Kamis, Agustus 20, 2009

Sekep Naga: Di serang babee

"oink. oink," babee satu.
"oink. oink. oink," kapten babee.
"oink!!" Jeneral babee."oink. oink oinkkkkkkkk!!!!" Jeneral babee sambung.

Pagi itu Sekep Naga telah diserang. Ketua Kampung Pak Mat tak buat apa-apa. Dia kata jangan risau. Babee-babee itu tak boleh apa-apakan Sekep Naga. Sebab Pak Mat dah baca Yassin sebanyak dua kali semalam. Hari ni Pak Mat nak baca lagi dua kali dia kata.

Penolong Pak Mat dah mula risau. Toh Puan Jam Jam. Ke hulu ke hilir tak senang duduk. Sorang demi sorang penduduk Sekep Naga tumbang di medan perang. Kepala pusing. Badan panas membara. Batuk anjin. Selsema siot-siot. Badan lenguh-lenguh. Semuanya tanda-tanda sihir jadian dari puak babee itu.

Pak Mat masih berdiam diri.

"Kita kena bertindak segera Pak Mat," Toh Puan Jam Jam.

"Takpe. itu semua biasa je. Dulu masa Pak Mat nak serang Kampung Arab Pendang dulu pun rakyat-rakyat dia macam ni jugak," Pak Mat.

"Pak Mat, kita kena 'pagaq' kampung kita ni. kalau tak nanti sihir puaka babee itu akan dapat tembus lagi ke rakyat jelata yang lain," Toh Puan Jam Jam begitu bersungguh-sungguh.

"Betul kata Toh Puan tu Pak Mat," Com Jabir Kebaya Songket menyampuk. Com Jabir Kebaya Songket adalah setiausaha peribadi Pak Mat. Dia pon kadang-kadang meluat dengan Pak Mat ni. Selalu taknak dengan cakap orang.

"Takpelah. Kamu berdua bawa mereka ke bahagian kesihatan negara ni. Pak Mat nak keluaq pegi mesyuarat badan induk penganiayaan rakyat," kata Pak Mat dengan pandangan sinis. Sebab dia yakin Yassin yang dia baca dua kali sehari itu pasti akan berkesan.

"oink. oink. oink," Jeneral babee memberikan arahan serangan diperkuatkan kerana pertahanan Sekep Naga memang kebal. Berkesan sungguh Yassin yang Pak Mat baca.

Hari pertama serangan, tentera babee telah berjaya menumbangkan seramai 12 orang rakyat Sekep Naga.

Hasilnya, Pak Mat terpaksa akur dengan keputusan bahagian kesihatan. Kampung Sekep Naga terpaksa di'pagaq' selama seminggu. Semua wizard-wizard terkemuka terkemuka dikerah ke Sekep Naga bagi memagaq Sekep Naga supaya sihir itu tak dapat dibawa masuk dan keluar lagi.

Segala program Pak Mat rancang minggu itu terpaksa di batalkan. Nampak gayanya habis sihir puak babee itu nanti, mamposlah semua bala tentera Sekep Naga dikerah bermati-matian.

Jaga-jaga.

Label: