Kalau Musim
Dulu-dulu masa di kampung semuanya ikut musim. Kalau gasing, abah akan cari dahan jambu batu untuk dibuat gasing dan talinya guna tali guni. Kalau layang-layang, aku dengan abang-abang tebang buluh yang abah tanam sebelah rumah. Kalau musim memancing pun sama, buluh itu juga ditebang.
Kalau musim kapal korek, habis papan-papan reban dengan tin susu jadi mangsa. Masa musim bola sepak, kertas yang digumpal-gumpal juga boleh dijadikan alat permainan. Kalau main teng-teng tu, habis kaki jadi macam orang asli di banding. Kalau Guli? cari dalam tin spray. Biasanya tin spray cat, spray ubat yang membunuh nyamuk bergambar gajah tu pun ada. Kadang-kadang je.
Kalau musim melastik, semua kanak-kanak akan pergi ke belakang rumah yang rata-rata semak samun banyak, cari kayu pokok senduduk. Pasal ranting pokok tu liat. Yang mana tak keluar 'berburu' hanya duduk di rumah melastik ayam ataupun kucing sahaja. Kalau musim menembak plak, masing-masing kreatif membuat pistol kayu, guna pokok bemban buat peluru, sesetengah kampung aku pegi, dorang guna buah terung bulat kecik-kecik yang makcik-makcik buat ulam.
Yang paling best kalau main lastik gelang getah alias lastik cicak. Kami tak gunakan lastik tu untuk melastik binatang yang sunat dibunuh tu, tapi kami banyak main bertaruh. Biasanya aku hanya perlu bawak satu lastik dengan sepuluh atau dua puluh gelang getah biasa untuk bertaruh. Dan aku akan pulang dengan hasil yang boleh memenuhi pergelangan tangan aku sampai ke siku.
Sekarang, kalau masa aku ke sekolah, ada juga aku bertanya, kamu pernah tak main benda ni, benda tu, benda ni, benda ni, dan rata-rata mereka sudah tidak tahu apa rupa permainan yang tak berapa tradisional tuh. Dan kami semua dulu-dulu tak perlu meminta duit lebih dari mak abah sebab seawal tadika sudah mula mencipta ke'kreatif'an masing-masing.
11 Comments:
sy selalu main tuju tin n tuju kasut (selipar)..bola buatan sendiri; ambik pasir sket pastu balut dengan kertas pastu balut lagi dgn plastik..klau kena kat belakang badan,woah sakit bangat..hehe.
bdk2 sekarang tak dan nak main2 mcm ni..rutin dah berubah, x sama mcm kita dulu..balik sekolah, mengaji, pastu pi tuisyen lak..
sian dorang kan?hmm
hahaha.. aku pasti ko mesti pernah merasa kesan ditembak oleh senapang terung dulu, kan?
kamu pernah main berita-berita? haaa...
xbestla pmainan traditional ni. aku suka main layang2 je
suke main, jelon, yeh-yeh, rounders, batu serembat, congkak, layang2, guli, police & thief or cowboy & red indian, keleret, teng-teng, dog and bones, datuk harimau, one leg, nenek kebayan, kerem...erm, tu saja yg saya ingat.
lupa, sembunyi-sembunyi card games, cth: Snap, Happy Family, Old Maid...skrg suka main Uno.
orochi,
merah giler.
artis,
aku masuk dalam kotak sambil baca utusan tau..ehehe
amirah,
yang penting tradisional.
Wan,
main kad tuh dah ke'bandar'an sket.ekeke.
saya dulu buat wau bulan, wat layang2, wat jebak, g tahan burung, wat rakit, main rakit, mandi parit (terjun buyung),tangkap ikan syakila (nama glamer bagi ikan sekila=ikan laga), tahan burung wak2, main bedil buluh, wat senapang kayu...tebang pokok sukai...(errkkk...saya ni laki ke pompuan nih??)
versi pompuan: saya main pondok2 dan masak2 dan....itu aje kot...
Budak yang lahir pada tahun 1965 dan ke bawah saja yang main benda2 ni dan hasilnya mereka ni kreatif. Bebudak skang kureng sket... dan plak tu kureng ajarr. Maaf cakap tapi itu kebenaran. Walau pun tak sume. Bebudak dulu bila dah dewasa masih mengamalkan budaya menghormati orang yang lebih tua. Mungkin sistem pembelajaran pada zaman ini terlalu keberatan. Orang Malaysia n Melayu ni kena didik ikut acuan Melayu walau pun contoh2 dari Barat mana yang baik saja perlu diikut. Thanks
kat kampung saya tahun 80-an pun merasa lagi men benda2 ni...
Posting Komentar
<< Home