Pok We' ~ Rumah Teres Dua Tingkat 2
“Aok ghase kaen, mender cikgu-cikgu kat sekolah aok nok sughuh aok buek?” Pijat.
“Kawe segho, mural wajik doh. Mugo kito oghe seni kae,” Jemae dengan senyuman meleret. Matanya semakin sepet bila dia tersenyum.
“Aku dok mau buak mural. Kalu demo nih ghaso nok amo buak gak, amo nyonteng sudoh,” Mat Isang yang tak berapa mahu bersembang menyuarakan sesuatu akhirnya. Dia asal Terengganu. Dia yang paling muda. Dia yang paling rendah. Dia dapat sekolah sama dengan Pijat. Walau apa pun, dialah yang paling baik hati. Sesiapa yang mengalami kesempitan wang di akhir bulan, dia dengan rela hatinya akan menolong. Tapi hanya pinjam. Bayar, tetap kena bayar.
“Well, korang kena jugak buat benda-benda tu semua. If you don’t want to get into trouble, just do it without any excuse,” Ismail yang sedang membancuh teh uncang di dapur. Sedikit menjerit. “Korang tau dak yang tu semua periuk nasik korang. Once you missed it, you’re done for it.”
“Demo kecek supo mat saleh” Jemae.
“Tadok gappo deh?” Ismail yang cuba meniru pelat Kelantan. Namun seperti tidak menjadi. Malah ianya mengundang tawa yang berdekah-dekah dari Mat Isang, Jemae dan Pijat.
Tawa yang bergema di tengah malam itu menceriakan lagi suasana rumah sewa bujang tersebut. Sekurang-kurangnya, tidaklah sunyi taman perumahan yang baru sahaja diduduki itu.
2 Comments:
HaHa, berabuk tuh wa cakap lu. Terer sungguh speaking.
er..er.. mmg rasa cuak jugak kalo masuk tempat baru neh. Asyik nak kene fikir pasal penerimaan org lain. Huhu~
kan.
Posting Komentar
<< Home