Semut, dia dan imaginasi
Kertas kosong digumpalkan. Direnyuk-renyuk dan dibentuk kepada sesuatu objek. Objek bertangan, berkaki, dan berkepala. Semua bahagian itu diilit dengan getah supaya ia tidak terhurai dari bentuknya. Di dalam kepalanya sudah timbul pelbagai jenis jalan cerita yang akan dibuat dengan patung kertas itu.
Jika dia ke rumah kawan-kawannya, dan kawan-kawannya menunjukkan permainan robot yang baru kawan-kawannya beli di pasar malam, maka sekembalinya ke rumah, dia akan mencari patung buatan itu dan membuat sedikit pengubahsuaian supaya patung tersebut mempunyai bentuk robot. Kerana itu sajalah yang mampu untuk dia buat. Mak dan ayahnya bukan orang susah. Jika dia mahukan robot, beritahu saja. Satu? Dua? Berapa? "Just name it" kata ayahnya dengan senyuman.
Dia memang macam tu. Penuh berimaginasi. Hanya dengan patung kertas ciptaannya itu, dia boleh lupa dengan nasi, air, bola, tv, ps2 dan bermacam-macam lagi alat-alatan moden yang mak dan ayahnya beli untuk dia. Jika dia mula berimaginasi, segala harta benda di rumah itu akan dijadikan bahan bantuan yang lain untuk patung kertas ciptaannya itu. Remote tv dijadikan kenderaan pengangkutan, gelas-gelas di susun menjadi tempat tinggal, kusyen tempat bertarung, tv jadi lokasi hubungan awam, ps2 jadi tempat kumpul maklumat, dan banyak lagi harta benda di dalam rumah itu yang menjadi bahan bantuan untuk patungnya itu.
Patung kertas itu boleh dijadikan apa-apa watak yang dia suka. Dia ada buat dua tiga patung kertas itu bagi memenuhi watak yang dicipta dalam 'cerita'nya nanti. Mak dan ayahnya juga runsing dengan perangainya itu. Namun, dalam pada berimaginasi tu pun, dia tetap bergaul baik dengan kawan-kawannya yang lain, juga menjadi pelajar yang terpandai di dalam sekolahnya. Padanya, hanya dengan imaginasi ceritanya itu saja yang dapat serta boleh dipercayainya.
Kertas-kertas kosong lipat-lipat. Dibentuk kepada beberapa objek. Jet origami, kereta origami, helikopter origami, burung origami. Di dalam kepalanya sudah timbul pelbagai jenis jalan cerita yang akan dibuat dengan patung kertasnya bersama-sama dengan origami-origami yang baru dipelajarinya dari sebuah buku hadiah dari mak dan ayahnya.
9 Comments:
kreatif! tapi aku dah lupa banyak cara membuat origami dan tak nak belajar teknik poligami..
Berpoligami juga memerlukan akal yang kreatif. Nak "cover" line..
Ha ha ha
haha.cikgu silat.kenapa tak nak belajar teknik poligami?kan ker tuntutan sunnah tuh.ahaks
..imaginasi..
dulu...
papan reput 1 meter
zink 5 jengkal(pjg)
3 jengkal(lebar)
tukul besi 1 batang
paku 6 batang (dicabut dari
reban ayam mak)
LOKASI belakang rumah
-------------------------------------
mak : HEI!BUAT APER TUH TGHARI REMANG NIH!MENYEPAHKAN BLAKANG TUH JE
saya:buat bus stop makk!
mak : UDAH USAH NAK MEREPEK!MASUK!
gitar,
sekarang lagi macam-macam jenis origami ader.naga origami pun leh buat.haha
dakwat,
ya,ya,:)
bta,
:)
peti,
kau buat bus stop?kat belakang rumah kau ader bas lalu ker?haha
origami? ada simpan buku kat rumah tapi tak pernah bukak sejak beli....hehehe..
p/s jowo totok? memang totok betul la aku ni....hehehe..
black,
hehe.blog ko tulis camtuh,so aku tulih la balik.hehe
semut,
bus stop berdiri tegak tak tipu punya,tapi tu la kan,bas tak sampai2..biasa lah tu pemandu curi tulang..tapi tak pe saya maakan mereka
peti ais toshiba,
takpe.nanti aku suruh bapak aku yang bawak bas leng huat kaler merah tuh singgah kat bus stop ko yang ko dirikan dari zink dan papan tuh
Posting Komentar
<< Home