Rabu, September 13, 2006

Semut, dia dan dulu, kini, dan selamanya

Dulu dia lah segala-galanya. Pengerusi itu, pengerusi ini, ketua itu, ketua ini,tekong situ, tekong sini, arah situ, arah sini, luluskan situ, luluskan sini, menang situ, menang sini.

Dulu-dulu yang sebelum kini pun sama. Dia masih kepala segala macam hal. Kata-katanya semua diambil sebagai sesuatu yang berharga. Kata-katanya dianggap sebagai intan serta emas yang begitu bernilai.

Kini dan sekarang. Dia cuma untuk memperbetulkan keadaan mengikut citarasanya. Cuba memperbetulkan keadaan yang dianggapnya tidak betul. Mencampuri urusan yang bukan lagi dibidang kuasanya.

Kini dan selamanya. Taringnya sudah tumpul. Seperti babun yang dihalau keluar dari kumpulannya. Seperti singa yang sudah tempang dan luruh rambutnya. Segala kata-katanya dianggap sebagai khayalan orang tua nyanyuk sahaja. Segala perancangannya dulu dan sebelum kini hanya dianggap satu perancangan yang tak mungkin dapat diabadikan.

Selama dan selama-lamanya. Dia akan dihancurkan dengan cara dia menghancurkan orang lain dulu. Dia akan melihat sendiri tembok yang dibina diruntuhkan sedikit demi sedikit. Bilamana orang yang terkini mula menghakiskan tenaga orang dan pendapat orang yang terdulu.

17 Comments:

At 2:13 PM, Blogger Pegawai Khalwat said...

Sebab itulah lebih berharga jika orang mengiyakan cakap kita kerana kita ini berilmu.

Bukan kerana kita ini berkuasa.

Psss..... dia memang suka bercakap.

 
At 8:50 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ya.ya.dia memang kuat cakap

 
At 9:36 AM, Anonymous Anonim said...

mana pemantau ni? bila dia nak masuk sini? isk! bahaya ni!

 
At 12:46 PM, Anonymous Anonim said...

apa yg kita buat kepada terdahulu dari kita
akan kita terima sama bila kita ada org baru pulak

 
At 8:29 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cikgu bapa,
apa yang bahaya?

ron,
tuh la pasal kena berjaga-jaga sikit

 
At 8:33 AM, Anonymous Anonim said...

hello.. bahagian keselamat dalam negeri.. kat sini ada pengkritik bebas.. hahahaha...

 
At 8:39 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

kite yg mudah lupa atau mereka yang terlupa?

 
At 11:26 AM, Blogger zizie ali said...

aku suka simile-simile ini:

..spt singa yg sudah tempang dan luruh rambutnya.
..spt babun yg dihalau keluar dari kumpulannya.

kau memang puitis.

 
At 8:02 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

orochi,
hehe.aku taknak la kena tahan dalam isa.haha

ayu,
kalau kita dah nyanyuk..

zizie,
tak de laa.ihiks

 
At 11:44 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau AlQuran buruk kena simpan..tapi kalau komik buruk jual saja kat apek beli surat kabar lama...

 
At 8:32 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kalau orang buruk? serahkan saja kepada encik jawa kan?

 
At 3:49 PM, Blogger zwitterion said...

putaran hidup...

 
At 1:39 PM, Blogger ZaKiN said...

uiksss.. perlukah aku memberi komen..!!(takot gak nih..) huhuhu.. taring kalo lupa digosok ngan colgate.. ia bisa patah dan rapuh.. hehehe..

 
At 3:27 PM, Blogger ontahsapo said...

tanduk tidak berguna lagi...

 
At 10:54 PM, Blogger Kemat said...

suka pada sajak "Melayu Mudah LUpa"

 
At 8:55 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kemat,
nanti aku buat sajak "Melayu Memang Sudah Lupa"

 
At 2:00 PM, Anonymous Anonim said...

saya tahu anda bercakap tentang siapa..but then..itupun bukan rahsia kan..

 

Posting Komentar

<< Home