Senin, September 29, 2008

Sebab

Ha ha ha.

Aku teringat kisah aku dari kecil. pasal nama samaran secara tiba-tiba.

Sekolah rendah. Keluarga aku suka memanggil aku dengan nama kudis buta sebab masa kecilku, aku suka bermain dengan pasir dan membuatkan seluruh badan aku berkudis. Tinggal lagi di kawasan muka saja yang masih bersih. Semua kudis tu hilang waktu aku darjah empat.

Sekolah menengah pertama. Senior-senior asrama aku panggil aku publisiti murahan (publisitang). Sebab aku suka mencelah perbualan mereka dan aku selalu over ekspos. Tapi kawan-kawan aku panggil aku Tuyal. Sebab badan aku paling kecil sekali. tingkatan satu samapi tiga, besar aku cuma sama besar dengan murid-murid tahun lima.

Sekolah menengah kedua. Aku dipanggil tokan. Sebab aku pengedar rokok yang paling berjaya di sekolah itu. Sebab aku juga tidak pernah ditangkap oleh guru disiplin. Sebab aku juga antara pelajar yang paling cemerlang di sekolah itu, jadi aku sering terlepas dari pemeriksaan mengejut.

Pekerjaan pertama. Orang panggil aku adik bos. Sebab, masa tu aku kerja satu stesen minyak dan abang aku manager stesen tu. Tapi aku juga bekerja mengepam minyak untuk orang lain juga dan bukan bekerja di dalam ekon.

Pekerjaan kedua. Orang panggil aku Jawa. Sebab aku berasal dari Selangor dan orang-orang yang menganggap mereka dah tahu segala-galanya tentang Malaysia ni menganggap barang sesiapa yang berasal dari Selangor adalah keturunan jawa. Sebab tu lah aku dipanggil Jawa.

Masuk uitm. Aku dapat kos DPIM. Diploma In Planting Management. Senior aku hampir memberi satu nama saintifik dari buah-buahan. Tapi setelah mengetahui yang aku adalah dari keturunan banjar, maka dengan sewenang-wenangnya mereka menggelarkan aku Banjaran. Tak masuk akal lansung pemikiran budak-budak 'U' ni.

Masuk maktab. Member aku panggil aku nobita. Ala. yang dengan Doremon tu. Sebab aku kuat tido. Dalam kelas, balik dari kelas, pagi cuti, petang cuti, kiranya kalau ada kesempatan je aku akan terlena. Sebab lain jugak, aku masa tuh pakai spek mata.

Dah kerja. Dah takder nama samaran dah. Sebab, aku dah jaga segala tatasusila aku. Ha ha ha. Tapi aku belajar blogging. Dan aku namakan diri aku sebagai sesemutkecik. Sebab masa aku buat blog dan tengah fikir nama yang sesuai, kaki aku kena sesemut. Juga, badan aku yang masih lagi kecil seperti budak-budak belasan tahun.

Ha ha ha. Hidup. Hidup.

Label: , ,

5 Comments:

At 5:24 AM, Blogger Pa'chik said...

hahah... mujo tak panggel ko kroker... titiwangsa ke... himalaya... andes...

samat ari raya lah mut...
maap semua...

 
At 2:35 PM, Blogger amlierxa said...

oooh begitu rupanya

 
At 6:36 PM, Blogger sinaganaga said...

HA HA.

 
At 3:54 PM, Anonymous Fizz said...

Cemut... selamat hari raya

 
At 7:29 PM, Blogger Semut Si Jurulatih said...

pakcik,
selamat hari raya

amli,
hehe

bro,
haha

fizz,
selamat hari kaya

 

Posting Komentar

<< Home