Kamis, Juli 30, 2009

Sekep Naga: Tembok Batu Berwarna-warni

Tembok itu...
Menghalang pandangan ku...
Tembok itu...
Mengahalng pernafasan ku...
Tembok itu...
Menghalang pemergian ku...

Tembok itu warna kuning.
Kuning itu diraja.
Raja memerintah seluruh negeri.

Kau mengibaratkan kau hebat.
Ya benar.
Kau mengibaratkan kau kuat.
Ya benar.
Kau mengibaratkan kau pandai.
Ya benar.
Kau mengibaratkan kau raja.
Tidak sama sekali.
Kau berharap menguasai semua.
Tidak kau silap.

Aku yang di dalam tembok.
Bercelana garis-garis halus.
Kadang-kala kotak segi empat tepat.
Celaru. Bengang. Bergelodak.
Hendak ku tempik sekuat hati.
Hendak ku bakar semua sekali.
Hendak ku tumbuk sampai lumat.
Karaoke. Kertas saman. Cili api.

Kau?
Apa kau tahu?
Di dalam bilik beku kau mengilai.
Ketawa melihat orang lain derita.
Kau?
Derita?
Hotak lu.
Honda Hybrid baru tu.
Kau beli atas sebab derita?

Aku?
Apa yang aku nak tahu?
Di dalam tembok batu berwarna kuning.
Tambah dengan warna cokelat gelap dan terang.
Ada oren di sini-sana.
Menderita melihat kau ketawa.
Kau mengilai di atas penganiayaan kepada ku.
Aku?
Aniaya?
Hotak lu.
Dah dekat setahun lu simpan beb.
Kau aniaya aku.

Di tembok itu...
Aku duduk, berdiri, mencangkung...
Di tembok itu...
Aku cuba mengintai peluang di luar...
Di tembok itu...
Aku dah tak kesah kau mengilai...
Kerana...
Kebenaran akan terungkai...


Hasil karya asli:
Sir Semutkecik.

Label: ,

3 Comments:

At 12:32 PM, Blogger Generasi Muda Tikam Batu said...

fuhhhhh....well done bro...keep it touch...

 
At 7:55 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks said...

hehehe. thanks bro. rajin2 lah melihat keadaan aku. wakakakaka

 
At 10:57 AM, Blogger Imran said...

dlm maksudnya tuh

 

Posting Komentar

<< Home