Kamis, September 21, 2006

Semut, dia dan galah panjang

Dia, dan tujuh orang lagi satu kumpulan. Ada dua kumpulan. Satu kumpulan jaga garisan, dia dan tujuh orang lagi masuk dalam kotak-kotak.

Dia aturkan strategi.sebab dia paling 'berumur'. Kalau dulu-dulu dia main, dia kepala.semua orang akan dengar cakap. Undi yang dia buat terus diguna pakai. Lawan semua yang lemah-lemah dan senang dipergunakan.

Tapi galah panjang sekarang dah tak macam dulu-dulu. Kotak-kotak yang kecil sudah senang dipenuhi dengan ahli-ahli.

Penjaga garisan juga sudah bertangan panjang.dan dengan senang juga mencapai lawan di dalam kotak untuk mengeluarkan semua ahli.

Dan strategi dia sudah tak berguna lagi sebab dia dan segala akal kancilnya sudah lapok ditelan pasir pantai.

6 Comments:

At 12:17 PM, Blogger cuaca said...

Adakah kita memerlukan STRATEGI BARU dan PEMAIN yg BARU?

 
At 1:50 PM, Blogger kemat said...

mungkin undang2 permainan yg perlu ditukar..

 
At 2:17 PM, Blogger blackpurple said...

Dulu2 lepas moreh main galah panjang depan surau........
arghhh...nostalgia....

 
At 12:52 AM, Blogger kunci hilang said...

saya teringatkan pertembungan dua puak dalam siri survivor.

Haha.

Akan datang, mungkin ada ura-ura supaya penjaga garisan datang dari benua gelap yang tidak tahu bergalah.

 
At 10:00 AM, Anonymous gitartong said...

korang main pakai gelanggang badminton ke?

 
At 8:22 AM, Blogger semut said...

cuaca,
memang pun.haha.

kemathassan,
tak.undang-undang memang dah macam tu.jangan memandai nak tukar.

jowo,
memang nostalgia.kau guna ranting getah?

kak kunci,
tribal ceremony.

cikgu bapa,
lilit tali rafia kat ranting kayu.

 

Posting Komentar

<< Home