Minggu, Desember 09, 2007

Pok We' ~ Rumah Teres Dua Tingkat

Namun itu kisah semester lepas. Di penghujung semester 5. Sebelum semua bersiap-siap mengemas kelas untuk cuti semester yang agak panjang.

Sekarang, masa itu sudah sampai. Sekarang, dia sudah pun di rumah sewa. Rumah teres dua tingkat itu ada tiga bilik dan dua bilik air. Ruang tamu yang agak sempit dek diganggu dengan rekaan tangganya yang agak lebar itu menjadi tempat penghuni rumah sewa itu berkerumunan. Bilik yang tiga juga diagih-agihkan. Mat Due’ memilih bilik single di sebelah dapur. Lebih privacy katanya. Dua bilik yang agak lebar pembuatannya berada di bahagian atas. Bilik yang ada bilik khas itu dipilih oleh Mat Isang dan Jemae. Pijat dan Ismail yang berjenis tidak ambil kesah dengan semua itu, hanya meninggalkan barang-barang peribadi mereka di bilik yang baki dan.

Menunggu esok untuk melaporkan diri di sekolah. Kelima-lima guru pelatih itu berkira-kira tentang pandangan imaginasi mereka tentang sekolah masing-masing. Bagaimana agaknya guru-guru di sana memandang mereka. Adakah dengan pandangan sinis seorang senior asrama penuh melihat adik-adik tingkatan satu memasuki perkarangan asrama dengan penuh tangisan untuk meninggalkan keluarga. Kalau tidak pun dengan pandangan garang sang singa yang sedang memburu sang rusa. Atau juga pandangan seorang pembuli jalanraya yang melihat pemandu-pemandu lain lebih kecil darinya dan mahu membulinya.

5 Comments:

At 3:27 PM, Blogger zwitterion said...

kadang2 kita suka berpikiran yang bukan2 sebelum mengalami situasi sebenar..

 
At 5:56 PM, Blogger bride-to-be said...

pandangan seorang jepang menyuruh rakyat malaya memanjat pokok kelapa, cikgu

 
At 1:46 PM, Blogger DeeN said...

Tak nampaklah pandangan ini. HaHaHa. menjadi guru pelatih sama ke rasanya menjadi guru sandaran? Penerimaan guru2 senior? Anak2 murid?

 
At 2:20 PM, Anonymous Anonim said...

zwit,
standerd..haha

mawar,
kan.juga meminum air sabun

deen,
sesetengah sekolah mengamalkan budaya junior senior.masih. jadi tanggapan begitu telah bermain di dalam pala otak dia.lala

 
At 3:32 PM, Anonymous Anonim said...

kita telah dihujani dengan berbagai-
bagai janji dan macam-macam cara
nak "Buat duit Online" sama ada
secara langsung atau secara tidak
langsung. namun "buat duit" dengan
"dapat duit" adalah dua perkara yang
amat berbeza saya lebih suka dapat
duit dari pada buat duit.sebab itulah
ia dinamakan penDAPATan bukan
pemBUATan.
Dapatkan tips cara mendapat duit
dengan mudah melalui laman web
berikut ;..
click.disini
----->>http://www.perigiduit.com/?ref=dyrus89
lagi...
---->>http://www.wangrakyat.net/?reff=dyrus89
dan lagi
---->>http://www.perigiduit.com/?ref=ronin89
Ebook
---->>http://tidakperlukerja.com/?kod=246810_affiliate

 

Posting Komentar

<< Home