Rabu, Mei 21, 2008

Cukupkah?

Seorang yang kuat sembbahyang. Suka menegur dan memberi pendapat atau nasihat.
seorang yang cantik budi pekerti bagi orang yang baru nak mengenali beliau.

Gambaran awal aku terhadap seorang manusia di tempat kerja aku yang pada aku kedudukannya di atas sekali carta organisasi.

Huh! Sungguh berkelidar.eh.eh. Berkaliber.

Gambaran kedua?

Seorang yang pragmatik, aktif, peggila kerja juga penggila kuasa. Haha.

Erm. Sedikit berubah di akhir-akhir tanggapan itu.

Gambaran terakhir?

"En. Semut, En. ada masuk meeting kemaghin dengan sesi pagi? Akak dok dengaq bos kita kata pasai akak. Dia dok kata akak ada skandal dengan pakcik H****n hang. Sampai hati dia kata camtu. Buat penat ja dia tonggang terbalik sembahyang, tapi buat fitnah kat oghang len. Dalam meeting pulak tu," makcik M*h, jaga di tempat aku.

"En. Semut bayangkanlah. Macammana kami nak basuh pinggang mangkuk kotoq ni? Elok-elok kami dok kat tepi longkang tu basuh dia kata tak boleh pasai takut banyak bakteria. Abeh kami basuh kat sinki ni? bakteria tu hilang ka?" Makcik kantin di tempat aku.

"En. Semut.... En. Semut.... En. Semut...." ..........
Tak. Aku tak menyibuk hal orang lain. Cuma aku hanya nak tahu pendapat orang lain setelah lima bulan manusia itu bertapat di tempat kerja aku ini.

Dulu juga aku aman setelah aku bertengkar dengan ex-bos dan ditukarkan ke tempat lain. Dan aku juga aman di tempat baru ini sehinggalah kedatangan bos baru ini.

Cukuplah hidup aku diperkotak-katikkan oleh orang-orang lain sebelum ini. Atau kamu yang "berkuasa" terhadap orang lain ini masih menganggap pengorbanan aku masih tidak cukup? Atau perlukah aku mengamuk lagi?

Cukup-cukuplah. Cukup-cukuplah. Cukup-cukuplah.

Label: ,

3 Comments:

At 10:21 AM, Anonymous petiais said...

seorang yg bagus merasakan semua pendapatnya betul

 
At 1:45 PM, Anonymous Anonim said...

Salam

Pertama kali datang ke sarang semut.

Gigitannya juga sedikit bisa.

water lily

 
At 12:49 AM, Blogger semut said...

petiais,
ya.tapi tak semestinya pendapatannya juga bagus.

waterlily,
aku bukan semut api

 

Posting Komentar

<< Home