Sekep Naga; Serang!!!
Aman takkan kekal lama.
Di hujung pertahunan. Ada ura-ura menyebarkan Sekep Naga akan diserang oleh satu kuasa "besar". Mungkin dengan potensi pembangunan yang ada di Kampung Sekep Naga ini yang membuatkan kuasa "besar" itu cuba untuk menyelitkan kuasa beliau.
Sungguhpun begitu, semua pahlawan Sekep Naga telah bersiap sendia dengan senjata masing-masing.
Dua purnama selepas gosip liar itu tersebar, maka dengan rasminya di isytiharkan. Sekep naga tidak dapat bertahan. Pahlawan paling handal seperti Pendekar Fuji Nakata juga telah berjawa di tumpaskan oleh kuasa "besar" ini.
Malahan, ketua kampung juga telah ditumpaskan dengan cara yang begitu licik sekali. Semata-mata hendak memonopoli Sekep Naga. Tak tau lah best tang mana Sekep Naga ni. Kalau nak kata ada emas tak jugak. Mungkin sebab rakyat jelatanya yang ramai memudahkan kerja-kerja buruh. Mungkin.
Pahlawan yang tinggal cumalah Laksamana Mahath Gudawa, Laksaman Chua Aizen, Imam Fadh Liash, Kapten bersara Ala Ala Torrez, Kapten berhias Syuk, Komanden Zulkhusna, Bendahara Rahim, Haji Noon, Din Mat Kassan, Syeikh Mat Khir, Pendekar Zamirul Abbas juga pahlawan cilik yang baru hendak mula berkembang Tun Nazifatulshifa'.
Peperangan dalam diam-diam akan bermula.
Label: Sekep Naga
0 Comments:
Posting Komentar
<< Home