Senin, Maret 20, 2006

Semut, dia dan haiwan kesayangan

Di kelas itu, dia seorang murid yang nakal. Dia selalu mengganggu murid-murid yang lain. Dia juga selalu berlari-lari di dalam kelas semasa guru ada di dalam kelas. Semasa guru tiada? Dia lah raja segala nakal. Raja segala permainan, raja segala pengacau, raja segala propaganda, juga raja segala macam.

Suatu hari, guru masuk ke kelas seperti biasa. Guru Bahasa Melayu. Guru mengajar topik Haiwan Peliharaan di rumah. Abidin, kawan dia. Ceritakan tentang betapa jinaknya haiwan peliharaannya seekor kucing siam yang bernama Jojo.

Jojo petah membuat apa-apa saja. Jojo berlari keliling rumah, Jojo makan apa yang Abidin makan, Jojo menjemput di pintu ketika pulang dari sekolah, Jojo itu, Jojo ini, dan segala-galanya tentang keistimewaan Jojo. Abidin tidak tahu, Jojo itulah yang sering dipukul oleh mak dia kerana mencuri ikan di dapur dia. Itulah Jojo. Abidin juga tidak tahu ketika Abidin berada di sekolah dan dia ponteng sekolah, dia akan membuli Jojo sehendak-hendaknya. Nasib kaulah Jojo.

Siti Saerah juga tidak mahu kalah dengan cerita Si Jojo itu. Maka, diceritakannya pula tentang ayam seramanya yang bernama Epol itu. Epol memang jinak. Fikir dia. Ya, kalau segala tentang Siti Saerah itu, segala-galanya sempurna bagi dia. Dia memang meminati Siti Saerah sejak mula-mula masuk sekolah lagi. Dan Siti Saerahlah yang selalu menjadi mangsa kedajalan dia.

Setelah selesai guru bertanyakan kesemua lima belas murid di dalam kelas itu, maka tibalah giliran dia. Dia pun dengan bangganya menceritakan tentang dua haiwan kesayangannya yang bernama Leman dan Boyot. Dia kata Leman cantik. Bulunya putih, telinganya panjang dan berwarna pink. Boyot pula bermuka pink, berbadan putih, serta mempunyai mata yang besar dan berseri-seri. Setiap malam, dia akan tidur dengan bertemankan Leman dan Boyot. Dia sangat sayangkan Leman dan Boyot.

Guru pun bertanya apakah makanan arnabnya itu. Dia dengan lantang berkata Leman dan Boyot bukan arnab. Habis tu? Leman adalah sebuah anak patung Mashimaro manakala Boyot pula anak patung Hamtaro dan kedua-duanya dimenanginya sewaktu di Pesta Full Stop.

Maka ketawalah seisi kelas itu tatkala mengetahui yang senakal-nakal dia, dia tetap seorang yang penuh dengan kelembutan, bermain dan tidur bersama anak kantung. Eh, anak patung. Dia tersipu-sipu malu. Kesian.

Di dalam kelas itu, dia masih lagi seorang yang paling nakal. Walaupun sudah beberapa kali di tegur, tetap tidak mahu diendahkan. Kawan-kawannya hanya gelengkan kepala kerana mereka tahu dia hanya mahukan perhatian. Dia hanyalah seorang yang keras di luar tetapi lembut di dalam.

10 Comments:

At 12:14 PM, Blogger Unknown said...

anda mempunyai gaya bahasa yang baik. tetapi kurang berfokus.

dan satu lagi, please allow anonymous comments la..

 
At 8:11 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

nizam,
:)

 
At 9:44 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Semut,

Selepas tamat sibuk-sibuk Pesta Buku, Akademi Penerbitan PTS akan giat semula mengadakan kursus penulisan kreatif. Datang, ya, jangan tak datang. Saya lihat sdr mempunyai bakat. Sdr hanya perlukan teknik yang mudah digunakan bagi menghasilkan karya yang TOP dalam pasaran.

 
At 9:54 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

oh. Insyaallah jika saya tak dibeban dengan kerja yang bertimbun ni.

haha.

 
At 10:22 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Sdr bertugas di mana, boleh saya tahu?

 
At 11:21 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Butterworth.

 
At 11:02 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Boleh tahu, kepakaran sdr bidang apa? Saya perlukan maklumat itu supaya saya dapat cadangkan jenis buku yang sesuai sdr tekuni.

 
At 7:15 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

saya tak punya kepakaran dalam bidang yang khusus. Saya cuma menceritakan apa yang saya perhatikan

 
At 6:00 PM, Blogger Jannah said...

Geram pada si degil ini. Mesti dia comel dalam kegangsteran luaran.

Satu suggestion. Set aside 1 minit after each lesson and tarik dia ke tepi. Borak2 dengan dia. Give him that attention he nampak sangat perlukan.

Then write tau ada perubahan tak :)

 
At 11:07 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

worait.jannah.
nanti aku suruh dia buat macam tuh

 

Posting Komentar

<< Home