3 Maju Lagi
Hari ini datang seorang cikgu kaunseling ke kelas 3 Maju.
Ya. Hari ni cikgu nak bagi bantuan kepada murid yang berikut ya. - cikgu kaunseling itu.
Memang dalam kelas 3 Maju masih ramai murid yang hidup dalam kedaifan. Contohnya ayah tiri kepada Fitriyah. Cuma menjadi pemandu lori yang gajinya tidaklah sebesar mana.
Ayah kepada Firdaus. Cuma seorang jaga. Yang mana gajinya cukup untuk menyara keluarga hanya untuk beberapa minggu sahaja. Tidak ditolak hutang peti basuh. hutang peti televisyen. hutang peti sejuk. hutang peti baju. tambah lagi hutang hospital untuk menampung kelahiran anak yang baru.
Ayah kepada Ramli. Nazirul. Lutfi. Khairol Nadia. Shazreen. Shazwani. Izzati. Semuanya tak berapa berada.
Jadi bila cikgu kaunseling itu berkata demikian. Berkacalah mata murid-murid 3 Maju mengharapkan bantuan yang bakal menjelma.
Tapi, cikgu dah buat pemilihan. Kuota hanya untuk seorang setiap kelas. Jadi, nama yang saya panggil sila datang ke depan. - cikgu kaunseling itu.
Lalu. Kaca tadi pun pecah berkecai. Tinggal Aisyah. Nasiruddin. Iqmal. Anisah yang bermuka selamba sebab ayah mereka kaya.
Label: 3 Maju
5 Comments:
quota ni alasan untuk tidak kotakan janji....
ooo camtu ek, pa'chik
kata sekadar penyedap rasa,
nyatanya menyakitkan jiwa rasa...
tak achi.. tak achi...
P.S.: teringat masa kasi kelas tuisyen percuma kat budak2 skolah rendah dekat tempat aku sewa umah dulu... isk ... ganeh2 belaka...
pacik,
ek?
amli,
ek?ek?
albima,
sebenarnya memang sakit jiwa pon dorang nih
grafik,
tusyen percuma tu untuk kayakan org yang ambil tender je
Posting Komentar
<< Home