Kamis, Oktober 23, 2008

Polis

Rumah Saari. Petang. Masa cuti Sabtu Ahad.

Cadok, Men, Saari, Pak Un, Ayie, Ajib. Main polis sentri.

Buat keliling. Letak kaki kat tengah.

Polis sentri.
One Two jaga.
Polis mati.
Pencuri jaga...Polis.

Polis sentri.
One Two jaga.
Polis mati.
Pencuri jaga...Pencuri.

Polis sentri.
One Two jaga.
Polis mati.
Pencuri jaga...Polis.

Polis sentri.
One Two jaga.
Polis mati.
Pencuri jaga...Pencuri.

Polis sentri.
One Two jaga.
Polis mati.
Pencuri jaga...Polis.

Polis sentri.
One Two jaga.
Polis mati.
Pencuri jaga...Pencuri.

Dan kanak-kanak riang itu pun berlari-lari keliling rumah Saari di waktu petang masa cuti Sabtu Ahad.

Label:

Jumat, Oktober 17, 2008

Mat Jenin

Ada satu cerita.

Makcik depan sekolah aku.

cerita.

Ada sorang orang kampung tu, panjat pokok kelapa.

Masa nak petik buah kelapa. Henpon berbunyi.

"Hello..."

Gedebab. Orang tuh dah kat bawah dah.

Sekarang orang tu tengah menahan sakit pinggang kat rumah.

Kesian.

Label:

Senin, Oktober 13, 2008

3 Maju Lagi

Hari ini datang seorang cikgu kaunseling ke kelas 3 Maju.

Ya. Hari ni cikgu nak bagi bantuan kepada murid yang berikut ya. - cikgu kaunseling itu.

Memang dalam kelas 3 Maju masih ramai murid yang hidup dalam kedaifan. Contohnya ayah tiri kepada Fitriyah. Cuma menjadi pemandu lori yang gajinya tidaklah sebesar mana.

Ayah kepada Firdaus. Cuma seorang jaga. Yang mana gajinya cukup untuk menyara keluarga hanya untuk beberapa minggu sahaja. Tidak ditolak hutang peti basuh. hutang peti televisyen. hutang peti sejuk. hutang peti baju. tambah lagi hutang hospital untuk menampung kelahiran anak yang baru.

Ayah kepada Ramli. Nazirul. Lutfi. Khairol Nadia. Shazreen. Shazwani. Izzati. Semuanya tak berapa berada.

Jadi bila cikgu kaunseling itu berkata demikian. Berkacalah mata murid-murid 3 Maju mengharapkan bantuan yang bakal menjelma.

Tapi, cikgu dah buat pemilihan. Kuota hanya untuk seorang setiap kelas. Jadi, nama yang saya panggil sila datang ke depan. - cikgu kaunseling itu.

Lalu. Kaca tadi pun pecah berkecai. Tinggal Aisyah. Nasiruddin. Iqmal. Anisah yang bermuka selamba sebab ayah mereka kaya.

Label:

Rabu, Oktober 08, 2008

Ombak besar

Iklan di tivi..

Produk besarkan ****d**a khas untuk wanita. Besarkan, tegangkan, kempiskan, kecilkan. Dapatkan dari stokis terdekat. Produk dari ombak besaq.

Aku pun terbayangkan ombak yang sememangnya jika dilihat dari keratan rentas dua dimensi, akan dapat dilihat besar, kecil, tegang dan tirusnya ombak itu.

aku pasti suatu hari nanti, pasti akan ada iklan di tivi tentang produk untuk lelaki pula. Mungkin nama syarikat itu Pisang Besaq mungkin. Hehe.




psst... ****d**a tuh aku tak berani sebut pasai aku tak lucah.

Label:

Minggu, Oktober 05, 2008

Punk

Sekitar pukul 3 petang.

Aku ke pasar membeli santan untuk dibuat masak lemak. Sementara menunggu makcik kedai memarut kelapa, aku membelek-belek ubi keledek. Eh. kentang.

Masuk sorang budak punk. Ganas ni dengan pelbagai aksesori palsu. subang palsu. mata palsu. tatu palsu. rambut cacak-cacak je yang asli. Ganas tu.

Tiba-tiba..

"Makcik, Kacang bendi yang segar sikit takde ke? Lepas tu daun kasik daun kari sekali ye,"....

Huh. Baru aku tau. Orang ganas kena makan bendi masak kari.

Label: