Semut, dia dan bahari
Dia. Balik kampung sekali-sekala. Nun jauh di tengah-tengah sawah padi. Yang menghijau, menguning mengikut musim.
"Assalamualaikum ngah," dia.
"Wa'alaikumsalam. Anaq ne encarei sapanyak?" pak cik. Sudah agak berumur. Bermalas-malas di bawah rumah. Lepas makan barangkali.
"Angah kada pinandukah? Aku anaknya Sainik," dia menyambut dengan petah etnik banjar. Yang masih agak gatal-gatal mulut bila diucapkan akibat tak berapa tau.
"Aaa..anaknya Sainik. Napanya habar ayahmuk. Sihat kah?" soalan seterusnya diajukan.
"Alhamdulillah. Abah wagas. Umak hajak ngan kada hingkat bawagas babanar. Handak bagawi gin kada pati hingkat," dia. Terus bersembang dengan pak cik tua. Bahasanya semakin lancar.
Dia dan pak cik tua. Nampak begitu mesra sekali. Bersembang sambil mengenangkan kisah dahulu@bahari.
Dia. Jarang-jarang sekali balik kampung. Masih rindukan suasana itu. Masih cuba melembutkan lidah. untuk menyebut patah-patah perkataan yang tidak biasa diungkapkannya. Untuk bersembang lagi dengan pak cik tua. Iaitu abang kepadanya ibunya.
p/s : Dah lama aku tak guna bahasa nih untuk bersembang. Harap-harap kalau aku bersembang dengan mak pak aku nanti, tak gagap la hendaknya. Amin.
12 Comments:
hari 2 sy ada melawat kawan kat Sg.Besar,kwn sy dan mak dia speaking banjar..tak paham langsung!
kalau selalu praktis, lama2 ok la tu..
oo banjar ek.. ingatkan sabah ke sarawak hehehe...
bestnya bleh ckp byk bahasa
zwit,
waa..sg.besar ek?one of my village..eh..i sound stupid if speak in english.
ayu,
tak berapa best jugak.pening kepala nak ingat semuanya.ahaks
Embuh opo la seng di omongi wi..... embuh lah.....
Biar lupa bahasa..
jangan lupa budi bahasa..
ececehhhh..!
Kalau orang banjar jumpa orang jawa apa bahasa dia nak pakai?
Bahasa Melayu standard la kot.. hahaha...
ooo banjar..dulu2 selalu gak tiru member2 banjar bercakap..ngeliat lidah.. sekarang dah luper...
jowo,
banjar pon rock jugak.haha.kabare wak?
abb,
ya.ya.memang jgn lupa budi dan bahasa itu.
orochi,
diorang sembang guna loghat utara.
maniq,
owh ek?ok la tuh.ada belaja.hehe
Banjaq?
Yang aku tau Senayan tu hari Isnin, tu saja.
pk,
haha.senayan?haha.ye la tuh.betul la tuh.aku pun tak tau sgt.hehe
wah!!! kulaan lah ekekeke
aku ada raaaamaaiii schollmate banjar dulu.
dugong,
waaa.kulaa.haha.napanya diulah?
Posting Komentar
<< Home