Kamis, Desember 06, 2007

Permulaan Detik ~ Pok We'

Sesudah kembalinya dari kampung yang permai membuatkan Ismail berasa sedikit malas. Mungkin kerana terpaksa memulakan semester baru maktab. Semester ini merupakan semester terakhir baginya. Bagi seseorang yang berbadan sedikit gempal sepertinya, bergerak-gerak adalah satu kelemahan.

Bermulanya semester akhir ini bermakna bermulanya juga sesi praktikum. Sesi wajib bagi seorang guru pelatih yang ingin mengajar di muka bumi Malaysia ini. Baginya praktikum ini juga merupakan satu titik penting bagi membuktikan yang dia berkeupayaan untuk menjadi seorang guru yang boleh disegani.

“Weih, aok dapat sekolah mane? Koi dapat Sekolah Sri Suria 2 kat Tanah Merah,” Pijat. Seorang guru pelatih yang berasal dari Temerloh, Pahang. Dia berbadan sekeping. Tidak berisi lansung. Berkulit gelap dan berhidung mancung persis mamak dari Penang. Rakan sekelas Ismail.

“Aku dapat Sri Suria 3,” Ismail menjawab sesambil bersembang-sembang anak dengan Ana, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Bagi Ismail, Ana yang kecil molek persis ayam katik itu sangat seronok ketika di ajak bersembang bagi mengisi masa yang terluang. Berbadan gebu dan bergigi sumbing akibat kemalangan kecil semasa sekolah-sekolah dahulu. Apabila Ana ketawa tanpa menutup mulut seperti wanita-wanita lain, maka akan terserlahlah keayuan sumbingnya itu. Perawakan Ana memang lain dari yang lain.

“Oh, boleh le kite nyewa sekali ye dok?” dengan pelat Temerloh yang begitu kelat, Pijat memberikan saranannya.

“Aku ok je, you just look for others who wants to join us,” Ismail yang suka bertelo-telo Mat Saleh England menjawab dengan senyuman kelat yang dibuat-buat dek kerana Pijat telah mengganggu sesi kemesraannya dengan Ana.

Perbualan dengan Pijat megundang minat Mat Due’, Mat Isang dan Jemae. Mat Due’ yang dari Kelantan itu memberitahu yang dia sudah pun mendapat rumah sewa di satu taman tidak jauh dari Tanah Merah. Dengan hanya perlu membayar sewa RM 50 setiap seorang, Ismail dan Pijat bersetuju tanpa sebarang persoalan.

Label:

2 Comments:

At 8:20 AM, Anonymous Anonim said...

Pok We' nih akan diselang-selikan dengan posting isu-isu semasa.

 
At 12:26 PM, Blogger zwitterion said...

ok..sy tunggu sambungannya..:)

 

Posting Komentar

<< Home