Senin, Januari 26, 2009

Kertas konsep

Kalau kau nak buat satu-satu projek. kau kena kemukakan kertas konsep. baru nampak kau buat kerja. Coach Zul kata.

Ooo.

Nak buat projek tu pun kena buat kertas konsep juga? Aku.

Ceh! yang tu balun jer. Tunggu approval lambat. Coach Zam.

Ooo.

Jumat, Januari 23, 2009

Demi masa

Demi masa.

Alab Torres kata. demi masa dia memang dalam kerugian.

Cuba kau bayangkan. Kelas dari pagi. Habis pukul satu. Sambung dengan tusyen PERDA, PUZ tup-tup sampai pukul tiga.

Kemudian balik rumah dekat-dekat pukul empat baru sampai. Pukul lima dah kena ada balik di sekolah untuk latihan sukan. Sampai pulak pukul enam setengah.

Sampai rumah dah masuk waktu maghrib. Lepas solat kena datang pulak untuk tusyen PIBG. Balik dekat pukul dua belas.

Sampai rumah, orang rumah dah lena. Nak kacau takut letih pulak. Nanti nak kena bangun awal lagi.

Hish! Memang aku rugi dengan masa. Sabtu kena meeting yang pelbagai. Ahad je yang boleh ada lekat. itu pun kalau lekat. kalau tak lekat? tunggu la pulak dua tiga tahun lagi.

Aduh! Rugi-rugi.

Label:

Selasa, Januari 20, 2009

Kalau

Kalau la.

Otak aku best. Boleh simpan semua memori seronok masa kanak-kanak aku dulu.

Kaki aku kuat. Boleh aku lari je pergi tempat kerja.

Body aku "katang". Boleh aku jadik model singlet.

Aku master semua game. Boleh aku jadi jurulatih semua game tu.

Boleh bersilat. Boleh aku bersilat.

Badan aku sentiasa tak penat. Boleh aku buat kerja yang bos aku bagi sepanjang hari.

Aku best. Memang aku best pun.

Komputer aku ada ram 4 gig. Tak payah dah aku tunggu berjam-jam nak loading satu page.

Aku tak banyak kerja. Boleh aku berblog selalu.

Tapi... itu kalau.

Hummm. Kena ingat. Pokok kalau takkan berbuah.

Label:

Selasa, Januari 13, 2009

Kerja itu menyeronokkan

Kerja itu menyeronokkan.

Betul.

Tapi kena pastikan kau buat kerja kau itu dengan penuh keikhlasan.

Sambil ingat kepadaNya.

Betul.

Kerja itu memang menyeronokkan

Label: