Rabu, Februari 27, 2008

Lalala

Aku kepanasan.

Sekarang, semua pakaian kerja aku hanya pakai selapis.

Ya. Aku pun tak tahu sebab apa kepanasan ini berlaku.

"La. bodohnya kamu ni. Panas nih disebabkan oleh matahari lah!" Duh!!.

Lalala.

Sekarang memang aku tengah kepanasan.

Minggu, Februari 24, 2008

Politik Jamban

Kalau aku balik kampung. Pak cik2 yang melepak kat kedai kopi akan berpolitik sesama mereka. Itu tak puas hati, ini tak puas hati. Ini naik, itu naik. Itu tak dapat, ini tak dapat.

Haha. Aku cuma minum Neskafe 'O' ais dan makan mee goreng basah.

Tadi semalam, aku ke c4. Orang2 kat sini memang kreatif. Tidak lagi menggunakan kedai kopi. Tapi berbekalkan pen dakwat cair yang susah nak tanggal tu, conteng kat dinding dalam jamban. Kalau dulu hanya budak2 yg berfikiran kuning shj yang aktif dengan aktiviti ini, tapi sekarang? Ahli politik juga sudah jadi vandalisme.

haha. Aku cuma singgah untuk menunaikan hajat yang agak lama ditangguh.

Kamis, Februari 14, 2008

Antarabangsa

Aku ke Key El minggu lepas.
Kawan aku ajak makan nasi lemak antarabangsa.
Antarabangsa?
Sampai sana baru aku tau.

Meja satu dikerumini org² bermata sepet.

Meja dua dipenuhi org² berkulit *tinted*.

Meja tiga dipelopori pak sheikh².

Meja empat bangsa yg pernah menjajah serta kawan² pernah dijajah.

Meja lima mak² datin dan pak² dato'.

Meja lain?
Mat dan minah Kelantan, Terengganu, Perlis, Penang, Pahang, Nogori, Johor dan semua semua negeri bercampur aduk.

Dan di satu sudut yg gelap² tu, ada dua tiga pasang yang lelaki berambut putih dan perempuan berambut perang. Ayah dan anak barangkali.

Di satu sudut yang lagi satu, ada penghibur yang boleh bermain tiga alat muzik serentak sambil mendendangkan lagu² "antarabangsa". Cuma dia tak menyanyi lagu Jan Terry - Losing You.

Ooo. Patut la antarabangsa.

Label: , ,