Selasa, April 18, 2006

Semut, dia dan bau

Vroom..Skreet..Chess..Chess.. Bas berhenti di satu bus stop. Dia naik dengan menunduk. Kepala diangkat untuk bermuka dengan driver bas. Tambang bas dibayar. RM 3.50. Vroommm.. Perjalanan bas diteruskan.

Tempat duduk belakang menjadi pilihan dia. Bukan sombong. Bukan juga tidak bersosial. Cuma terasa. Orang sekeliling memandang dengan muka yang berkerut. Dia tertunduk lagi. Dia tahu apa masalah mereka-mereka yang berada di dalam bas itu. Sudahlah tingkap tidak boleh dibuka kerana berhawa dingin, panas dari luar yang terperangkap di dalam bas cukup untuk membuatkan mereka-mereka tidak berasa selesa. Tambah lagi dengan kehadiran dia. Dia memang sedar semua itu.

Kadang-kadang, keluarga dia juga tidak senang dengan dia berada di samping mereka. Jijik ke dia? Keji ke dia? Penagih dadah? Bukan, merogol orang? Bukan juga, bekas banduan pun bukan. Habis tu? BERBAU.

Memang tidak dinafikan lagi. Bau badannya yang sedikit berisi itu agak tidak menyenangkan orang yang berada berhampiran dengan dia. Dalam jarak kurang dua meter sudah dapat terhidu bau dia. Busuk sangat ke? Takde la busuk pun. Tengik je. Menusuk ke rongga hidung. Itu baru bau badan. Bilik? Jarak lima belas meter dah terhidu aroma yang amat 'menyenangkan'.

Habis nak buat macam mana? Dia kuat berpeluh. Walaupun hanya dengan mengangkat beg untuk pergi ke sekolah. Walaupun hanya dengan mengangkat periuk nasi. Juga walaupun hanya dengan berjalan sejauh lima puluh meter. Berpeluh seperti orang mandi. Juga disertakan dengan bau yang kurang menyenangkan. Baju juga dipakai yang seminggu lepas. Tidak dibasuh. Kalau dibasuh pun, hanya dicelup dan kemudian disidai terus. Well..

Pun begitu, dia tetap dengan tidak mempedulikan orang lain. Pada dia, badan dia, dia jaga. Baju dia, dia punya. Bau dia, korang peduli hape? Pada dia. Bukan orang tak pernah ambil peduli. Kawan dia, Apai, Pijot, Ido, Isang, Jemay, kokoi, bukan tak pernah nasihatkan dia. Dia? Senyum seraya berkata,"nanti aku ubah la". Nanti? Bila? Lantak kau lah labu. Dah ponek den kobakan. Ekau macam tu jugak. Bilo ekau nak berubah pon den tak tahu. *Sigh*

Vroom..Skreet..Chess..Chess.. Chessss.. Pintu bas dibuka. Dia turun. Menuju ke satu tempat. Amway. Untuk mengikuti taklimat jualan. Ya. Amway pewangi bilik yang untuk dijual dan bukan untuk digunakan sendiri. Pada dia, biarlah dia berbau tengik asalkan orang lain berbau wangi.

33 Comments:

At 2:43 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

errr.kalo dia pompuan soh dia kurangkan mkn bawang, kalo lelaki soh dia amik batu sungai pehtu gosok kat celah ketiak bila mandi..

err... pehtu nk berkesan lagi soh dia kawin ngan tokey kedai minyak wangi..

err.... serba salah..kan..kalo tegur mesti dia teraas kan kan kan

 
At 2:52 PM, Blogger aishah said...

er semut..jalan2 je nih sebba nampak dari blog kak ayu...er semut merah ek...hhehehehhehee...aishah selalu kene gigit semut merah kat opis ni..adoiii..bengkak2 kaki dah ni ..er huhuhu ada kene mengene ke ngan entry ni muahahhaha

 
At 3:00 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

hmmm dulu kat opis ade gak sorang yg mcm ni.. tapi dia kurus orgnya.. lelaki.. driver boss. last2 boss tak tahan... adiahkan dia deodorant yang mmg baik punya. sejak drp tuh aman dunia...

 
At 3:00 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

abb,
wahaha..abeh post terus komen?haha.

tapi dia memang berbau tengik. kengkawan pompuan dia semua takmo dekat.hiks.sian kan.orang dah bagi petua,tapi takmo pakai.

aishah,
yer ker?ok jer.tuh baru kena ketit ngan semut merah.belum lagi kena ngan semut ipoh yang gedabak dan berbisa tuh.bengkak kaki woo.betull

 
At 3:01 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ayu,
kalu bau ketiak,leh guna deodorant tuh. Kalau bau peluh, boleh guna bedak. Tapi kalau dah dasar pengotor?haha.jawab..hehe

 
At 4:05 PM, Blogger ayobkelubi said...

kunjungan balas ke negara semut-semut kecik.

salam kenal dan ukhwah.

 
At 4:07 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ya.ya.terima kasih.

 
At 4:50 PM, Anonymous Anonim said...

tu tak kira lagi pompuan yang sembur pewangi sampai orang lain sesak nafas tu.

 
At 6:42 PM, Blogger Kurt Kuden said...

semut!! Aku dah linkkan ko.. tenkiu!!

Ya!! Busuk itu amat tidak menyenangkan. Aku ade kawan yang mempunyai masalah bau badan. Euwww.. tapi sabar je aa

 
At 9:45 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

minyak tanpa plumbum,
perempuan itu suka menyesakkan nafas orang.haha.terutama di shopping-shopping complex

kurt,
ya.sabo jer la ek.tapi kena gak bagi nasihat kat dia

 
At 9:57 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

lorr..pompuan wangi pun salah.. ekekeeee.. kalo busuk lagi salah...


sian sian.. err semut ko pakai minyak wangi apa? cap kapa?
(icon jelir lidah) kat semut...

 
At 10:05 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

abb,
pompuan pakai minyak wangi tak salah. cuma jgnlah melampau-lampau sehinggakan boleh mengganggu hidung.tapi tak ramai la yang buat camtuh.ada la dua tiga orang.tu pon jarang jumpa.haha.

aku?aku pakai minyak wangi biasa-biasa aja.jenama la crosse.beli kat mydin.murah pn murah.wangi pun wangi.tak caya, kau beli untuk amie mu.hehe

 
At 10:24 AM, Blogger kasutVINCCI said...

HIK HIK HIK..apsal sang semut tu tak pakai deodorant?;)

 
At 10:34 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

terlupa nak beli kot.haha.

p/s:saya guna deodorant rexona.haha.men.

 
At 10:40 AM, Blogger Unknown said...

sama la cam member aku. bisnes minyak wangi tapi sendiri tak penah pakai. nasib baik bdan dia tak berbau busuk dari jarak 2 meter. ha ha ha ha...

 
At 11:44 AM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

kombinasi bau2 tak mandi, bau pangkal lengan, bau celah kelangkang, bau perfume, bau mulut boleh sesak nafas dibuatnya......

ps:. dah bertahun tak naik bas.... rindu nak naik bas tong fong...

 
At 11:55 AM, Anonymous Anonim said...

bila anda sebut tentang Badan Orang Besar, saya terasa.. entry ini ditujukan pada saya eh?? cet! semut! PPssssttt!

 
At 12:27 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

orochimaru,
ya.kenapa selalu jadi macam tuh?penjual minyak wangi tapi busuk,penjual ubat utk kurus tapi dia sendiri boroi,penjual ubat rambut tapi dia botak??kenapa?kenapa?

jowo,
gabungan semua-semua itu boleh menyebabkan ikan di air naik ke darat keran tak tahan.haha.

cikgu,
tak.bukan untuk kamu.betul.utk dia merangkap bekas kawan aku.betul.

psst..badan kamu berbau juga ker?haha

 
At 1:05 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

aku terpikat dengan amie kerana bau Dashing yang amie pakai.. aku suka sekali bau dashing ubat ketiak warna orange tu..kalo lelaki sini cubalah pakai..mungkin ada awek yang tersangkut..

ehh..bau dashing warna orange tu something tauu.. ntah lahh camner nk explain ekk..bau dia isk... iskkkk..

Encik Semut soh kawan ko pakai dashing warna oren

(sambil malu malu kucing)

 
At 2:15 PM, Blogger aishah said...

semutt updet lerr..updet..takmo joint msjbox ka..kalau nak tinggalkan email kat blog chik

 
At 8:07 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

abb,
Dashing ek?dulu guna la.sekarang kureng sket.kalo pepium,sebenarnyer suka polo sport kaler biru.wangi sesgt.kalo deodorant plak suka rexona men active pasal saya suka bersukan.haha

aishah,
kena ikut turn nak hapdet pon.haha.otak tgh beku nak ingat apa yang orang len buat.kalo cerita sendiri tuh takper la kan.haha.
msjbox?takper.tak minat nak penuhkan sidebar.hiks

 
At 8:33 PM, Blogger Jarri said...

mase sekolah dulu aku ade member badan besar jugak. yang best nye die ni kurang berpeluh kalau nak banding dengan orang badan besar yang lain. pastu xde pulak bau yg xsedap dari die. sungguh sedap die. kami panggil die pulek.

 
At 10:42 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

siannya kat hamba Allah ni. awat, dia tak pakai deodoran ka kalau tau ada masalah lagu tu? tak p jumpa doktor ka utk bantu selesaikan masalah tu?

 
At 9:25 AM, Anonymous Anonim said...

nak kasi nasihat tu susah..
Takut org kecik ati..
Kalu laki, bole aa consider
Kalo pompuan, silap cakap kan, tak tegur setahun aku kang..

Kalo kasi adiah perfume mesti menyedarkan diri...

 
At 11:17 AM, Blogger Pandang Dengar Diam said...

lest ask her....u pakai deodorant tajuk apa? sure dia sujud tahyat akhir....eh!rasa2 bley ker cam tuh? *sambil perkop mulot*

 
At 12:07 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

fazari,
owh.bukan semua orang yang berisi berbau.orang yang tak berisi pon kalu tak pandai jaga kebersihan,berbau busuk juga.haha.

syikin,
tuh la masalah dia,orang bagi nasihat takmo dengar.bio jer la ek.hehe

kurt,
senang je cakap terus terang.takkan putus kawan kalau berterus terang.kan tuh pendirian seseorang.

cuaca,sejuk ker panas?haha,
kalo perli camtuh,lagi terasa.haha

 
At 12:20 PM, Anonymous Anonim said...

sian kat dorang yerk....tapi tulah sapa suruh x pakai deodaorant...!!

 
At 12:52 PM, Blogger ontahsapo said...

memang ada orang yg kuat berpeluh, ni satu penyakit, bukan dia saja2 nak berpeluh.....tapi try la cari ubat...

 
At 8:39 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

amirah,
bukan dorang laa,dia jer.haha.

sapo,
ya.ya.try jer.haha.
acu, cuba, try, test. ahaks

 
At 10:50 PM, Blogger kunci hilang said...

Ha ha. Cool one, dude.

Dan saya akan terkejut jika dia memegang jawatan sebagai jurujual.

 
At 9:14 AM, Blogger Pandang Dengar Diam said...

my future wife pun berisi jugak a bit plump but syukur dia seorang yg bersih dan wangi sentiasa...well katanyer bila di awal keperawanan itu org jawa ada tips supaya tiada "makuan palachi" di kemudia hari....nk tahu kena lah tanya org jawa nih....

 
At 9:29 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Oitt sesemut kecik..berapa lama mau cerita pasal ini bau daaa.. update lar deyy.. yennadeyy

 
At 10:40 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kunci,
Dude, kau patut terkejut sebab dia memang memegang jawatan sebagai jurujual.

cuaca,
Dorang ada petua dorang sendiri macammana nak hilangkan bau badan. Kau janganlah risau ek? Hiks.

abb,
Dah hapdet dah.haha.

*emoticon kenyit mata sambil senyum*

 

Posting Komentar

<< Home