Jumat, Januari 12, 2007

Songkok senget

Masa pergi rumah arwah atok, aku jumpa satu gambar arwah lama-lama dulu masa arwah dengan kawan-kawan arwah bergambar sebelum guru arwah berangkat ke Mekah.

Lepas tu, abah aku pun tengok sekali.

"Perasan tak? Ada yang pakai kot dengan sapu tangan dikocek kot, ada orang pakai songkok betul, ada orang pakai songkok senget, ada orang pakai kopiah biasa," abah.

"Kenapa?" aku.

"Yang pakai kot tu, orang dia jenis pengemas, yang songkok biasa, orang-orang standard, yang pakai kopiah tu, macam tuan guru la," abah.

"Habis, yang pakai songkok senget tu?" aku.

"Ha, yang pakai songkok senget tu, orangnya jenis yang berilmu. Jenis tu jugak orang tak berani kacau kalau masuk kampung orang lain. sebab diorang tu kira macam samseng jugak la. Kalau kacau, ada la yang kena lepas tu," abah.

"Ooo, jadi Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak tu samseng la ek?" dalam hati aku. Ahaks.

p/s: perbualan ini telah dialih bahasa dari bahasa banjar ke bahasa melayu biasa atas sebab-sebab yang munasabahah. Hah? Hah? Hah?


17 Comments:

At 11:19 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau senget pun kena tengok jugak berapa darjah kesengetannya semut.... he he...

 
At 12:30 AM, Blogger Pa'chik said...

kalau tinggi sangat darjah kesengetannya, memang orang tu yg senget EnSem.

Kalau pakai tupi pancing/koboi kira macam mana? Snokep ke?

 
At 7:52 AM, Blogger Azhar Ahmad said...

Nguahhaha, en semut dah bertukar kerjaya ke? Jadi pengalih bahasa ya...

 
At 11:22 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

jowo,
ya.ya.betul tu.

pakcik,
memang betul dulu-dulu kalau orang pakai songkok senget orang tak berani nak kacau.betul

En. azhar,
bukan.aku tak tukar kerja.kerja yang menukarkan aku.

 
At 8:56 AM, Blogger zwitterion said...

hehe..x patut en semut kata depa tu samseng...oo mcm tu.ingatkan suka2 diorang pakai songkok senget..kot2 nak kelihatan bertambah macho..

 
At 1:15 AM, Blogger Sayuti said...

saya pakai songkok pada hari jumaat.

 
At 9:10 AM, Blogger Unknown said...

owh.. baruku tahu.. hahaha.. tapi kalau kopiah senget lak?

 
At 9:35 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

zwit,
macho itu samseng.wahaha

sayut,
kau pakai senget tak?

orochi,
senget berapa darjah farenheit?

 
At 1:33 PM, Blogger DeeN said...

kalau tak pakai kopiah atau songkok, lagu mana plak En. Sesemut???

 
At 1:42 PM, Blogger zwitterion said...

en semut "macho" tak?..hehe

 
At 10:56 AM, Anonymous Anonim said...

En Sesemut yang memakai sesungut...best plak masuk ke Taman Semut Jaya ni dan melihat senarai nama penghuni taman...macam meriah sungguh...nak register sebagai penduduk taman boleh?tapi kite tak pakai songket (songkok senget) la...

 
At 9:09 AM, Blogger Pandang Dengar Diam said...

aku rasa esok-esok ko buat N3 dalam bahasa banjar lest kita tengok siapa yg faham....

 
At 8:29 AM, Anonymous Anonim said...

pakai songkok tinggi dan senget tu ade kehenseman nya yang tersendiri..
heheh..

 
At 9:15 PM, Blogger Petiais said...

oo kalau laki tgk songkok senget..baru tau samseng ker tak..oo

abih tuh kalo pompuan lak..kene senget camne tudung tuh baru kater diaorg samseng..oo kalo makcik2 yg bersihkan kawasan awam tuh..tudung diaorg senget benget maksud nyer diaorg lagi TAIKO ar?! hahahaha

 
At 9:51 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

deen,
kalau kopiah senget tu maksud dia orang tu...hmmm.malulah nak cakap.

zwit,
SEMEMANGNYA!!

mawar,
jemput².jangan memalu. saper masuk dapat sonket free yang ditaja oleh Encik Ramalingam sudarmaji.

cuaca,
aku takut nanti aku pun tak paham.hiks

anonymus,
nanti aku beli k.jangan mare ek.

cik lari,
jangan lari cik.

Encik lidah,
insyaallah.kalau ade rezeki aku akan ke sana.

toshiba,
weh.ko pakai tudung ker?makcik² sapu sampah semua samseng doh.kalau tak caya cuba kau buang sampah depan dorang.

 
At 2:58 AM, Anonymous Anonim said...

Youг оwn rеpoгt fеatures сonfirmed neсessaгy
to us. It’s veгy іnformаtive and you aгe naturally
extremely educateԁ in this aгea. Yоu have exposed my own еyes to νarious views on this sρecific subϳect matter with
іntriguing, notable and sоlid articleѕ.


Feel freе to surf to my blog Cialis Online

 
At 4:31 PM, Blogger Unknown said...

Ketua kampong mmjang senget songkok nye

 

Posting Komentar

<< Home