Jumat, Agustus 25, 2006

Semut, dia dan ayam

Dia. Jauh termenung. Sambil puntung rokok disedut, dia meliarkan mata melihat gelagat orang-orang sekeiling. Gelagat lima beranak menggamit kenangannya masa dulu-dulu.

"Abah, nanti jom kita makan kat KFC. Selalu tengok dalam tv. Macam sedap jer," dia dan abahnya dan ibunya dan juga adik-adiknya. Berlalu di sebuah bangunan lama.

"Nanti-nantilah. Satgi, balik kita beli ayam, suruh mak masak ayam pedas. Makan dengan nasik. Lagi kenyang," abah dia jawab dengan senyuman.

"Ala. Hari tu Sidan, Pa'an, Le'en, Pa'un, Men tunjuk mainan. Dorang kata dorang makan kat KFC. Lepas tuh dapat mainan free," operasi memujuk dengan perbandingan bermula.

"Nak mainan ek? Nanti abah belikan," jawapan kebiasaan orang dewasa sebagai penutup.

Diam. Moncong. Mata berlinangan. Sambil tekad di dalam hati, "satu hari nanti, aku makan puas-puas kat KFC ni," seraya mengetap bibir. Reaksi sentap.

Dan hari terus berlalu. Nekad telah tertunai. Dan mula berasa mual dan muak. Menjamah ayam tanpa bertemankan nasi. Bukan untuk perut orang melayu. Pun begitu, masih juga terus dijamah untuk menutup lapar.

Dia. Tersenyum sendirian. Dibungkusnya ayam bersama kentang goreng. Dikejarnya lima beranak itu. Dihulur dan berlalu. Tanpa menunggu ucapan terima kasih. Janji kepuasan yang dia dapat. Hasil dari nekad yang kuat.

13 Comments:

At 11:21 AM, Blogger dugongsenyum said...

untuk kes aku pulak ialah durian, filem hindi dan rumah batu.

alangkah nyamannya kalau tinggal dalam rumah kayu di kampung tengah sawah berbanding rumah burung merpati ni. alahai...

 
At 1:38 PM, Anonymous Anonim said...

aku pon da muak sesgt mkn aym kfc tuh. meh boikot sesama meh ^-^

 
At 3:04 PM, Blogger ZaKiN said...

KFC..??dah lama tak makan.. ntah ler selera orang kg cam aku nih tak berapa berkenan makanan org bandar.. ekekke

 
At 4:40 PM, Blogger Aku Bukan Bidadari said...

oo semut mkn kfc tak ajak aku..

 
At 8:33 PM, Blogger Kemat said...

aku tunggu saper nak belanja makan kfc nie

 
At 7:04 AM, Anonymous Anonim said...

Ummm. No komen. Tapi fes taim makan kfc masa darjah 5. Last skali makan kfc, Minggu lepas. Eklan tu yang mempengaruhi aku...

 
At 11:53 AM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

dugong,
rumah burung merpati?seronok tak tinggal kat dalam tuh?ekeke.

wiket,
aku ske makan Mc D

maniq,
aku tau kau suka makan nasi kandaq

abb,
tak.aku tak makan kfc.aku suka Mc D je.ahaks

kemat,
sila tunggu lagi.

azhar,
kamu memang cepat terpengaruh.hahaha

 
At 5:17 AM, Anonymous Anonim said...

Semut,
Ayam masak madu lagi best kan..?
KFC tu fattening...

 
At 5:26 PM, Blogger 13may said...

aku suka makan peha ayam...tak kira ayam apa pun...semua aku balun paha ayammm...yang paling best sekali tentang peha ayam adalah tang lutut ayam....

 
At 9:07 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

anony,
tak suka ayam madu pasal manis.hehe

13may,
aku suka wing..ya..terbang!!!!

 
At 8:33 AM, Blogger Unknown said...

ohh.. dia kerja kat restoran kfc.. jadi hari2 la dia boleh makan kfc.
(disebut mengikut nada p. ramlee)

 
At 12:49 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

orochi,
tak.dia tak kerja kat kfc..hehe

 
At 9:43 AM, Blogger Pegawai Khalwat said...

KFC cuma enak jika dimakan free!

 

Posting Komentar

<< Home