Semut, dia dan keluarga
Perkara yang menderitakan bagi seorang kanak-kanak. Bila ibu bapanya mengambil berat tentang hal-hal adik beradiknya yang lain. Itulah yang sering dihadapinya. Seawal pukul 6.30 pagi, dia akan bangun untuk bersarapan sebelum ke sekolah.
Roti potong diambil dua pasang. Di sapu dengan jem. Air panas dari cerek elektrik yang dimasak sebelum mandi dituangkan kedalam kole yang sudah diisikan dengan milo dan susu. Dikacau hingga sebati. Dimakan roti itu dengan air milo. Hampir setiap pagi dia begitu. Kemudian, dia akan berjalan ke seoklah yang terletak lebih kurang satu setengah kilometer dari rumahnya.
Abahnya hanya akan menghantar adiknya yang darjah dua itu ke sekolah. Bila ditanya kenapa tidak dihantar dia sekali dan jawapan abahnya, dia sudah besar. Darjah empat. beza dua tahun cuma. Maknya? Maknya hanya menurut perintah abahnya.
Memang selalu terjadi begitu. Dia pun sudah lali dengan perangai kedua-dua orang tuanya. Rasa tersisih pun ada. Dia ingat lagi sewaktu abangnya yang sekarang ini sudah tingkatan dua bersekolah bersama dulu. Abah akan menghantar dia bersama-sama dengan abang naik motor kapcai. Tapi bila abang dah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama, dia tak boleh pula ikut naik motor dengan adik. Memang tidak adil rasanya.
Tahun lepas, dia dapat nombor satu dalam darjah. Adik dia dapat nombor 23. Waktu majlis penyampaian hadiah, Abah dengan mak dia tak datang tengok dia ambil hadiah. Tapi masa dia belum sekolah, abang dia pernah dapat hadiah pelajar terbaik untuk matapelajaran, bukan dapat nombor terbaik, tapi terbaik untuk matapelajaran saja, satu kenduri doa selamat dibuat. Adil ke abah dan mak?
Di sekolah, dia seorang pengawas. Adik dia nakal. Selalu kena panggil dengan guru disiplin. Balik rumah, adik report dekat abah. Dia kena pukul, marah, herdik, peluku, sepak pasal tak jaga adik waktu kat sekolah. Dia menangis seorang diri dalam bilik. Dinding bilik jadi sasaran. "Abah tak sayang aku", "mak pun tak sayang aku", "kenapa? Aku bukan anak diorang ke?".
Selalu dia akan bersembang dengan cikgu pasal keluarga dia. Ada seorang cikgu yang betul-betul memahami jiwa dia. Cikgu tu juga selalu bagi nasihat pada dia. "Seteruk mana pun kamu fikir pasal kedua-dua orang tua kamu, mereka tetap yang menjaga kamu dari kecil. Makan kamu, pakai kamu, sihat kamu, demam kamu, semua atas tanggungan mereka. Mungkin mereka tak mahu kamu jadi orang tak berguna, tak pandai berdikari di masa depan kelak." Dia mengambil kata-kata cikgu itu sebagai satu penolakkan fikiran dia tentang tingkah-laku tidak adil kedua orang tuanya. Mungkin ada betulnya.
Di rumah, dia buat macam biasa dengan abah dan maknya. Di sekolah, dia jaga adiknya yang nakal itu. Dan dia betul-betul berharap suatu hari nanti, abah dan emaknya akan menghargai dia sepertimana yang dilihat penghargaan yang diberi terhadap abang dan adiknya itu.
Pagi itu, dia bangun macam biasa, dan buat tugasnya mcam biasa-biasa. Roti potong diambil dua pasang. Di sapu dengan jem. Air panas dari cerek elektrik yang dimasak sebelum mandi dituangkan kedalam kole yang sudah diisikan dengan milo dan susu. Dikacau hingga sebati. Dimakan roti itu dengan air milo, dan kemudian, menuju ke sekolah dengan menaiki basikal yang dibelikan abahnya kelmarin dulu. Dia tersenyum sendiri.
28 Comments:
saper nih kau lagik ker?ko ni tak sudah2 nyamar pe nak jadik..hahaha
tapi mak bapak mmg berat sebelah ko ckp le mcm maner mmg semua mcm tuh..cume tak nampak
ish ish ish..
bukan aku laa..
aku cuma ceritakan semula la..
ish ish ish
eleh ko ngelat lagik..coi..
haha.:)
Semut.. Kirim Salam dengan "DIA" saya admire dengan ketabahannya ...
semut!
ini cerita andalah! kasihan.. anda tidak dapat kasih sayangkah??
kawan2 lawat blog:
http://linggopoh.blogspot.com
saja tolong promote..
macam pernah dengar jer cerita nih.kat mana ek??
abb,
dia kecil lagi laa..haha..
cikgu musik,
cerita dia, aku tulis je.betul.
bta,
aku tak curik cerita kau.dai memang dapat basikal sehari sebelum ujian prestasi bulan satu.
ayah dia kata, hadiah nombor satu dalam darjah.
takperlah kecik2 cili apa whatt....
elehh dengki arr tuh oklah aku admire ngan semut..eh semut ni laki ke pompuan? ekekeeee
sedihnya. sian kat dia tu. tapi, yg bagus tu, dia jadi seorang yg cukup berdikari sejak kecil, pandai urus diri, berani, dan seorang yang tidak akan mengaku kalah atas perkara2 remeh.
Doa saya, si dia ni akan berjumpa dengan pasangan hidup yg amat menjaa dirinya dan memberikan sepenuh kasih sayang padanya tanpa berbelah bagi.
Jadi org nanti, jgn layan anak sama dgn layan diterimanya dahulu.cukuplah. buatlah itu pengajaran.
Kalau sabar dengan kerenah parents, banyak pahalanya.
anda mengajar pagikah petang?
abb,
aku lelaki.
syikin,
betul tuh. kalo tak dia akan jadi seorang yang terlalu mengharapkan orang lain.
cikgu gitar,
aku mengajar petang
oo.. sama la.. jadi di pagi hari acara anda ialah memblog!
assalamualaikum
Tumpang lalu thanks to visit my blog.(tak reti nak comment,saya budak baru belajar).
cikgu,
ya.ya.pagi dan malam.juga di hari cuti sabtu dan ahad.
linggopoh,
welcome to Malaysia(ikut cara senario dulu-dulu)
kirim salam kat dia yg suka roti potong tu...
regards,
kesian kat dia...hmmm kalau tak nak dok ngan mak abah meh dok ngan auty meh..sekolah pun pandai ni senang sikit nak jaga...setiap kali exam dapat no 1 aunty sanggup buat kenduri doa selamat besar-besaran...mudah-mudah boleh jadi contoh pada Ilman dan Deena..
kirim salam sikit ye..mesti dah besar jadi seorang yang hensem dan tough pysical and mental
kisah anda sangat dekat dengan saya. tapi berlaku pada adik saya.Saya yang pening tak tau menyebelahi sesapa.dua-dua pun orang penting dalam hidup saya.
so saya pun buat tak reti saja.
sape ntah,
nanti aku kirim salam kat dia.kau nak juga roti potong itu?
kak kopi yang suam,
memang kesian.saya yg tgk nih pon kesian.tapi dia ok jer.haha
kambing,
dekat-dekat lah dgn adik kamu tu.takut-takut nanti besar jadik liar pulak.betul.
Macam ada kena mengena dengan diri aku...tapi tak sama 100% la....lain sangat...
Kesian dia....
laa..yer ker?sama tapi tak serupa?
bila anda nak buat cerita saya pula sang semut?
cikgu,
nanti saya buat.tapi saya tak tahu latar belakang encik cikgu,haha
nizam rusli??
kadang kala,
bila satu kejayaan besar
ibu bapa mencari untuk memberi hadiah yng besar yang memerlukan wang yang besar memerlukan masa yang besar.
oit, semut-sensei! pasni boleh la mengajar aku tulis cerpen macam ni yer...
semut, salam kenal.Sedihnya ngan DIA. Tak cukup kasih sayang. Kv tak khatam lagi crita semut. Nanti ada masa kv baca semua.
encik minyak tanpa plumbum,
ya.ya.ibu bapa memang memerlukan masa yang besar untuk anak-anaknya membesar
orochimaru,
boleh-boleh saja.haha
kasut,
trimas sebab datang melawat n tinggal komen tentang 'dia'.haha.
saya akan lawat blog kamu balik
Posting Komentar
<< Home