Senin, April 03, 2006

Semut, dia dan comel

Muka dia macam beruang teddy. Comel sangat. Walaupun umur dah 20-an. Orang kata faktor keturunan. Memang pun muka ahli keluarga dia yang lain pon comel, hensem, cantik. Abah dia, mak dia, adik-adik dia, abang dia, kakak dia, mak sedara dia, atok nenek dia. ~Kewl~. Siapa-siapa jumpa dia mesti rasa macam nak cubit pipi dia. Terkadang dia rasa macam dia masih lagi budak-budak. Ke pasar ditegur makcik yang membeli sayur-sayuran. Ke kedai ditegur pakcik yang membeli rokok. Ke sekolah ditegur budak-budak sekolah yang comelnya lebih kurang dia. Ke panggung wayang ditegur kecomelannya olh para awek panggung. Pendek kata, ke mana saja dia pergi, senyuman dan teguran tak pernah tak didengar atau ditemuinya.

Waktu dia sekolah dulu-dulu, ramai senior-senior dia yang nak ambil dia jadi adik angkat. Kalau kakak senior takpe. Dengan abang senior pon nak jadikan dia adik jugak. Haha. Penangan orang lelaki comel.

Sekarang pun macam tu juga. Masih ramai lelaki dan perempuan yang kegersangan dengan muka dia. Memang comel sangat. Lumrah alam. Suka dengan benda-benda yang cantik dan comel memang menjadi satu lumrah. Kau pun begitu kan?

Dia juga sering mendapat panggilan yang tak senonoh dari pemanggil hantu. Famous ke dia? Terkenal ke dia? Artis ke dia? Dia adalah dia. Anugerah tuhan dengan wajah yang boleh meredupkan hati sesiapa yang melihatnya. Yang akan terpesona dengan pandangan matanya. Yang akan tersentuh dengan kata-kata manis dari mulutnya. Yang akan tergoda dengan perbuatannya. Ramai yang menjadi secret admire.

Pun begitu, dia tak pernah sombong dengan sesiapa. Mungkin dalam ramai-ramai umat manusia ni, Allah cuma memberikan banyak kelebihan terhadap dia. Mungkin sesetengah orang akan menganggap 'kelebihan isi' pada badannya satu kecacatan kepada seseorang itu. Namun dia telah membuktikan yang manusia 'terlebih isi' juga boleh menjadi satu tarikan yang begitu mengasyikkan. Itulah kelebihan ciptaan-Nya yang maha kuasa.

Dia bersyukur dengan apa yang telah diberi kepadanya. Muka yang tembam, badan yang sedikit 'lebih', kulit yang gebu, mata yang mempersona, mulut yang manis, tingahlaku yang terpuji, keluarga yang baik, kawan yang memahami dan segala macam lagi keistimewaan yang dia peroleh. Semuanya atas ihsan kuasa dari-Nya yang maha kuasa. Amin.

19 Comments:

At 1:57 PM, Blogger ontahsapo said...

saper nama dia?

 
At 2:21 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku rasa aku tau siapa dia,tapi dia ni lain...tang "muka yang tembam, badan yang sedikit 'lebih'" tu tak sama.......

 
At 3:44 PM, Blogger Petiais said...

ko pun minat dia yerk???:D

 
At 7:10 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ontahsapo,
nama dia ntah sapo ntah.haha

cikgu gitar,
yer ker? sama ker?

petiais,
kalo aku kata ya?haha

 
At 8:08 PM, Anonymous Anonim said...

rasanya saya belum meninggalkan sebarang komen untuk entry ni. ni komen pertama. tapi sudah mendapat respon dari semut. ko ni biar betul! biar betul2! biar betul2!

 
At 7:02 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

haha cikgu.
semut confuse antara mr jowo n cikgu gitar.haha

kesilapan menjawab komen amat dikesali oleh saya.harap maklom

 
At 10:42 AM, Anonymous Anonim said...

semut.. semut.. lawak la ko ni.. ko mengajar kat mana?

 
At 10:47 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cikgu,
aku ngaja kat penang.butterworth..haha

 
At 10:56 AM, Blogger Petiais said...

kalau kau kater ya..oh tidak rupanya kau serupa dgn juri renang komanwel ari tuh(di blogku)..kuikuikui

 
At 10:57 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

haha.
aku kenal en.juri itu.dia pernah menghadiri majlis harijadi kawanku itu.haha

 
At 2:56 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

hehehe... apa la yg difikir dek semut ni sampai akupun dikata GT...hehehe

 
At 7:07 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

jowo,
tershashol kate orang jowo.hehe.aku orang banjo..

 
At 1:17 PM, Blogger hamka said...

semut..

terima kasih tegur aku kat blog ontahsapo...

aku ada cerita pasal semut kat blog aku..yg bertajuk "kenapa ada surah semut?"
(promote ha ha ha)

eh engkou pun kenal cikgu onizuka? best!

 
At 3:01 PM, Blogger Kopi Suam said...

iskkhhh kalau jambu2 camni...takut jadi mangsa bapak2 ayam aje..dunia zaman sekarang ni maklumlah kan...salam perkenalan semut

 
At 3:54 PM, Blogger Unknown said...

post la gambar dia kat sini..

 
At 6:24 PM, Blogger Petiais said...

orichimaru,
haha tul la 'maru' ..ya post gambar dia semut

 
At 8:44 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kopi,
thanks sebab menyinggah.akanku add kamu punya link.

orochimaru yang jahat,
gambar?haha.muka dia kiut sikit berbanding chouji.

toshiba,
aku takda kamera.haha

 
At 6:11 PM, Blogger LingGopoH said...

salam semut..
terima kasih bg comment di blog saya,yg sedang belajar memblog. Perlukah ada sikap tidak adil dari ibu bapa? bagaimana

 
At 1:00 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ntah la ling,
aku rasa tak perlu kot ibu bapak mengagih-agihkan kasih sayang diorang.hehehe.

eh?ko post komen tentang entir mana nih?

 

Posting Komentar

<< Home