Kamis, Juli 30, 2009

Sekep Naga: Tembok Batu Berwarna-warni

Tembok itu...
Menghalang pandangan ku...
Tembok itu...
Mengahalng pernafasan ku...
Tembok itu...
Menghalang pemergian ku...

Tembok itu warna kuning.
Kuning itu diraja.
Raja memerintah seluruh negeri.

Kau mengibaratkan kau hebat.
Ya benar.
Kau mengibaratkan kau kuat.
Ya benar.
Kau mengibaratkan kau pandai.
Ya benar.
Kau mengibaratkan kau raja.
Tidak sama sekali.
Kau berharap menguasai semua.
Tidak kau silap.

Aku yang di dalam tembok.
Bercelana garis-garis halus.
Kadang-kala kotak segi empat tepat.
Celaru. Bengang. Bergelodak.
Hendak ku tempik sekuat hati.
Hendak ku bakar semua sekali.
Hendak ku tumbuk sampai lumat.
Karaoke. Kertas saman. Cili api.

Kau?
Apa kau tahu?
Di dalam bilik beku kau mengilai.
Ketawa melihat orang lain derita.
Kau?
Derita?
Hotak lu.
Honda Hybrid baru tu.
Kau beli atas sebab derita?

Aku?
Apa yang aku nak tahu?
Di dalam tembok batu berwarna kuning.
Tambah dengan warna cokelat gelap dan terang.
Ada oren di sini-sana.
Menderita melihat kau ketawa.
Kau mengilai di atas penganiayaan kepada ku.
Aku?
Aniaya?
Hotak lu.
Dah dekat setahun lu simpan beb.
Kau aniaya aku.

Di tembok itu...
Aku duduk, berdiri, mencangkung...
Di tembok itu...
Aku cuba mengintai peluang di luar...
Di tembok itu...
Aku dah tak kesah kau mengilai...
Kerana...
Kebenaran akan terungkai...


Hasil karya asli:
Sir Semutkecik.

Label: ,

Selasa, Juli 14, 2009

Sekep Naga; Serang!!!

Aman takkan kekal lama.

Di hujung pertahunan. Ada ura-ura menyebarkan Sekep Naga akan diserang oleh satu kuasa "besar". Mungkin dengan potensi pembangunan yang ada di Kampung Sekep Naga ini yang membuatkan kuasa "besar" itu cuba untuk menyelitkan kuasa beliau.

Sungguhpun begitu, semua pahlawan Sekep Naga telah bersiap sendia dengan senjata masing-masing.

Dua purnama selepas gosip liar itu tersebar, maka dengan rasminya di isytiharkan. Sekep naga tidak dapat bertahan. Pahlawan paling handal seperti Pendekar Fuji Nakata juga telah berjawa di tumpaskan oleh kuasa "besar" ini.

Malahan, ketua kampung juga telah ditumpaskan dengan cara yang begitu licik sekali. Semata-mata hendak memonopoli Sekep Naga. Tak tau lah best tang mana Sekep Naga ni. Kalau nak kata ada emas tak jugak. Mungkin sebab rakyat jelatanya yang ramai memudahkan kerja-kerja buruh. Mungkin.

Pahlawan yang tinggal cumalah Laksamana Mahath Gudawa, Laksaman Chua Aizen, Imam Fadh Liash, Kapten bersara Ala Ala Torrez, Kapten berhias Syuk, Komanden Zulkhusna, Bendahara Rahim, Haji Noon, Din Mat Kassan, Syeikh Mat Khir, Pendekar Zamirul Abbas juga pahlawan cilik yang baru hendak mula berkembang Tun Nazifatulshifa'.

Peperangan dalam diam-diam akan bermula.

Label:

Kamis, Juli 02, 2009

Sekep Naga: Kota Semut

Suatu masa dulu.

Kampung Sekep Naga,aman dan damai.

Pak Kir memang seorang penghulu yang disegani.

Di kampung itu juga, dihuni oleh beberapa orang pahlawan yang pernah dibuang oleh kampung lain. Tapi mereka aman juga di kampung Sekep Naga ini.

Di sini, bermula satu episod sang semut mengembara bermula dari dia meletakkan kaki ke kampung itu.

Pap! Pap! Pap!
Otakku penuh dengan kota semut. Ah!! Kena kurangkan makan ciken cop Kedai Family Cafe ni.