Sabtu, April 01, 2006

Semut, dia dan selsema

"Achum!!!" Perkataan pertama bila dia bangun pagi itu. Bukan pagi itu saja. Hampir setiap pagi dia akan berterabur bersin. Eh, berterabur? Ubat selsema pula jadi teman sejati. Pagi, tengah hari, malam. Doktor kata, ubat tuh boleh menyebabkan mengantuk, tapi dia makan seperti tiada apa-apa pun. Sudah kebal barangkali dengan segala jenis ubat tuh. Haha.

Dia ni memang jenis yang berpenyakit. Lelah, low blood, resdung, migrain, gastrik, cepat stress, dan juga penyakit mental sikit-sikit. Terkadang dia akan menyepak kucing belaannya tiba-tiba tanpa usul periksa. Sebab? Penyakit mental dia datang menyerang. Terkadang sedang tidur pun boleh bercakap dengan kawan-kawan sebelah. Eh, kes berat nih.

"Achum!!!" Lagi. Dan lagi. Rasa nak tercabut hidung. Dah la hidung dia mancung. Merah pula. Serupa macam mat saleh yang tengah mabuk todi. Merah je. Kesian dia. Mak dia kata, banyakkan minum air suam. Jangan keluar rumah balik lewat malam. Jangan selalu kena embun pagi. Habis? Dia masuk kerja pukul tujuh. Enam suku dah mula kena gerak. Kalau tak, jem boleh menyebabkan kelewatan ke tempat kerjanya. Malam? Persatuan-persatuan punya meeting? Satu dua pagi baru habis. Air suam? Selalu dah minum. Sampai dah naik pahit tekak minum air tak manis hari-hari. Sampai tenaga pun dah kurang sebab kurang kemanisan dalam darah. Bilik pula berair cond 24 jam. So?

"Achum!!!" Buat kali seterusnya. Menderitalah dia dengan keadaan dia sekarang ni. Mungkin akan dicuba rawatan secara tradisional jika dia pulang ke kampung nanti. Mungkin dan jika.

6 Comments:

At 1:30 PM, Anonymous gitartong.blogspot.com said...

ni namanya tulah! rasanya dalam dua tiga hari lepas, ada orang yang di maki, di hamun, atau di penampau! entah2 anak murid..baik pergi cepat minta maaf. sebelum ajal menjemput..

 
At 9:07 AM, Blogger semut said...

cikgu,
dia bagitau aku camtuh.aku tulih jer.ahahaha

 
At 12:01 PM, Blogger Syikin said...

siannya banyak penyakit.
cuba buat bekam, semua jenis penyakit yg disebut tu sesuai ngan kaedah bekam. belum cuba belum tahu.
kat taman melawati ada sorang ust. ni buat bekam.

 
At 1:11 PM, Anonymous gitartong.blogspot.com said...

benarkah cerita orang lain ni semut? bukan andakah? errmm??

 
At 5:16 PM, Blogger petiais said...

ko nih suke jage tepi kain orgkah?tapi sronokkan sibuk hal org kehkehkeh

 
At 8:09 PM, Blogger semut said...

syikin,
yer ker,nanti saya bagitau dia k.

cikgu,
ya,memang cerita orang lain. saya tukang cerita jer. kenaper?tak cayer?

toshiba,
betul tuh. aku lebih suka cerita hal orang lain dan jadikan cerita tu untuk pedoman aku. kan best tuh.cerita kita sendiri orang lain mungkin malas nak dengar sangat kan.hehe

 

Posting Komentar

<< Home