Senin, Desember 07, 2009

Lilin

Pepatah ada menyebut.."Guru umpama lilin. Membakar diri menerangi orang lain."

Dan di dalam kotak kosongku, berlegar-legar pepatah ini. Guru dan lilin.

Lilin itu senang patah. Guru juga sekarang ramai yang "patah". Mematahkan orang. juga dipatahkan orang.

Sekarang lilin pelbagai warna. Dulu ya, mungkin lilin itu berwarna putih. dan guru itu dianggap suci. bukan dianggap. memang di cop sebagai suci. Jadi, guru sekarang menunjukkan pelbagai ragam. Aku mungkin sebuah lilin yang berwarna merah. Kerna merah itu rebellious. haha.

Lagi satu tang membakar diri tu. Sekarang ni bukan membakar dah. Dibakar je yang banyak.

Dan. guru itu masih dianggap fragile dan mudah tersentuh hatinya. seperti lilin yang akan lembut jika terkena bahang apinya. Maka cair lah lilin itu seperti cairnya hati seorang guru yang telah dibakar kepala otaknya dengan pelbagai agenda orang-orang yang tidak mengerti pekerti sang lilin.

Label: , ,