Semut, dia dan pen
Di sudut meja itu. Sebungkam pen terisi di dalam sebuah mug. Bagai rumpun bunga. Bermacam-macam warna. Juga diselang-seli dengan pembaris yang juga pelbagai bentuk.
Mata tertumpu pada sebatang pen. Jenama Kilometriko. Hitam. Juga dicapai kertas kosong bersebelahan dengan bekas menyimpan pen-pen itu. Idea mula tercetus. Apa yang hendak dilakukan sudah diputuskan.
Dengan pen itu, dia mula melakar. Segaris, dua garis. Bulat-bulat. Bujur juga ada. Lakarannya tidak berbentukkan apa-apa benda yang wujud di muka bumi ini. Hendak dikata melukis motor, mana seatnya, mana handlebarnya, mana enjinnya, sah bukan motor. Hanya dia saja yang faham tentang apa yang dilakarnya itu.
Di ambil pula warna pelbagai dari laci meja itu. Diadukkan sedikit dengan air. Juga ada yang disapukan terus. Melekit-lekit. Tebal. Nipis. Warna bertindih-tindih macam budak-budak yang baru belajar mewarna. Bertompok-tompok. Di atas lakaran mula tadi. Tapi lakaran mula itu tetap jelas kelihatan. Hanya dicalitkan warna yang seperti bertompok-tompokkan itu. Ntah, tak paham. Abstrak.
Dia juga gemas melukis potret. Habis gambar rakan-rakan sekolah dulu dilukisnya dan disemadikan bersama ke dalam sehelai kertas. Cantik. Walaupun ada beberapanya berupa karikatur. Kemas. Simple.
Berhenti. Satu seni abstrak telah terhasil. orang lain melihat memang akan mengatakan itu hanyalah contengan kanak-kanak berumur setahun jagung yang baru hendak mengenak apa itu warna air. Ataupun orang akan menganggap itu hanyalah hasil lukisan seorang yang cuba untuk menguji gaya mencampurkan warna bagi menghasilkan satu warna lain. Lantaklah. Dan kenyataannya, lukisan itu memberikan dia satu perasaan yang tenang di samping keadaan yang hiruk-pikuk di sekelilingnya. Dan kenyataannya, hanya dia saja yang tahu maksud lukisan itu.
Matanya tertumpu pada satu surat khabar. Juga terus ditumpu pada satu gambar. Ya. Masa untuk melukis potret pula.
21 Comments:
kepada semua kengkawan.
sorry for the lateness.
owh man!my pc had been infected by some viruses.damn!
hope my appologoly is accepted.muahaha.
*gue baru habeh bertapa dibukit seguntang.muahaha*
saya pun dah lama tak mengasah bakat melukis. dah tumpul barangkali
anda sudah tamat bertapa? bagus. bolehlah mempraktikkan ilmunya nanti..
aku minat wehh lukis2!
cte2 nk jadik arkitek..
tp nk wat camne.. takdok rezeki..
hehe.
cikgu gitar,
aku baca blog kau tadi dan terus ke blog brader naga.iskiskisk.sedih siot.
kuden,
ko nak aku lukiskan gambor ko tak?hehe
hanya org minta seni tau menilai seni. Mungkin sang semut salah sorang?
Semut aku teringin kau lukis kan karikatur aku...boleh ke?
Semut aku teringin kau lukis kan karikatur aku...boleh ke?
semut...nnati leh lukih gambor chik plak :))
kak kasut,
saya bukan orang seni.saya orang melayu berketurunan banjar.haha
kopi,
kau nak aku buat apa?aku tak pandai.dia pandai la kot.haha
kak aishah,
kalu ada gambo.leh kot.haha
lukisan abstrak sukar dibaca...pelbagai tafsiran blh dibuat.
syikin,
ya.ya.ya.
kalau ujang dia suka pakai brush utk karikatur, dan stroke dia memang takder saper belh tiru...saper tak kenal jibam, aca dan atuk kan..?
saya pernah lukis muka saya, dan jadi macam muka tom cruise pula.
pandai gak mamat tu melukis.. ha ha ha... aku nak lukis kura-kura pun tak reti...
melakar, melukis, menconteng. makna dan ertinya pada tangan yang melakukan. nilainya pada mata yang melihat.
sesemut nak pen.. nak pen nak pen nak pen
sapo,
itu ujang.master.haha
cikgu,
kamu Tom Cruise?aku Fernando Jose.
orochimaru,
kau nak belajar dengan dia tak?aku tolong rekomen.tapi kena la cagaran sket.hiks.
sayut,
aku tau kau juga seorang yang gemar melukis.syabas betha.
abb,
pen ape?pensel buleh?
sleeplezzzzz,
kau buka lah satu kedai pen.jadik vendor pulak.jan ok.
*emotikon kenyit mata*
sapo,
itu ujang.master.haha
cikgu,
kamu Tom Cruise?aku Fernando Jose.
orochimaru,
kau nak belajar dengan dia tak?aku tolong rekomen.tapi kena la cagaran sket.hiks.
sayut,
aku tau kau juga seorang yang gemar melukis.syabas betha.
abb,
pen ape?pensel buleh?
sleeplezzzzz,
kau buka lah satu kedai pen.jadik vendor pulak.jan ok.
*emotikon kenyit mata*
Wah semut.. anda telah mengiklankan pen jenama kilometrico ini dengan cukup berkesan...
hehehe
wahaha
jowo,
arigato...go..go..gosaimas..su
esbok,
wuhuhu
Posting Komentar
<< Home