Kamis, November 30, 2006

Jolok,tarik,jolok,tarik,setengah jam

Pakcik tu.Aku tengok jer apa yang dia buat.kat satu ruang yang agak sempit.

Jolok,tarik,jolok,tarik,jolok,tarik,jolok,tarik..Lama sungguh. Aku plak masih sabar melihat. benda yang sama pakcik tu buat. dalam hati aku,"kuat sungguh pakcik nih".

Lama...suku jam, dua puluh minit, setengah jam..

...


...


tetiba, whoosh!!!! Keluar segala macam. Segala-gala macam. Pakcik tu aku tengok tersenyum puas. Mungkin apa yang dia usahakan telah berhasil barangkali.


...


"Hmm, patutlah air tak turun. Kamu tengok apa yang dah tersumbat kat lubang ni," pakcik tu.

"Hehe, ni semua kerja orang pasang paip tu la. Habis semua simen masuk dalam lubang tuh," aku.

Lalu aku bagi kat pakcik tuh lima puluh ringgit untuk upah sedutkan semula lubang paip kat rumah aku.

10 Comments:

At 11:40 PM, Anonymous gitartong said...

sekali masuk dah banyak entri kau. mana satu aku nak baca ni?

 
At 1:51 AM, Blogger Sayuti said...

jangan baca cikgu, biar dia merajuk. haha.

 
At 1:52 AM, Blogger Pa'chik said...

ingatkan pakcik tu mengail semut...

tapi kes lubang air tu, memang slalu jadik, kadang tu, piring pun ada. Macam sabotaj pulak.

 
At 10:07 AM, Blogger semut said...

cikgu artis,
kau baca jer yang mana satu kau nak.

sayut,
a'ah.buat tak tau jer.kata dato' lelaki nih kalu merajuk jgn dipujuk.ye tak?

pa'chik,
ya.ya.aku pelik sungguh.macammana batu yang besar-besar tuh boleh ada dalam lubang yang kecik tuh

 
At 3:03 PM, Blogger Orochi said...

wah.. dah banyak entri.. tak merajuk la.. mahalnya pakcik tu cas.. hahaha...

 
At 4:09 PM, Blogger blackpurple said...

Simen tak apa. Jangan pakaian 'pakai buang' pun ada sama...! Hehehe...

 
At 7:13 PM, Blogger semut said...

orochi,
siapa merajuk?

jowo,
pakaian pakai buang tuh tak muat.haha

 
At 1:08 PM, Blogger cuaca said...

Rumah aku macam tuh lah jugak semut bini aku asyiklah dok membebel....tapi tuan umah sedikit kemut nk claim...tka per nanti aku buat N3 tuan umah kemut heheheheh

 
At 5:33 PM, Blogger semut said...

cuaca,
aku beruntung sebab mempunyai seorang tuan rumah yang 'ahli sukan'.

 
At 11:28 AM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

hahaha ko neh

 

Posting Komentar

<< Home