha.bagus.bagus.

jowo,
kalau kau turun ke maran,kau jalan depan sikit utk ke kuantan,ada satu kampung bernama paya rambutan.bersebelahan dengan kampung paya bungor. kau tanyalah orang-orang di situ.

abb,
curut?hehe.aku ker yang curi?tak.tak.bukan aku.

 

Posting Komentar

<< Home