Selasa, Juni 30, 2009

Pak Mat Mesyuarat? Taklimat?

Malam tadi. Cerita Nasib Si Labu Labi.

"Cis Cikgu Besar ni. Hari-hari mesyuarat" Haji Bakhil.

"Cis Pak Mat ni. Tiap-tiap minggu taklimat" aku. Belum haji lagi.

Hujung minggu ni ada LDP. Dalam LDP ada taklimat.

Hujung minggu ni minggu pertama. Apa beza mesyuarat dan taklimat?

Pak Mat kata, taklimat dia cakap sikit je. Kalau mesyuarat dia cakap panjang sikit. Taklimat khas lagi panjang.

Masalahnya, Mesyuarat Pak Mat tak perlu maklum balas. Takder interaksi dua tiga empat hala. Cuma interaksi satu hala. Iaitu, Pak Mat bercakap dan lagi belen anak-anak Pak Mat yang 80 plus plus tu, jadi tunggul.

Pak Mat. Pak Mat. Kau tak perasan ke anak-anak kau dah bosan?

Eh! Aku cerita pasal Mesyuarat.

Tak. malam tadi aku tengok Nasib Si Labu Labi.

"Cis Cikgu Besar ni. Hari-hari mesyuarat" Haji Bakhil bin Haji Kedekut.

Senin, Juni 22, 2009

Abah sepuluh

"Abah, selamat hari abah aku ucapkan. Kalau abah tak garang kat aku masa dulu, aku takkan jadi macam sekarang nih. Aku sayang abah" - sms aku malam 21.

"Alhamdulillah. Terima kasih sebab ingatkan abah. Jaga diri baik-baik ya" - sms balas dari abah.

p/s: sekarang abah dah ok sikit dari sakit dia lepas terkena badi buatan orang. Semoga Allah sentiasa merahmati abah. Insyaallah.

Label:

Jumat, Juni 19, 2009

Abah sembilan

Abah. Abah. Abah.

Tak lama lepas bawak bas kilang, abah tukar bawak bas antara bandar. Abah bawak bas nama Leng Huat. Dari bandar Kuantan ke bandar Jerantut. Melalui Maran, Bandar Pusat Jengka, Jerantut Feri. Masa tuh berat badan abah banyak turun. Sebab makan tak menentu. Bawak bas pulak, stereng besar gedabak. Jalanraya pulak macam ular kena palu. Belingkor-lingkor.

Macam selalu-selalu. kalau ada kesempatan, aku akan ikut abah. Aku suka duduk kat kerusi yang banyak-banyak tuh. Sebab kami takde kereta. Jadi, bila kerusi banyak tu, gembira la sikit. Haha. Kereta tuh aku jugak yang bagi eksiden. aisyeh!

Tak lama lepas tu, abah dihinggapi salah satu daripada penyakit berangkai. Darah tinggi. Berangkai tuh. Penyakit orang kaya kata orang. Jadi abah berenti bawak bas. Banyak gak cerita masa abah bawak bas. Singgah sembahyang Jumaat pun orang bising. Masalahnya yang bising tuh bukan orang cha ya nun alif. orang kita melayu jugak. dia kata dia dah lambat sgt-sgt. Tapi abah berenti sembahyang Jumaat plak. Pada aku kalau dah lambat, naik la kereta kan. hehehe.

Kamis, Juni 18, 2009

Abah lapan

Berenti bawak lori, abah break kejap.

Abah sambung buat kerja-kerja ladang sikit-sikit. Menebas. Membaja. Susun pelepah. Kait buah sawit. Ya. kerja-kerja yg seorang peneroka FELDA kena dan sepatutnya buat. Lagipun masa tu harga buah naik sikit. Jadi abah taknak upah orang buat ladang abah.

Tapi masa tuh, aku dah disekolahkan di satu sekolah berasrama. tak berapa penuh. Tapi kebanyakkan penghuni asrama tuh anak-anak orang kaya. Kat situ jugak aku belajar perangai anak-anak orang kaya. Ada yang sombong. Ada yang merendah diri. Jadi, aku buat kesimpulan sendiri. Orang kaya pun macam orang miskin jugak. Tinggal lagi, kalau orang kaya sombong, kita tak cakap apa-apa. Tapi kalau orang miskin sombong, sampai mati orang tuh kena kutuk tak sedar diri.

Aku duduk asrama tak lama jugak. Dua tahun je. Aku keluar asrama sebab aku kesian kat abah kena hantar duit hujung minggu kat aku sebab pada aku, sekolah tuh agak elit juga statusnya. Tapi sebab aku nak belajar, abah sanggup bergolok bergadai. Aku keluar asrama, aku balik sekolah kat kampung. Masa tuh aku di tingkatan 3.

Dalam senyap-senyap, abah dah ada permit PSV. permit ke lesen tah. PSV nih untuk pemandu bas. So, kerja abah seterusnya adalah memandu bas. Abah bawak bas kilang. Bawak bas kilang nih paham-paham la. Bas tuh dah memang jadi rumah kedua abah. bukan dekat tuh. Gebeng tuh. dah nak masuk kawasan Chukai dah tuh. Sikit je la gi nak sampai Cherating. Dan, masa nih la yang paling jarang aku jumpa abah.

Sambung sikit lagi...

Selasa, Juni 16, 2009

Abah tujuh

Lepas eksiden tuh, abah berenti kerja bawak van. Dan kalau tak silap aku, abah bawak lori pulak.

Abah bawak lori pun tak lama jugak. Ada dua sebab.

Sebab satu - Waktu abah nak antar kami pergi ke sekolah, waktu tu Ijah duduk dalam lori tu sorang-sorang. Abah masuk rumah jap amek barang. Jadi dalam tak semena-mena, lori tuh bergerak menuruni gun rumah kami. Terus je lori tu merempuh jamban dan pokok-pokok renek yang lain. Dan akhirnya, lori tu berhenti lepas langgar pokok durian. remuk teruk lori tuh. remuk teruk juga toilet yang ada dalam perjalan lori tuh.

Sebab kedua. Abah boleh buat apa saja yang abah nak masa bawak lori tu. Kira tokey tuh bagi abah freedom la. Satu hari, hari Jumaat. Abah jarang buka kanvas penutup belakang lori tuh. jadi selalunya abah tak tahu apa yang abah biasa bawak. Kebiasaannya, abah cuma nampak pekerja angkut perabot masukkan dalam lori tuh. Jadi, nak dijadikan cerita, hari Jumaat tuh, abah secara tak sengaja tertengok barang2 di dalam penutup kanvas tuh. Rupanya-rupanya, selama nih, selain perabot2 ada jugak diselitkan patung budha. Banyak pulak tuh. Sian abah. terus abah bagi notis 24jam. Tokey tu pun terpinga-pinga. Haha.