Senin, September 29, 2008

Sebab

Ha ha ha.

Aku teringat kisah aku dari kecil. pasal nama samaran secara tiba-tiba.

Sekolah rendah. Keluarga aku suka memanggil aku dengan nama kudis buta sebab masa kecilku, aku suka bermain dengan pasir dan membuatkan seluruh badan aku berkudis. Tinggal lagi di kawasan muka saja yang masih bersih. Semua kudis tu hilang waktu aku darjah empat.

Sekolah menengah pertama. Senior-senior asrama aku panggil aku publisiti murahan (publisitang). Sebab aku suka mencelah perbualan mereka dan aku selalu over ekspos. Tapi kawan-kawan aku panggil aku Tuyal. Sebab badan aku paling kecil sekali. tingkatan satu samapi tiga, besar aku cuma sama besar dengan murid-murid tahun lima.

Sekolah menengah kedua. Aku dipanggil tokan. Sebab aku pengedar rokok yang paling berjaya di sekolah itu. Sebab aku juga tidak pernah ditangkap oleh guru disiplin. Sebab aku juga antara pelajar yang paling cemerlang di sekolah itu, jadi aku sering terlepas dari pemeriksaan mengejut.

Pekerjaan pertama. Orang panggil aku adik bos. Sebab, masa tu aku kerja satu stesen minyak dan abang aku manager stesen tu. Tapi aku juga bekerja mengepam minyak untuk orang lain juga dan bukan bekerja di dalam ekon.

Pekerjaan kedua. Orang panggil aku Jawa. Sebab aku berasal dari Selangor dan orang-orang yang menganggap mereka dah tahu segala-galanya tentang Malaysia ni menganggap barang sesiapa yang berasal dari Selangor adalah keturunan jawa. Sebab tu lah aku dipanggil Jawa.

Masuk uitm. Aku dapat kos DPIM. Diploma In Planting Management. Senior aku hampir memberi satu nama saintifik dari buah-buahan. Tapi setelah mengetahui yang aku adalah dari keturunan banjar, maka dengan sewenang-wenangnya mereka menggelarkan aku Banjaran. Tak masuk akal lansung pemikiran budak-budak 'U' ni.

Masuk maktab. Member aku panggil aku nobita. Ala. yang dengan Doremon tu. Sebab aku kuat tido. Dalam kelas, balik dari kelas, pagi cuti, petang cuti, kiranya kalau ada kesempatan je aku akan terlena. Sebab lain jugak, aku masa tuh pakai spek mata.

Dah kerja. Dah takder nama samaran dah. Sebab, aku dah jaga segala tatasusila aku. Ha ha ha. Tapi aku belajar blogging. Dan aku namakan diri aku sebagai sesemutkecik. Sebab masa aku buat blog dan tengah fikir nama yang sesuai, kaki aku kena sesemut. Juga, badan aku yang masih lagi kecil seperti budak-budak belasan tahun.

Ha ha ha. Hidup. Hidup.

Label: , ,

Kamis, September 25, 2008

Lawak

Bayangkan kalau lawak macam nih ditunjukkan di negara kita yang dipanggil demokerasi ini. Sekian, selamat berhibur.

Label:

Senin, September 22, 2008

Obsessive-compulsive

Berita lewat.

Obsessive-compulsive.

Merujuk kepada seseorang yang pernah berkuasa dan mengalami mental disorder. juga akan terus memperjuangkan apa yang dipercayainya betul.

Pulak dah.

Berita liwat malam. Dua malam yang sudah.

Label:

Kamis, September 18, 2008

Kelas

Hari ni kelas aku buat rombakkan. Kelas 3 Maju.

Aku suruh murid-murid aku sendiri yang menguruskan semuanya.

Datang Aqmal selaku ketua kelas asal berjumpa aku. Memberitahu yang Ramli teringin mengambil alih tugasnya sebagai ketua kelas. Ramli juga telah berpakat dengan Izzuddin, Zakwan, dan juga Firdaus.

Aku hanya menggelengkan kepala. Lagi? Aku bertanya.

Aqmal tersenyum. Dan dia memberitahu dia sudah tidak mahu memegang duit tabung kelas. Tugas itu diserahkannya kepada penolong ketua kelas. Haikal. Haikal yang berbadan besar memang harus digeruni semua rakan sekelas. Sebelum ini Haikal memangku tugas ketua disiplin kelas juga. Jadi mereka bertukar-tukar tugas.

Aku tanya lagi. Kamu berdua memang dah setuju nak tukar tugas ni?

Ya. Saya dan Aqmal memang dah bersetuju cikgu. Jawab Haikal.

Dan rombakan yang dibuat di kelas sebelah pula menunjukkan ketua kelas itu memberontak dan memilih untuk keluar dari kelas itu beramai-ramai di sebabkan tidak berpuas hati dengan cikgu kelas yang begitu kuat mengarah.

Hari ni kelas aku telah dirombak. Kelas 3 Maju. Sekarang tugas tugas memegang duit kelas diserahkan kepada Haikal dan tugas menyelia disiplin kelas terserah kepada Aqmal iaitu ketua kelas 3 Maju yang asal. Manakala Ramli dan rakan-rakannya pula tetap dianggap sebagai ancaman kepada Aqmal. Mungkin dengan tugas barunya akan digunakan untuk memberikan nama Ramli ke Guru Disiplin untuk diambil tindakan. Mungkin.

Label:

Rabu, September 17, 2008

16 September

Semalam tu...

Mereka mempersenda-sendakan 16 September.

Dalam tivi. 1.2.3.7.8.9.

Kalau jadi kenyataan?

Mereka pula yang akan dipersenda-sendakan.

Dalam tivi. 1.2.3.7.8.9.

Tapi. yang paling seronok. 17 September cuti.

Itu? Hari ni laa...

Label: ,

Selasa, September 09, 2008

Iklan

Iklan-iklan Petronas sempena raya semua buat aku terkesima.

Iklan anak-anak cari daging lembu.

Iklan anak orang bawak beca.

Yang paling latest iklan peniaga buah cempedak.

Betul. Aku jarang sebak.

Masa Ayah dia bagi buku bank tu, terus aku menitiskan air mata.

Betul. Begitulah kasih seorang ayah sebenarnya. Betul.

Label:

Rabu, September 03, 2008

Jalan Tunduk

Mengikut amalan Rasullullah S.A.W adalah sesuatu yang begitu dituntut.

Rasullullah S.A.W berjalan sambil menunduk. Tandanya baginda adalah seorang yang begitu bertatatertib dan seorang yang begitu merendah diri.

Ya.Ya. Aku di bazar ramadhan. Aku cuba untuk berjalan sambil menunduk sedikit.

Tapi...

Longkang dan Jamban banyak sangat terdedah. tak. Aku tak nak laparku hanyalah kosong sahaja.

Tolong!!!

Label: ,