Semut, dia dan sivik
Setiap pagi. Dia bangun awal dan bersiap-siap. Awal. Mandi, bercukur-cukur sedikit, bersolat di masjid, tempek-tempek bedak, spray perfume. Kemas.
Dia masih bujang. Tiada orang memasak sarapan untuk dirinya. Terkadang memasak sendiri, terkadang membeli bungkus di kedai menjual nasi lemak berhampiran. Makan dan minum sebelum menuju ke tempat kerja. Dia tidak pernah lewat ke tempat kerja. Selalu tepat masa.
Itulah rutin dia sehari-hari waktu bekerja. Sabtu Ahad, dia duduk-duduk di rumah merehatkan diri setelah letih bekerja sepanjang lima hari. Ada juga mengemas. Terkadang.
Kawan-kawan panggil dia Mat Sivik. Skema tahap tepu. Dia tersengih menampakkan sebaris gigi yang cukup bersih. Kawan-kawan ada mengajak dia untuk berhibur di malam minggu, tapi dia sering menolak. Bukan dengan pelbagai alasan. Hanya satu alasan saja. Letih bekerja lima hari. Kawan-kawan juga panggil dia Mat Bosan. Tapi berbual juga dia dengan mereka macam biasa.
Biarlah. Dia memang tidak ambil peduli tentang itu semua. Yang dia tahu, dia tidak mengganggu sesiapa. Dia tidak bersosial? Tidak. Balik kerja, dia ke masjid. Sepuluh lebih baru pulang ke rumah. Mungkin orang tidak boleh menerima cara hidup yang dia jalani. Bagi orang lain, cara hidup dia sungguh membosankan. Dia tidak berparti, dia tidak berkaraoke, dia tidak berclubbing, dia tidak itu, dia tidak ini. Dan dia masih bujang. Bujang is enjoy beb.
Itu kata orang. Kata dia? Biarlah dia bersendirian menempuh segala perit hidup di dunia ini. Biarlah susah senang dia yang tanggung sendiri. Dia lebih senang bergaul dengan ustaz-ustaz di masjid. Pakcik-pakcik yang siang hari di kedai kopi, malam di masjid mengaji. Biarlah dia.
Dia memang begitu. Setiap pagi, setiap hari, setiap malam, setiap minggu. Rutin yang sama diulang. Cuti tahunan juga tidak diambil. Sampai bila? Entahlah. Biarlah dia.
10 Comments:
janji tak kacau orang!
yup..woi.tak pegi semayang jumahat ker?haha
mcm letih jer hidup mcm tu..saya yg menengok pun rasa penat.
semut, ko buat cerita aku ke ni... bezanya aku bukan 'Mat Sivik', tak Skema tahap tepu'... dah cuma seminggu sekali berjemaah di masjid...
petiais,
aku yang menulis pon penat juga.
black,
ko takder sivik ker?kan budi bahasa budaya kita, kata siti dan juga mawi world!
oit! ko punye komen yang last sebelum aku pegi jumaat le. masjid dekat. 10 langkah je
semut: sivik tu parameternya apa ekk? kalau pembesar2 negara tu dok mintak rakyat bersivik tapi korup sana-sini tu sivik jugak ke? hehehe.....
cikgu,
owh.kuranglah pahala sunat kau macam tuh.haha
jowo,
sivik tuh segala kesopanan dan kesusilaan yang ada pada diri kita sendirik.haha.aku reka je.aku cuma tau honda sivik bullet.kereta idaman aku.
dah le tu.. tido la.. semut
cikgu,
aku tak mengatuk lagi.laa.haha.kamu tidur lewat,sembahyang tahajjud kah?
Posting Komentar
<< Home