Jumat, April 21, 2006

Semut, dia dan berita

"Psst, kau nak tau? Anak Dolah Ronggeng yang sebelah rumah Minah Baba tu kena tangkap basah dua hari lepas." "Eh, iye ker? Kau biar betul. Setau aku, anak si Dolah tu semua dah kawen. Takkan kena tangkap basah lagi kot. Dengan jantan mana? Kat mana kenanya?".. Sessi umpat-mengumpat antara dia dan jirannya yang selang dua puluh buah rumah dari rumahnya. Hajat bermula hendak meminta serai barang seikat dua dari rumah si Melah, jirannya itu. Disebabkan mulut dia yang mengalahkan ayam bertelur itu, dia melekat dari pagi sampai ketengah hari.

Itulah dia. Cerita yang tidak tahu hujung pangkalnya itu, akan diwartakan seisi kampung. Lumrah penduduk kampung yang terkenal dengan 'keramahan'nya. Dia tak pernah serik dengan tohmahan orang kampung tentang pembawakan mulutnya itu sehinggakan dia digelar sebagai radio buruk merangkap internet bergerak.

Cerita dulu, anak ustaz Bakhri yang 'ditangkap' polis ketika berada dihotel. Bukan ditangkap sebab berbuat jahat atau bersalah. Cuma untuk disoal siasat kes penipuan saja. Tapi, bila cerita diterima oleh dia, maka pengolahan akan berlaku. Diceritakan olehnya yang anak ustaz itu ditangkap berkhalwat dengan seorang mak datin ketika sedang berada di hotel. Jauh sangat lari jalan ceritanya itu dengan yang asal. Habis heboh dua tiga kampung ceritanya itu.

Suami tercinta hanya tunduk membisu dengan kepetahan mulutnya itu. Sepatah yang keluar dari mulut suami, berpuluh-puluh patah keluar dari mulut dia. Kalah mulut laser Era Rentak Muzik Terkini itu. Anak-anak juga begitu. Hanya boleh memekakkan telinga mendengar orang lain mempersendakan ibu mereka.

Bila cerita anak ustaz tersebar, maka ramailah orang pergi berjumpa dengan ustaz tersebut. Maka, tahulah orang yang dia itu hanya membuat propaganda saja. Sudah tentu orang akan percaya dengan ustaz itu kerana ustaz itu memang terkenal dengan ketegasannya dalam mendidik anak-anaknya. Lagipun, kes anak ustaz itu sudah selesai dua minggu yang sudah.

Diikutkan hati, mahu saja orang kampung itu memulaukan dia, tapi disebabkan hormat orang kampung kepada suaminya yang juga seorang ahli jawatankuasa masjid, segala yang dirancang diabaikan begitu saja. Pun begitu, ada juga yang percaya dengan cerita-ceritanya itu walau hanya mendengarnya ketika hendak membeli ikan di pasar bergerak. Haha. Karut betul.

Jadi, apa yang orang kampung buat hanyalah mengiyakan saja apa yang dikatanya. Bukan untuk menggalakkan, tetapi untuk menyelamatkan diri dari dibuat cerita tentang mereka pula. Sesiapa yang cuba untuk menyangkal, maka keluarlah ayat-ayat seperti,"celaka kau tak pecaya cakap aku. Apa kau ingat aku menipu?" ataupun,"kau jangan aku buka cerita pasal kau pula." Haha. Ini memang betul-betul karut.

"Psst Melah, kau jaga-jaga sikit laki kau tu ya. Aku dah nak balik ni. Matahari pun dah tinggi. Busuk pulak ikan yang aku nak masak lemak tadi. Laki aku pun tak sarapan lagi tu. Hehe. Petang nanti aku datang balik ye. Ada cerita terbaru pasal Cik Mimah Janda kampung sebelah tu. Katanya nak kawin dengan sorang Dato'. Hehe. Smekom." Dan si Melah hanya senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. *Sigh*. "Apalah nak jadi dengan kau ni, aku pun tak tau lah." *Sigh*

22 Comments:

At 11:09 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Sesemut kaki aku pagi tadi sesemutlah..

ps: aku harap cerita ini tiada kaitan dengan diri kooo...

 
At 11:29 AM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Begitulah...begitulah...begitulah...

ps: teringat pasal cerita imam kat melaka yang kena tangkap khalwat ...

 
At 11:43 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

abb,
tuh sesemut pasal darah tak turun.hiks.

*cerita ini tak bersangkut paut denga orang yang aku tak pernah jumpa.haha

jowo,
ya.ya.ya.begitulah..

kes imam tuh betul takper.jangan hanya propaganda saja.haha

 
At 12:58 PM, Blogger ontahsapo said...

biasanya bila si isteri mengumpat, sisuami akan terdiam jer (mcm baik) tapi bila sesama lelaki pergh....lebih kurang jer....(terasa lak..aku ni)

 
At 1:20 PM, Blogger Petiais said...

haha...biarlah org tuh ..dia boring duduk rumah..buat citer busuk..hahaha

 
At 2:19 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

hmmm pernah jadi watak si Melah..aduhh poning palo den... kene ye kan aje... tp senang je nak lari.. dah pakat2 dgn hubby.. kalo org tuh dtg hubby buat2 la mintak tolong itu ini.. lama2 dia bosan hehehe dia blah le..selamatssss

 
At 2:51 PM, Blogger Mamamanja said...

salam...
ermm..

 
At 12:57 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

sapo,
kan?orang laki-laki pon sama gak.tapi kurang sket lah mengumpat orang lainnya.ahaks

toshiba,
boring dok umah kalu,men la masak-masak.haha.

ayu,
ya.ya.memang camtuh la saja caranya nak mengelak dari mengumpat sama.hiks.

mama,
salam..

 
At 1:06 PM, Anonymous Anonim said...

eh! sama macam cik timah mulut tempayan! macam makcik misah mulut murai! macam makcik gayah b**t*t ayam!

 
At 8:23 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

uish..kau mencarut cikgu?

 
At 12:30 PM, Blogger kasutVINCCI said...

org tua pernah berpesan, banyak bercakap, banyak la silap nya. Tapi jangan malu betanya pulak, nanti sesat jalan.Hikss

 
At 2:51 PM, Blogger Kurt Kuden said...

kerana mulut org masuk surga, kerana mulut org masuk neraka... =)

 
At 6:41 PM, Anonymous Anonim said...

kalau makcik tu tulis blog mesti banyak cerita tu hehe.

 
At 6:50 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

layaknya makcik tu jadi wartawan cnn

 
At 9:44 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kak kasut,
betul tuh.orang tua banyak pesan macam tuh.dan kita yang muda ni pun satu hari nanti akan tua juga dan akan meninggalkan pesan yang macam tuh kepada orang-orang muda yang akan datang.haha.

kurt,
kerana pulut,santan binasa,kerana mulut,pulut pun habis.

op,
haha.kan?mesti banyak idea.yang merapu pulak tuh.haha.

syikin,
uish,bagus gak tuh.tapi dia hanya mendapat berita yang sudah basi dan bukan lagi sensasi lagi terkini.tuh yang jadik radio buruk tuh.haha.

 
At 11:33 AM, Blogger Pandang Dengar Diam said...

*mrasa...mrasa....mrasa

 
At 12:24 PM, Blogger loppiess said...

semut, itulah yg orang dok panggil "radio ga-ga, radio ga-ga".

 
At 10:42 AM, Blogger Petiais said...

oh ye mak aku baru terkene ngan sorang mak cik nih dok jaja citer bende bukan2 ttg mak aku..budus tul

 
At 11:27 AM, Blogger Pandang Dengar Diam said...

Cuaca ada pengalam buruk dimana SEPUPU sendirik yg dok mengompang cerita family cuaca.Well what you give you will get back.

 
At 2:36 PM, Anonymous Anonim said...

dengar boleh,
percaya jangan

 
At 4:24 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

sesemut kecik..berita ni dah basi..cepat buat kuih berita baru..

** ehem tu tandanya soh update heheheeee

 
At 9:04 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cuaca,
ya.orang camtuh harus diberi pengajaran.ajar dia secukup-cukupnya.HUahuahua.

lop,
lebih hangat dari biasa.ahaks.

sleepless,toshiba,ron,
:)

abb,
hiks.ok.

 

Posting Komentar

<< Home