Rabu, Januari 03, 2007

Buka Sekolah

Murid-murid tahun satu.Bising macam monyet.

Cikgu Azizah (bukan nama sebenar.pasal nama sebenar dah lupa) masuk untuk kelas Bahasa Melayu.

Lepas je Cikgu Azizah memperkenalkan diri,"baik, sekarang cikgu nak kamu perkenalkan diri kamu, hobi kamu, dan cita-cita kamu".

Dah habis separuh kelas yang memperkenalkan diri yang rata-rata bercita-cita menjadi polis, askar dan juga bomba, juga berhobi membaca, memancing, juga menonton televisyen, Sadat (memang nama sebenar), memperkenalkan diri.

"Nama saya, Syed Musadat Barnawi bin Ahmad Nawawi. Hobi saya membaca surat khabar. Cita-cita saya adalah menjadi PM (Perdana Menteri)"

Setelah 15 tahun berlalu, sekarang Sadat jadi PL (Pegawai Ladang) di Keratong. Hehe. Sadat, Sadat. Dulu-dulu gila, sekarang pun gila-gila jugak.

P/s: Al-Fatihah untuk adik Sadat yang meninggal akibat mati lemas di Terengganu 25 Disember tahun lepas. Al-Faatihah.

12 Comments:

At 10:27 PM, Blogger Pa'chik said...

sadat kat tempat aku kira macam sabit tu, elok sangat la jadik PL.

 
At 1:22 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

pakcik,
itu sagat la.iskiskisk

 
At 5:01 AM, Blogger Pa'chik said...

wei, kat tempat aku memang sadat la.

 
At 5:02 AM, Blogger Pa'chik said...

oit, ko klik tak link aku bg tu? itu lagu pasal semut. Best oo kalau ko dapat paham, pasal bahasa t'ganu yg agak pekat.

 
At 10:22 AM, Blogger Azhar Ahmad said...

sekurang2nya sadat ada hala tuju kannn, incik semut

 
At 9:56 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

pakcik,
yer ker?.ehehe
aku dah biaser dengar lagu itu.memang best.

en. Azhar,
ya.ya.dan dia masih kegila-gilaan seperti dahulu

 
At 6:34 PM, Blogger Kemat said...

Sekurang2nya halatuju Sadat dan PM sekarang x banyak beza..Dua2 mencintai bidang pertanian..dok gitu..

 
At 8:55 AM, Blogger zwitterion said...

sekolah dh buka, cikgu semut leh tgk bawang putih bwg merah lagi ker..hik.hik

 
At 11:52 AM, Blogger ontahsapo said...

al fatihah...

 
At 9:16 PM, Blogger sinaganaga said...

Dulu, cita2 aku ialah ingin menjadi Doktor Sakit Puan. Ha ha. Tak jadi, sebab aku takut nak belah tikus. La la la la la

 
At 11:58 AM, Blogger Unknown said...

cikgu semut mengajor subjek apa?

 
At 3:06 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kemat,
ya.ya.memang hala tuju sama.

zwit,
tak boleh.pasal ngajar petang.

sapo,
al-fatihah.

bro,
belah tikus jantan ke betina?tikus betina takde 'bukit'.haha

orochi,
english.sekian

 

Posting Komentar

<< Home