Kamis, Juni 18, 2009

Abah lapan

Berenti bawak lori, abah break kejap.

Abah sambung buat kerja-kerja ladang sikit-sikit. Menebas. Membaja. Susun pelepah. Kait buah sawit. Ya. kerja-kerja yg seorang peneroka FELDA kena dan sepatutnya buat. Lagipun masa tu harga buah naik sikit. Jadi abah taknak upah orang buat ladang abah.

Tapi masa tuh, aku dah disekolahkan di satu sekolah berasrama. tak berapa penuh. Tapi kebanyakkan penghuni asrama tuh anak-anak orang kaya. Kat situ jugak aku belajar perangai anak-anak orang kaya. Ada yang sombong. Ada yang merendah diri. Jadi, aku buat kesimpulan sendiri. Orang kaya pun macam orang miskin jugak. Tinggal lagi, kalau orang kaya sombong, kita tak cakap apa-apa. Tapi kalau orang miskin sombong, sampai mati orang tuh kena kutuk tak sedar diri.

Aku duduk asrama tak lama jugak. Dua tahun je. Aku keluar asrama sebab aku kesian kat abah kena hantar duit hujung minggu kat aku sebab pada aku, sekolah tuh agak elit juga statusnya. Tapi sebab aku nak belajar, abah sanggup bergolok bergadai. Aku keluar asrama, aku balik sekolah kat kampung. Masa tuh aku di tingkatan 3.

Dalam senyap-senyap, abah dah ada permit PSV. permit ke lesen tah. PSV nih untuk pemandu bas. So, kerja abah seterusnya adalah memandu bas. Abah bawak bas kilang. Bawak bas kilang nih paham-paham la. Bas tuh dah memang jadi rumah kedua abah. bukan dekat tuh. Gebeng tuh. dah nak masuk kawasan Chukai dah tuh. Sikit je la gi nak sampai Cherating. Dan, masa nih la yang paling jarang aku jumpa abah.

Sambung sikit lagi...

1 Comments:

At 1:27 AM, Blogger petiais said...

apa jadi?

 

Posting Komentar

<< Home