20 sen
Aku turun dari rumah dulu nak ke sekolah pukul enam setengah pagi. Waktu tu semua orang baru jer bangun. Aku turun awal bukan sebab aku pelajar cemerlang. Sebab aku kena berjalan kaki ke sekolah yang sejauh lebih kurang lima kilometer. Tak jauh pun.
Duit belanja aku pulak 20 sen. Tapi kadang-kadang tu kalau abah pergi ladang awal, aku tak sempat mintak duit lansung. Tapi takpe. Upah aku tolong siapkan kerja rumah kawan tu boleh lah buat belanja aku time rehat. Kadang-kadang Mek Yah tokey kantin tuh belanja aku makan sebab aku tolong kutip pinggan mangkuk yang budak-budak lain tinggalkan atas meja. Benda tuh berlanjutan sampai la aku abeh amek UPSR.
Tak. Aku taknak cerita kesusahan aku. Cuma terfikir. 20 sen untuk budak-budak sekarang macam takde apa-apa. Dan kadang-kadang aku cerita juga kepada murid-murid aku betapa peritnya mak ayah dorang cari duit.
Dan aku juga terfikir. kerana 20 sen, aku boleh jadi orang. Dan kalau empat kali 20 sen? Apa aku akan jadi? Autobots!! Reformaa.... eh! Transform..
6 Comments:
Reform! Ha ha.
read a lot of your postings
ahhah.. ur funny :)
keep up the good work.
Mind if i link you in my blog?
cheers,
abang naga,
saya tak gap gap
haha
sankai,
sure dude.haha.terskiping plak
Dulu kau 20 sen. Mewahnya kau.
jowo,
itu pun ikut hari.haha
bak kata arwah ibu dolo2, 20sen sama macam leh mkn breakfast la nie...
tp lanie 20sen dpt 2 bijik gula-gula buat sakit gigi. jejejeje
Posting Komentar
<< Home