Kamis, November 30, 2006

Jolok,tarik,jolok,tarik,setengah jam

Pakcik tu.Aku tengok jer apa yang dia buat.kat satu ruang yang agak sempit.

Jolok,tarik,jolok,tarik,jolok,tarik,jolok,tarik..Lama sungguh. Aku plak masih sabar melihat. benda yang sama pakcik tu buat. dalam hati aku,"kuat sungguh pakcik nih".

Lama...suku jam, dua puluh minit, setengah jam..

...


...


tetiba, whoosh!!!! Keluar segala macam. Segala-gala macam. Pakcik tu aku tengok tersenyum puas. Mungkin apa yang dia usahakan telah berhasil barangkali.


...


"Hmm, patutlah air tak turun. Kamu tengok apa yang dah tersumbat kat lubang ni," pakcik tu.

"Hehe, ni semua kerja orang pasang paip tu la. Habis semua simen masuk dalam lubang tuh," aku.

Lalu aku bagi kat pakcik tuh lima puluh ringgit untuk upah sedutkan semula lubang paip kat rumah aku.

Rabu, November 29, 2006

Kuekuekueqkqfhtrfrrr



Dan janganlah kamu berfikir yang bukan-bukan tentang diriku ini.Kuekuekueqkqfhtrfrrr..tersedaklah..

Definisi gambar: Seorang tua yang merenung jauh tentang nasibnya.
Definisi tersirat: Yang pakcik lalu kat depan time orang nak amek gambo buat apa? Ha? Ha? Ha? Kuekuekueqkqfhtrfrrr betul..

Selasa, November 28, 2006

Fan...atique

..ku katakan fanatik, fanatik, fanatik, fanatiknya dunia ku, ku katakan fanatik, fanatik, fanatik, fanatiknya duniaku, ku katakan uhhh...

Dalam hidup setiap orang mesti ada fanatik terhadap sesuatu perkara. Juga fanatik yang tah apa-apa. Aku ambil contoh dalam family aku. mula dengan abah aku.

Dia fanatik politik. Politik PAS. Sikit-sikit nak bangkang. walaupun bukan dalam agenda pilotik sekali pun, dia tetap akan membangkang. Itulah fanatiknya beliau.

Mak aku fanatik masakan. Macam-macam resepi baru yang dia cuba sendiri. Tapi fanatik mak aku tuh ada bagusnya sebab ianya menguntungkan serta menggemukkan kami sekeluarga.

Abang aku yang sulung fanatik komputer. Software dan hardware. Tapi aku tengok dia tak macam bebudak nerd yang pakai spek bingkai plastik hitam dan rambut belah tepi tuh.

Abang aku yang second plak fanatik kereta. Walaupun cuma ada sebuah kereta Iswara Aeroback, habis di makeup nyer kereta tuh.

Adek pompuan aku plak fanatik ngan pen. hehe. Pelik. Koleksi pen dia boleh buat satu kedai pen walaupun secara kecil-kecilan.

Adek laki aku plak fanatik meniru. Abeh segala apa yang abang-abang dia buat, dia nak tiru. Sampai nick name aku pon dia guna masa dia kat asrama.iskiskisk.

Aku plak? Hehe. Aku fanatik Kreko. Manga yang ditranslatekan ke dalam basa ibunda kita daripada basa penjajah matahari terbit suatu masa dulu. I have my own collection.

Korang? Korang fanatik apa plak? dan yang pasti sekarang nih cikgu artis kita dah jadik fanatik album. PK plak memang seorang yang fanatik teater, dan yang len aku tak tau.. ARGHHHH!!!!!

Senin, November 27, 2006

Revenge of the Sith

...bila Anakin sudah mempelajari semua teknik dari jedi pendek lagi hijau itu, dia pun berpaling tadah dan tinggallah si wan kenobi untuk membimbing anak si anakin hasil 'permainan'nya dengan si queen amidala...

Eh.eh.eh.bukan. Aku bukan nak cerita pasal tuh. Sebenarnya semalam aku dapat baju Revenge of the Sith free.

Aku masuk jer dalam kedai tu, sorang tokey lelong bersuara "Ssapa mau ini bayu? Sila angka tangan". So aku angkat la tangan. Terus dia panggil depan n kasik aku baju tu.

Haha.tapi aku tak berkenan la dengan size dia. Huh. Dah free banyak songeh plak.

Jumat, November 24, 2006

Episod yang bubar.

Aku merajuk. Merajukku merajuk tua. Susah untuk dipujuk.

Putus asa juga ada. hummmm...

Kawan-kawan blogger yang tak pernah berjumpa. Kawan-kawan lama yang tak berkhabar berita. Kawan-kawan dekat yang jarang bersapa.

Aku juga merajuk. Merajuk dengan butang-butang. punat-punat. juga tetikus tidak berwayar. Yang suka berbuat onar. pada ketika aku di meja. untuk berceritera.

Dengan akhiru kata kata, aku bubarkan episod lama si dia. Episodku pula yang akan dimula. Itupun entah bila. mungkin sehingga rajukku reda. Mungkin..

Kawan-kawan, terimakasih kerana sudi menyelinap masuk ke sini dikala masa terluang. Aku benar-benar menghargainya. Sesunggunya, Kamu semualah kawan yang paling setia. maafkan aku.

Dia, aku dan kamu

Dia, biarlah dia. dengan kisah-kisah derita dia. Dengan kisah-kisah ceria dia. semoga dia akan sentiasa bahgia. Di samping orang yang dia puja.

Aku, abaikanlah aku. Sudah puas berceritera. Tentang kisah-kisah dia. Kisah-kisah derita dia. Kisah-kisah ceria dia. Akanku abaikan semua. Bertukarlah cerita aku pula.

Kamu, aku suka kamu. Walaupun kamu membenci aku. dengan ketidak sungguhan aku. Yang bagikan kelapa. yang tenggelam timbul di ombak gelora. Yang seperti biskut. Sekejap ada sekejap tak ada.

Dia, aku dan kamu. Memang pun Aiman tak kesah, tapi aku tahu. Dia juga tahu. Yang kamu kesah.

Jumat, November 03, 2006

Semut, dia dan lama

Terasa lama sangat dia meninggalkan kampung halaman sibernya. Seminggu? Dua minggu? Tak.tak.lebih dari tuh kot.haha.

Pertapaan dia masih belum tamat. kesibukan yang maha. keletihan juga yang maha. juga ruangan siber yang semakin seperti mahu meletup. Akibat dari kerosakan input-input di dalam computer program unitnya.

Bersempena bulan yang mulia ini, dia ingin memohon maaf kepada semua yang terasa serta tersinggung sepanjang berkecimpungnya dia di dalam dunia bercerita siber ini.

Salam Hari Raya Aidilfitri. Amin.