Kelas
Hari ni kelas aku buat rombakkan. Kelas 3 Maju.
Aku suruh murid-murid aku sendiri yang menguruskan semuanya.
Datang Aqmal selaku ketua kelas asal berjumpa aku. Memberitahu yang Ramli teringin mengambil alih tugasnya sebagai ketua kelas. Ramli juga telah berpakat dengan Izzuddin, Zakwan, dan juga Firdaus.
Aku hanya menggelengkan kepala. Lagi? Aku bertanya.
Aqmal tersenyum. Dan dia memberitahu dia sudah tidak mahu memegang duit tabung kelas. Tugas itu diserahkannya kepada penolong ketua kelas. Haikal. Haikal yang berbadan besar memang harus digeruni semua rakan sekelas. Sebelum ini Haikal memangku tugas ketua disiplin kelas juga. Jadi mereka bertukar-tukar tugas.
Aku tanya lagi. Kamu berdua memang dah setuju nak tukar tugas ni?
Ya. Saya dan Aqmal memang dah bersetuju cikgu. Jawab Haikal.
Dan rombakan yang dibuat di kelas sebelah pula menunjukkan ketua kelas itu memberontak dan memilih untuk keluar dari kelas itu beramai-ramai di sebabkan tidak berpuas hati dengan cikgu kelas yang begitu kuat mengarah.
Hari ni kelas aku telah dirombak. Kelas 3 Maju. Sekarang tugas tugas memegang duit kelas diserahkan kepada Haikal dan tugas menyelia disiplin kelas terserah kepada Aqmal iaitu ketua kelas 3 Maju yang asal. Manakala Ramli dan rakan-rakannya pula tetap dianggap sebagai ancaman kepada Aqmal. Mungkin dengan tugas barunya akan digunakan untuk memberikan nama Ramli ke Guru Disiplin untuk diambil tindakan. Mungkin.
Label: Kelas
6 Comments:
tringat zaman sekolah dulu2
maju betul kelas 3 maju tu...
sangat mendalam maksud entry ni..:)
dengar cerita teruk gak budak akmal tu kena sepak terajang masa miting.. .ekekke...
tu yang kuar muka toye je...
amli,
kau sekolah lagi ka?
ira,
ya.ya
zwit,
tak dalam aih, takat dada itek sahaja.
pachik,
oh.patutlah dia nak pegang sangat tugas unit disiplin tu.
zaman sekolahku sudah lama berlalu.. tapi perangai macam budak sekolah lagi.. haha
Posting Komentar
<< Home