Semut, dia dan badminton
"Ado seko, anok tupa, atah jula mokte.." sedutan lagu dikir barat yang terngiang-ngiang dalam kepala dia saat itu. Saat itu. Sebelumnya, dia telah bermain badminton bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Malam yang sungguh letih bagi dirinya.
Bermain straight set memang sangat meletihkan. Selesai mengalahkan satu regu, datang pula regu yang lain. Lebih mencabar dari yang awal. Dan semakin lama semakin sengit perlawanan. Eh, dia bukan nak bercerita tentang badminton kepada kamu.
Dia sememangnya keletihan yang teramat sangat. Di tambah dengan keadaan hujan yang begitu lebat. Sememangnya lebat hujan ketika dia hendak pergi bermain badminton dengan rakan-rakannya yang lain itu. Hujan mencurah-curah seperti mahu dihabiskan untuk satu malam sahaja air kandungannya itu. Namun, setibanya dia di gelanggan badminton, hujan yang mula-mula tadi lebat, berhenti secara mengejut. Kuasa yang maha Esa. Eh, kenapa masih bercerita tentang badminton?
Dia balik dalam keadaan yang sedikit kuyup. Hujan dah mula merintik selepas tamat perlawanan. Di redah juga hujan itu. Tiba-tiba, perut berbunyi. Dia tahu yang perutnya itu kelaparan kerana belum di isi dengan apa-apa lagi sejak tengah hari tadi. Eh, tengah hari tadi dia makan nasi tomato. Sedap.
Habis makan, dia termangu-mangu seorang diri memikirkan apa yang hendak dibuatnya di masa lapang yang tinggal. Dia lalu mandi dan terus mengambil wudhu'. Sembahyang Tahjud, Hajat. Membelek Yassin, dan dibaca dengan penuh syahdu. Di tengah malam pukul 2 pagi. Diselang-seli dengan dentuman guruh di langit serta bunyi tempias air di jendela.
Siap semuanya. Dia mengenakan pakaian untuk tidur. Sementara menunggu azan subuh berkumandang. Dua jam lagi. Dia termangu sendirian. Tangan di dahi. Terlintas di kepala. "Ado seko, anok tupa, atah jula mokte..". Dan dia terlena sehingga dikejutkan oleh azan subuh yang berkumandang dua jam selepas itu.
7 Comments:
Tangan di dahi. Terlintas di kepala. "Ado seko, anok tupa, atah jula mokte..". Dan dia terlena sehingga dikejutkan oleh azan subuh yang berkumandang dua jam selepas itu.
Berzikir eh sebelum lena?
ha ha ha..
hehe.cikgu.
lagu tuh terlintas kat kepala otak dia la masa tuh.takleh nak buat apa-apa.haha
siapa DIA...?
huish.ek.siapa DIA?
DIA tuh seseorang yang bercerita kepada semut. Semut hanya penyampai cerita. Bukan penyampai, tapi pencerita semula cerita atau pengalaman pemerhatian semut.haha
Apa aku melalut nih?
hidup yang licin dan aman..
hehe.ya.hidup dia memang licin dan aman
Posting Komentar
<< Home