Selasa, November 28, 2006

Fan...atique

..ku katakan fanatik, fanatik, fanatik, fanatiknya dunia ku, ku katakan fanatik, fanatik, fanatik, fanatiknya duniaku, ku katakan uhhh...

Dalam hidup setiap orang mesti ada fanatik terhadap sesuatu perkara. Juga fanatik yang tah apa-apa. Aku ambil contoh dalam family aku. mula dengan abah aku.

Dia fanatik politik. Politik PAS. Sikit-sikit nak bangkang. walaupun bukan dalam agenda pilotik sekali pun, dia tetap akan membangkang. Itulah fanatiknya beliau.

Mak aku fanatik masakan. Macam-macam resepi baru yang dia cuba sendiri. Tapi fanatik mak aku tuh ada bagusnya sebab ianya menguntungkan serta menggemukkan kami sekeluarga.

Abang aku yang sulung fanatik komputer. Software dan hardware. Tapi aku tengok dia tak macam bebudak nerd yang pakai spek bingkai plastik hitam dan rambut belah tepi tuh.

Abang aku yang second plak fanatik kereta. Walaupun cuma ada sebuah kereta Iswara Aeroback, habis di makeup nyer kereta tuh.

Adek pompuan aku plak fanatik ngan pen. hehe. Pelik. Koleksi pen dia boleh buat satu kedai pen walaupun secara kecil-kecilan.

Adek laki aku plak fanatik meniru. Abeh segala apa yang abang-abang dia buat, dia nak tiru. Sampai nick name aku pon dia guna masa dia kat asrama.iskiskisk.

Aku plak? Hehe. Aku fanatik Kreko. Manga yang ditranslatekan ke dalam basa ibunda kita daripada basa penjajah matahari terbit suatu masa dulu. I have my own collection.

Korang? Korang fanatik apa plak? dan yang pasti sekarang nih cikgu artis kita dah jadik fanatik album. PK plak memang seorang yang fanatik teater, dan yang len aku tak tau.. ARGHHHH!!!!!

3 Comments:

At 1:29 PM, Blogger zwitterion said...

aku tgh pikir, aku ni fanatik apa haa???
heh..dulu aku fanatik tgk cite jepun...skang dh berkurang,umo dh meningkat..

 
At 1:42 PM, Blogger semut said...

haha.so ko leh la spekeng jepon ek?bagus la ko zwitt

 
At 11:38 PM, Anonymous gitartong said...

haha!

 

Posting Komentar

<< Home